Friday, December 30, 2011

Happy new year




Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Tahun 2012 bakal menjelma. Kawan-kawan sibuk duk pasang azam tahun baru. Azam tahun lepas apa ek? Dah terlaksana belum? Saya macam biasa la, sebagai seorang pelajar yang tak berapa rajin, azam saya sangat cliche tahun demi tahun, " tahun depan saya nak belajar beria-ria.."  Macam tu la azam saya. Tapi kenapa "beria-ria bukan bersungguh-sungguh" ? Sebab kalau beria-ria bunyi dia macam lain sket kan. Hehe..



Setiap kali masuk tahun baru, ramai orang pasang azam. Ramai orang buat wishlist. Saya pun tak ketinggalan. Bukan kata nak terikut-ikut dengan budaya sangat tapi, kalau ada azam atau wishlist ni, semangat dia lain sket. Macam kena beria la buat apa-apa kerja supaya wish yang ada dalam list tu tertunai. Ke macam mana? Tak setuju eh?



 Actually, tiap-tiap hari pun saya pasang azam baru. Macam, " esok saya nak rajin sket la nak siapkan lab report, nak kemas bilik bla bla bla.." Macam tu la. hari-hari ada azam. Terlaksana ke tak, lain kira. Tapi, kalau masuk tahun baru, azam dia lain sket la. Azam yang take time untuk dicapai. Saya rasa la..



So, azam, hajat or wishlist saya tak la banyak sangat pun untuk tahun baru ni. Mungkin tiga hajat saja cukup la. Kalau banyak sangat kang takut satu pun tak dapat. Tahun depan saya bakal menamatkan pengajian. Itu pun awal tahun. Januari. Agak agak macam bosan saja kalau melepak kat rumah, baik la saya kerja kan? Tak kesah la kerja apa. Kalau dapat jadi cikgu tuisyen pun bagus jugak. Tak sabar nak belanja adik-adik dengan parents makan pakai duit sendiri.  Saya tak pernah kot ada duit sendiri dan saya tak punya pengalaman bekerja. After SPM pun saya di rumah saja. Jadi permaisuri suri rumah sepenuh masa. Masak, jemur kain lipat kain macam tu la selalu berbulan-bulan.





Lepas fikir-fikir, yang tu je kot wishlist saya. Erk, satu saja ke?  Hmm, apa lagi ek? Ooo, tolong doakan saya dapat posting secepat mungkin ya. Boleh la saya tolong-tolong ringankan beban parents nanti. Maklum la, saya kan the eldest. Masih ada tiga orang dibangku sekolah dan seorang lagi mungkin nak sambung belajar lagi.



Haa, berbalik kepada wishlist. Hmm, nak kata masuk ke tak dalam wishlist pun tak tahu la. Actually, lappy saya dah macam rosak teruk jugak la. Tapi still boleh guna. Lappy saya patah tekak. Besi penyambung keyboard dengan screen dia patah. Cuma, tak boleh bawak ke hulu ke hilir la. Bila tahun depan dah habis belajar, saya tak perlukan sangat lagi dah lappy. Mungkin bila dah posting nanti baru beli baru. Tu yang fikir nak masuk dalam wishlist ke tak. 


Lepas tu, yang kat bawah ni pun teragak-agak nak masuk dalam wishlist ke tidak. Sebab macam tak penting sangat. Bukan keperluan tapi kehendak. Huhu..Kamera biasa tu dah ada tapi yang macam kat bawah ni belom ada...Memang saya minat. Sem lepas-lepas pun saya ada join kelab fotografi. 






Ohh, tahun depan juga ingat nak berusaha tambah berat badan. Kenapa tahun depan tak tahun ni? Sebab tahun depan dah tamat belajar. Tahun depan insyaAllah duk kat rumah saja jadi makan minum teratur sket. Kalau sekarang time belajar, suka-suka je taknak makan ke apa. Malas nak makan malas nak beli makan malas nak masak. Semua malas la. Eh, nampak sangat pemalas. 



Hmm, tak banyak pun wishlist untuk tahun depan. Haaa, tiba-tiba terasa diri ini sangat la baik sebab tak banyak demand yang pelik-pelik.
 Tepuk tangan yeay



nota kaki: 
Moga tahun 2012 memberi lebih sinar kepada saya, keluarga, kawan-kawan dan guru-guru saya. 
Amin.

A moment to remember



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Tengah study week boleh pulak datang rindu.
Rindu kat students SMKBR. 
Rindu kat family tuh of course la sentiasa ada.



Anyway, sebelum saya tamat praktikum beberapa bulan yang lepas, ada student (Naeim ) tiba-tiba kasi something kat saya. 


Ni la something dia..
-
-
-
-
-
-
-
Sekarang baru terbukak hati nak share..

video

(1st time tengok video nih macam berair mata jugak la tapi sekarang boleh tengok sambil senyum dah)




Thanks Naeim...
Even saya tak pernah mengajar kelas kamu tapi kamu sering tolong kami. 
Thanks a lot.
Ada masa kita jumpa. 
InsyaAllah.

Wednesday, December 28, 2011

WORDLESS WEDNESDAY




Friday, December 23, 2011

antara keperluan dan kehendak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hari ni nak bercerita mengenai keperluan dan kehendak. Korang tahu tak perbezaan antara keperluan dengan kehendak? Keperluan tu macam kalau takda memang hidup ni jadi susah, kacau bilau boleh bawak mati. Macam kalau keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal takda, memang tragis la kan? Tapi kalau kehendak, lain la. Kehendak ni bagi saya dia macam upgrade dari keperluan. Kalau contoh keperluan asas seperti tempat tinggal dah ada, tapi demand nak rumah besar bertingkat-tingkat tu boleh la kita panggil kehendak kan? Tapi kalau mampu, apa salahnya. Demi keselesaan tapi jangan sampai tahap melampaui batas. 



Okay, saya rasa kereta atau kenderaan dah jadi macam keperluan sekarang. Nak gerak mana-mana senang kan kalau ada kenderaan sendiri. Seriuosly hati saya tersentuh bila tengok pasangan yang baru kahwin nak nak lagi baru dapat baby naik motorsikal ke klinik. Kalau in case memang mak ayah sanggup berpanas naik motorsikal sebab nak elak jalan sesak tuh lain cerita la. Kesian betol kat baby. Well, saya akui tak semua orang bernasib baik dengan rezeki yang melimpah ruah dapat sediakan segala keperluan dengan selesa. Tapi nak buat macam mana hati saya touching bila lihat keadaan macam tu. Hmm, itu susah orang. Susah senang saya pada masa akan datang, saya sendiri pun tak tahu.  




Cakap pasal kereta, keperluan dan kehendak, tadi saya ada usha usha kereta yang mana merupakan satu keperluan bagi kita dan menjadi kehendak saya. Lesen dah ada tapi kereta belum. Maklum la, belajar pun belum tamat lagi. So far, duk drive kereta orang je la. 




Memang saya cukup teruja untuk memiliki ini dengan hasil titik peluh sendiri. Tapi, mampu kah? Itu persoalan utama. Insyallah kalau dapat posting nanti pun rasanya tak mampu kot melainkan ada side income yang lain. Price from RM109,800. Kalau buat loan up to 9 years, boleh la bayar dalam RM 1000 sebulan. Gaji cikgu mampu ke tak ar? Tak kan la nak berhabis sebahagian besar dari gaji tu untuk kereta? Berbaloi ke tak berbaloi ke tak? Tak berbaloi kot...


Siapa-siapa berminat dengan Honda Jazz or mana-mana honda boleh lawat sini.    http://www.honda.com.my/

Lepas tu korang boleh jugak calculate payment kat situ. Saya dah try kira-kira tadi tu yang rasa diri ini as teacher wannabe tak mampu. Sobs.





Okay fine takpe takpe kalau Jazz over budget. Saya usha Chevrolet Aveo pulak. Tapi harga mak aih lebih kurang sama saja. Murah sket je la. Cantik kot merah tu. Well, memang taste saya suka kereta jenis kecil-kecil tapi takda la kecil sangat. Tapi harga dia, mak kau mahal la bagi saya. Gitu..Eh, tak kan la nak suh parents bayarkan pulak? Harus la pakai duit sendiri. Tu la jadi makin tak mampu. Sobs lagi.

CHEVROLET AVEO5 1.5 SOHC (A) (PREMIUM) RM81,622.50
CHEVROLET AVEO5 1.5 SOHC (A) (STD) RM77,047.50



Haa, yang ni okay sket la. Terasa macam mampu tapikan, dua pintu kot. Getz yang 4 pintu macam kurang cun sket. 

HYUNDAI GETZ 1.3 GL (A) (3-DOOR) (CBU) RM65,409.30




Last-last,  kereta pilihan Malaysia. Kereta buatan Malaysia. Smart dah Myvi sekarang sebab dah selalu upgrade kan. Kalau perasan, banyak sangat Myvi meluncur megah dijalanan. Hehe..Harga? Takyah runsing. Ramai kot cikgu-cikgu pakai Myvi. So, gaji cikgu mampu la kan?


PERODUA MVVI 1.3SXI (PREMIUM) (M) RM45,932.40
PERODUA MYVI 1.0SR (M) RM38,934.10
PERODUA MYVI 1.0SR (M) (METALLIC) RM39,457.30
PERODUA MYVI 1.3EZ (PREMIUM) (A) RM48,812.40
PERODUA MYVI 1.3EZ (PREMIUM) (A) (METALLIC) RM49,335.60
PERODUA MYVI 1.3EZ (STD) (A) RM45,932.40
PERODUA MYVI 1.3EZ (STD) (A) (METALLIC) RM46,455.60
PERODUA MYVI 1.3SXI (PREMIUM) (M) (METALLIC) RM46,455.60
PERODUA MYVI 1.3SXI (STD) (M) RM43,027.40
PERODUA MYVI 1.3SXI (STD) (M) (METALLIC) RM43,550.60



Terjumpa kereta ni. Suzuki Alto. Smart jugak tapi kureng part lampu depan tuh. Tak smart ah gituu..Tapi tang harga okay la..

The Price
  • The entry-level (basic) GA model with manual transmission costs RM44,888 before insurance
  • Automatic transmission models, the GLX cost RM49,999 and
  • Automatic GXS (full spec) cost RM54,888.



Anyway, banyak je kereta lain  yang harga berpatutan dan smart. Tapi buat masa sekarang, tu je yang terlintas di hati kecil saya. Ada tak tauke-tauke besar nak sponsor? hehehe



Thursday, December 22, 2011

kad kahwin


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tadi jalan-jalan lepas tu tersinggah satu blog. Blogger tu ada update pasal kad kahwin ni. Apa yang menarik perhatian ialah kad kahwin ni lain dari yang lain. Boleh dikatakan unik la. Ya la, orang sekarang pakat cari kelainan kan. Tak gitu? 




Cuba tengok gambar atas tuh. Macam buku tulis kan? Padahal cover depan kad kahwin. Kreatif kan. Cantik.  Bakal-bakal guru dan guru-guru memang sesuai la pakai kad kahwin macam ni. Auuuwww..Saya pun bakal guru. Yang bukan cikgu pun boleh. Mana la tahu kan, nak imbas detik-detik berkenalan dengan pasangan sejak dari bangku sekolah kan? Macam ada yang kenal kat facebook, terus kad kahwin pun ala-ala facebook.




Yang ni isi dalam kad kahwin. Segala butir-butir maklumat macam tarikh, nama pengantin, alamat, nombor telefon semua ada kat dalam tu. Siap ada garis-garis lagi. Sebijik macam buku tulis. Cantik kan? Dah sepuluh kali dah cakap cantik cantik. Memang suka la tu.





Yang ni pulak peta ke rumah pengantin. Macam conteng-conteng pakai pen saja. Kalau nak jimat, boleh kot beli buku tulis sendiri. Huhuhu..Buku yang 40 muka surat 50sen saja kot sekarang. Ke harga dia berapa sekarang?





Cover belakang ada hukum perkahwinan dalam islam. Kalau buku latihan yang betul ada rukun negara kat belakang dia kan? Kira sesuai la letak hukum perkahwinan kat situ. Boleh jugak share info dengan orang ramai. Nak tambah letak sifir pun boleh. 



So, ada yang berkenan?



kredit to http://rinastories.blogspot.com/

Bahang-bahang semester akhir



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, thanks God.



Berakhir empat belas minggu di semester lapan tak semestinya segalanya sudah berakhir. Final exam belum terlaksana. Tesis pun belum dibentangkan. Eh, bukan kata belum bentang, siap pun belum. Tapi bahang-bahang tamat pengajian kian dirasai. Cewah. Ayat sekarang makin maju macam orang belajar bahasa. 



Bila dah semester akhir di minggu akhir ni, pergi mana-mana nak bergambar je. Tamat kelas pun, " Prof prof, jangan la keluar dulu, yuk kita bergambar dulu.." Eh tiba-tiba cakap Indon. 




Berakhir kelas Solid State Physics. 
" eh apa lagi? kata nak bergambar tadi.."
Tiba-tiba prof yang beria nak bergambar.





Tamat kelas Mechanic.
Bukan main semangat pakat pegang 'A' supaya Dato' K Dr. K  faham keinginan setiap pelajar mahukan 'A'




Tu la kan. Tak kira tempat nak bergambar. Sebelum kuiz Mechanic bermula pun nak bergambar. Haa, boleh la senyum lebar sebab kuiz belum start. Cer ambik gambar lepas kuiz?




Bergambar dalam lab dengan housemate tanpa mempedulikan classmate yang lain. 
Takda motif langsung. Macam semangat Assabiah. 



Tiba-tiba A A..
eh, Adam Adli ke apa?

Tuesday, December 20, 2011

awkward moments


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hidup ni kan, kadang-kadang tak sependapat jugak dengan orang disekeliling. Even dengan bestfriend sendiri pun boleh "eh apa pulak cenggitu. camni la..."  haa gitu. maksudnya, fikiran lain-lain. So, ada pihak yang kena mengalah atau sebelah pihak lagi kena la respect pendapat orang lain jugak. Ke macam mana?



Okay lupakan kisah tak sependapat tu. Anyway, korang pernah tak ada awkward moments? Maksud saya, detik-detik janggal. Hmm, bunyi macam pelik. Ala, mesti ada punya. Cuba fikir. Ingat-ingatkan..Contoh la kan..



Bersama-sama kawan.
Tengah syok korang layan lagu kegemaran siap tengok lirik lagu lagi kat laptop sebab nak hapal, tiba-tiba "eh, kau dengar lagu apa tu? ntah apa-apa je..riuh semacam je. Macam suara budak-budak je yang nyanyi.." Si kawan yang bersuara tu siap buat memek muka menyampah gila tak tahan telinga dengar lagu 'ntah pape' tadi tu sedangkan korang suka habislah dengan lagu tu. Apa korang nak buat? Kalau saya, saya diam saja. Nak melawan pun tak guna. Ye la, semua orang bebas mengeluarkan pendapat apa? Kalau nak ikutkan sakit hati, memang la..





Bila menonton TV
Tiba-tiba rasa awkward bila tengah-tengah syok menonton tv nak nak lagi rancangan hiburan, lepas tu iklan. Macam biasa la kan, remote tv ada kat tangan. Tangan pun gatal-gatal la tukar channel. Lepas tu tiba-tiba erkk ada rancangan keagamaan like Forum Perdana Hal Ehwal Islam or something like Tanyalah Ustaz. Tiba-tiba rasa bersalah pada diri sendiri lepas tu fed up tak nak tengok tv dah. 


Ataupun, tengah tengok tv dengan adik. Lepas tu saja tukar-tukar channel, ada pulak rancangan kartun like Boboy Boi, Detective Conan, kalau dulu Sponge Bob dengan Mr Bean yang kartun tu. Tiba-tiba ada suara kecik kat belakang.." akak, nak tengok Boboy Boi.." Haishh..lepas tu gaduh. " Gi tengok tv yang satu lagi laaaaaaa.." Perang mulut tarik muka. 




Di hadapan baby (laptop)
Korang tengah syok buat kerja tiba-tiba kawan korang nak tanya pendapat, "Eh, cuba tengok tudung ni. Amacam? Cantikkan?"  "Hmm, biasa saja. Not bad la"  "Eh, cantik la. Kalau aku pakai mesti lagi cantik.." Whatever la sayang. Mula-mula tanya pendapat. Lepas tu kalau pendapat yang diberi tak memenuhi expectation, terus nak menangkan sendiri. Oh, please la. Baik tak payah tanya pendapat orang lain. Ke macam mana? Hanya mampu senyum.




Susah jugak bila berdepan dengan awkward moments ni kan?


Saturday, December 17, 2011

Avventura Musica


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Semalam macam nak berlari ke hutan mencari batu belah batu bertangkup sebab tak dapat jawap test analytical chemistry dengan jayanya. Rasa frust tak yah cakap la. Dapat kertas test, belek-belek eh yang ni susah, yang ni payah, yang ni tak sempat nak study. Saya dah jawap soalan-soalan test yang sem lepas. Senang petik jari pandang sebelah mata pun boleh jawap. Tapi, bila turn saya? Oucchh.." Batu belah batu bertangkup, telanlah saya..." Rasa macam tu la frust dia. Batu belah batu bertangkup memang telan orang macam dalam cerita melayu tu ke?



Hari ni tak nak frust macam semalam dah. Tapi terlebih semangat pula pergi ke Avventura Musica yang telah dipersembahkan oleh pelajar tahun akhir Fakulti Seni Muzik dan Persembahan. Biasa la, simptom-simptom pelajar tahun akhir memang begini. Rasa macam nak enjoy saja even tesis belum siap lagi. Bila teringat tesis mesti nak cuak. Siapa tak cuak? Itu kan syarat nak grad. Sia-sia la belajar empat tahun tapi tak grad kan?



Masing-masing muka teruja terlebih excited. 
Macam ni la bila pelajar Fizik datang menyokong pelajar Muzik.




Avventura Musica.
Memang gempak habis la.




Persembahan pada malam tu dipersembahkan dalam bentuk cerita. Tema mereka, "Discovering Music Through Adventure" Kreatif betul mereka. Lutalica kira macam watak utama la kot. Lutalica ni mengembara ke tujuh buah benua yang ada di Bumi ni untuk explore music. Macam-macam jenis music la. India, Asia, Afrika, Eropah. macam-macam la. Korang tengok je la gambar kat bawah ni ek. Lets explore the music bebeh..




Persembahan tarian dan nyanyian macam opera cina kot. Lupa dah tapi memang terhibur.




Yang ni pulak muzik nusantara. Menggabungkan muzik yang ada kat Asia terutamanya Malaysia.



Yang ni sambungan yang atas tu. Tarian dari Malaysia. Sabah ke Sarawak eh?



Yang ni memang superb. Indian punya tarian. Yang menyanyi dan menari almost Malay. 



Muzik dari Eropah. 



Yang ni sambungan dari atas tu. Yang ni memang gempak. Macam buat konsert pulak. Ala-ala Scorpions, Rock You Like A Herricane. Siap keluar api lagi. Nak jugak cakap yang baju putih belah kanan tuh pernah jadi kawan saya masa BSMM dulu. "Go Fariq go. I support you dari belakang nih."




Yang ni tarian dari Afrika. Takut jugak mula-mula dengar tarian dia. Macam kumpulan All Black haka yang main rugby tu.



Tarian dari Amerika. Tarian Latin kot. Lupa dah jugak. Banyak sangat makan biskut sarang semut.



Itu saja la.
 Gambar banyak je tapi tak larat nak upload. Ala, korang pun bukan nak tengok sangat kan? Ye dak? Tesis tak siap lagi. Ohhoii...


Till then, bye-bye.







Friday, December 16, 2011

iklan yang menarik perhatian


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebenarnya dah lama nak cakap pasal ni. Rasa macam takda la penting sangat. Ingat nak pandang sebelah mata saja sambil pakai shades dan berlalu begitu sahaja tapi bila  ada kawan-kawan yang prihatin bertanya, "eh blog kau tu ada ruangan untuk cari jodoh ke?" What what what? Eh, tak pernah tahu saya letak gambar lelaki-lelaki terhangat di pasaran untuk dijadikan jodoh. Okay yang ni single. Yang ni dah single dua tahun lepas. Yang ni pulak gaji RM10K. Yang ni jujur, tinggi, badan tough tapi dah berkeluarga. Tak pernah kan? Eh, ke ada ek?



Cuba perhatikan layout blog saya. Macam takda apa yang menarik kan? Eh, cuba tengok sebelah kiri sebelah tepi sekali. Ada iklan "my jodoh". Bukankah itu menarik? Argghhhh (tanda tension). Eh, segan la pulak ada iklan macam tuh kat blog sendiri. Kalau tengok iklan sebegitu kat blog orang lain pun saya boleh senyum kih3 senyap-senyap. Sebelum ni iklan tu just tulis 'my jodoh' je tapi sekarang makin maju dan dah jumpa jodoh. Siap gambar kahwin lagi. 



Sendiri punya jodoh pun belum tentu, tetiba ada iklan cari-cari jodoh. Eh, ke iklan tu nak tujukan kat saya? Dah lama dah iklan tu kat situ. Before saya tukar layout pun dah ada. Sebelum ni tak pernah terbukak hati nak tahu pasal iklan tu dan baru sebentar tadi buat kali pertama saya menjengah ke 'my jodoh'. Memang sah ruangan cari jodoh. Harap ada miracle esok bangun pagi dah takda iklan tu. Ha3. 



Setakat ni saya tak pernah register nuffnang untuk siarkan iklan-iklan yang berkaitan. Tak tahu la pulak kalau kalau memang dekat blogspot ni boleh siarkan iklan-iklan kan? Saya pun bukan tahu sangat pasal ni. Tapi bila kawan-kawan tanya, boleh jadi er er  jugak la kan. Buat kawan-kawan, anggaplah iklan tu tumbuh selepas hujan renyai-renyai dua tahun lepas. Okay?  Oh, sebelum lupa saya  nak promo 'my jodoh'   hahahha...



yang ni jujur, gaji RM10K, baik dan tough tapi sudah berkeluarga.




yang ni jujur, bertanggungjawap dan body tough juga.
Sudah berkeluarga anak tiga.



Ada yang berkenan? Kalau ye, boleh la daftar kayh !






Wednesday, December 14, 2011

Sudah sampai seru...


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
(entry penuh dengan gambar pengantin)


Semua orang tahu sekarang cuti sekolah. Cuti sekolah kan musim orang kahwin. Kawan-kawan saya pun ada jugak tak terlepas untuk mengambil kesempatan berkenduri. Maksudnya, sudah sampai seru la kan?  Dah mula invite through Facebook dah. Well, itulah namanya teknologi. Memudahkan tapi kadang-kadang menyusahkan jugak. 



Last day, kawan saya ada tanya opinion mengenai baju persalinan pengantin. Hmm, saya tak tahu nak kasi opinion apa sebab saya tengok baju pengantin tu macam lebih kurang sama saja. Kalau ada bezanya cuma dari segi jenis kain kot. Kain jenis lace, songket or whatever la kan. Design lebih kurang sama je. 



Fikir punya fikir (macam saya pulak yang nak kahwin), tak nak mengecewakan kawan sendiri, saya cuba la bagi opinion yang mungkin agak berguna..*rolling eyes~ Saya bagi opinion mengenai tudung. Yes tudung plus veil yang pengantin perempuan pakai kat kepala tu. Kalau ada kelainan kat kepala, nampak la sket perbezaan tu kan. Lagipun, pengantin perempuan kan selalu berhias cantik-cantik time kahwin. Pengantin lelaki slumber je follow the flow. Ye tak?



Buat my friend yang bertanya tu kan, please take note okay. Make sure salah satu dari gambar-gambar kat bawah tu menjadi pilihan. Penat tahu berusaha Google image lagi.  Korang yang bakal bertunang ke kahwin ke dalam masa terdekat pun boleh la cari-cari idea dulu sekarang ni.



Yang ni tudung ke selendang ntah. Tapi cantik. 




Kalau nak kelainan, pakai yang ni. Cantik. Tapi make sure leher tutup semua la.




Yang ni pun sama jugak.




Yang ni macam syria sebab awning dia tu tak keras sangat. Cantik jugak. Semua cantik. 




And last sekali, tudung bawal saja. Simple but sweet macam biasa la. 



So, how?




Sunday, December 11, 2011

Simple and sweet like Datin Juma gitu..



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sekarang ni kan banyak fesyen tudung yang bermacam-macam gaya kan? cantik dan comel-comel je. Tengok saja la kat facebook dan blog kawan-kawan macam-macam fesyen ada. gorgeous belaka. makin cantik auuuw auuuw gitu. saya suka tengok girl-girl fashionista ni sebab mereka cantik dan daring mencuba macam-macam fesyen. eh eh, jangan fikir pelik okay. saya suka tengok mereka berfesyen je. tak bermakna saya suka macam nak usha usha kenyit kenyit mata eh nombor phone apa ek? haa bukan gitu tau...




Dalam banyak-banyak fesyen bertudung ni, saya paling suka tengok perempuan pakai tudung bawal saja. Sebab saya rasa simple dan sweet gitu. Itu pendapat saya la. Pendapat orang lain saya tak tahu. Lepas tu kan, saya pun mula la merajinkan diri untuk pakai tudung bawal setiap kali pergi ke kelas bajet boleh nampak simple dan sweet macam mereka-mereka tuh..Bajet saja la.. Tapi,  kalau dah selalu lambat ke kelas, tudung instant jugak yang saya rembat. Terus tak leh feeling ala-ala simple dan sweet macam Datin Norjuma. 



Yang dalam gambar kat atas tu Datin Norjuma la. She is very beautiful. Adore sungguh la. Cantik sangat. Simple tapi sweet kan. Sepuluh kali dah kot asyik duk cakap simple and sweet ni. Tapi kan, kalau tengok orang lain pakai tudung instant tu nampak okay je. Cantik. Tapi bila saya pakai, terus saya jadi tak yakin. Self confident merudum jatuh. Rasa macam makcik makcik pun ada juga. Tapi makcik lagi cantik. Eh, bukan kata makcik tak cantik, tapi bila pakai tudung instant saya rasa macam..erk macam berusia macam mak mak gitu.





Yang ni Datin Norjuma jugak. Kabur je gambar ni tapi nak letak jugak sebab dia cantik sangat. Sekarang Datin Juma ada brand tudung bawal dia sendiri. Brand Aidijuma. Haaa, kalau kalau siapa nak feeling feeling cantik dan cun melecun macam Datin Juma, boleh la beli tudung tu. Pakai je terus rasa cantik macam Datin Juma gitu. 





Gambar yang kat atas tu pulak Aida Gadis Melayu. Saya rasa dia pun peminat tudung bawal. Sebab banyak gambar dia menggayakan tudung bawal. Cantik. Yang lecehnya pakai tudung bawal ni sebab kena iron je la kan? Lepas tu kat bahagian muka tu kena iron betul-betul kalau tak arrghhh tension. Terus hilang bayangan Datin Juma dari kepala.  





See see nampak innocent je kan? Sesiapa berhajat nak berjumpa dengan bakal mak mentua boleh la bertudung bawal. Nampak lemah lembut je. Mak mentua nak reject pun macam fikir sepuluh kali sebab tak sampai hati. gitu...



okaylah, sekarang boleh iron tudung banyak-banyak terus. 

Saturday, December 10, 2011

Dear diary...



Assalamualaikum dan salam sejahtera..


ramai orang tanya, apa tujuan ber"blog"? well, lain orang lain cara. bila kita blogwalking, macam-macam jenis blog kita akan jumpa. macam-macam jenis cerita macam-macam maklumat kita akan lihat. dan juga macam-macam jenis bahasa penulisan. hmm, bukan bahasa macam bahasa tamil bahasa melayu tu. I mean, bahasa rempit o bahasa comel bak kata Anwar Hadi tu kan. tak kisah la macam mana pun bentuk blog yang kita jumpa, kalau tak suka cepat-cepat klik X, close window laju-laju sebelum termengumpat sana sini. ke macam mana?





Blog yang selalu menjadi pilihan girl-girl rasanya blogspot blogshop la kot. "owh ini cantik itu cantik ini lagi cantik"..haa gitu.  kalau tengok kawan-kawan sekeliling memang selalu la jengok blogshop. beli tak beli barangan yang jual kat blog tu lain kira la. kadang-kadang blogshop tu jadi sumber rujukan je kot. kiranya nak tahu perkembangan fesyen terkini je la. tak order pun tapi nanti try cari sendiri barangan tersebut di mall ataupun mana-mana kedai. ye la, kadang-kadang beli online ni kan ada postage. harga pun lain la jadinya. lagi satu, kalau beli baju la kan, kualiti kain dan saiz pun kadang-kadang menjadi satu masalah jugak. 



haa, yang tu salah satu jenis blog menarik yang selalu jumpa la. tak termasuk lagi blog yang ada share maklumat, info-info menarik, current issues, novel, cerpen, movie, tutorial, dan sebagainya la. tapi kalau tanya saya, kenapa saya ber'blog', saya pun macam tak tahu nak jawap apa kot.






saya menulis di blog sekadar suka-suka saja. kadang-kadang dah jadi macam diari. tapi tak semua entry saya menceritakan tentang kehidupan saya. ada juga kot entry-entry bermaklumat yang saya sampaikan. tapi tak banyak la. ini la orang kata blog rojak. yes, blog saya adalah blog rojak. rojak kalau makan sedap jugak. eh..




tapi kan, kalau perasan ramai kot yang menjadikan blog sebagai diari. pada yang tak suka, saya tak pernah paksa anda untuk jengok ke blog saya yang tak seberapa ni. macam saya cakap tadi saya ber'blog' sekadar suka-suka. saya menulis setiap entry yang ada untuk suka-suka sahaja. suatu hari nanti bila usia semakin bertambah, saya sendiri akan view blog saya. saya boleh melihat  macam mana perubahan kehidupan saya. saya boleh kenangkan setiap gambar yang ada especially bersama kawan-kawan semasa alam pengajian. suatu hari nanti mungkin saya akan merindui detik itu. eh tiba-tiba touching.





okay okay tak perlu touching touching. bercerita mengenai blog ni, actually saya suka stalk blog ala-ala diari ni. macam ada satu blog tu * tak perlu mention blog siapa sebab saya segan saya tak follow tapi hanya stalk dari jauh saja..okay blog ni kira blog mak mak la sebab owner blog ni dah pun ada baby. why I always stalk that mum's blog? sebab, saya suka. eh reason cliche. saya suka baca sebab kadang-kadang nampak saja macam diari tapi ada info jugak la. macam kalau dia bercerita mengenai baby dia tak suka makan and then mesti la dia bercerita mengenai usaha dia untuk cari penyelesaian masalah baby dia tu. ada jugak info kat situ kan? salah satu contoh la tu kan..memang saya fail bab kasi contoh nih..huhu.




hmm, apa yang tak bestnya blog, bila ada yang menjadikan blog tempat luahan perasaan. kalau luah perasaan yang gembira dan sedih tu kira ok lagi la. ni tak, jadikan blog tempat meluahkan perasaan marah. dah tu siap mencarut lagi.well, ingat-ingat la. setiap apa yang kita tulis tu mencerminkan diri kita kan?




kat blog pun boleh kita lihat life cycle kita jugak. tak gitu??








Wednesday, December 7, 2011

may Allah bless us


Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Life has never been free from challenges.





kadang-kadang rasa tak mampu nak hadapi semua cabaran hidup.
tapi bila fikir ramai lagi punyai cabaran dan dugaan hidup yang lagi hebat, 
mula termenung..
takat manalah sangat dugaan saya kalau nak dibandingkan.
Alhamdulillah, so far so good.





masih berbaki beberapa minggu untuk sampai ke penghujung perjalanan.
berdoa semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya.




O Allah, please bless us for all the times to come.





lindungi keluarga saya juga..
ameen.

Tuesday, December 6, 2011

WORDLESS WEDNESDAY



Friday, December 2, 2011

FACT : your pupils dilate when you see the person you are attracted to.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


lama tak jengok blog. nak kata busy, tak sedap sangatlah bagi alasan macam tuh. cliche sangat kan? actually, lappy kena serangan Trojan super kuat caused certain page tak boleh loading termasuklah blogspot. hati pun bimbang la sebab lappy jadi lemah lepas tuh blog tak boleh nak sign in.."eh kenapa semua jadi begini, kenapa?" terngiang ngiang lagu zizan kat kepala. eh tak boleh la take for granted kan? nanti lappy makin nazak.  tesis belum siap tahu? gigih la meredah hujan ala-ala drama melayu ke kedai membawa lappy.



okay, itu opening saja. hari ni nak bercerita mengenai mata. ya, dari mata turun ke hati. kalau sebelum ni, saya ada mengajar students saya form 4 etika bagi subjek sains mengenai mata. ya anak-anak sekalian, kalau sebelum ini saya mengajar anak mata kita akan mengecil apabila kita berada di tempat yang bercahaya dan anak mata kita akan membesar apabila kita berada di tempat yang gelap. okay itu semua fakta. bukan auta. itu fakta pada zaman persekolahan. once kamu semua dah transit ke zaman after persekolahan fakta tersebut akan berubah.



FAKTA DI ALAM PERSEKOLAHAN :
the pupils usually constrict (get smaller) when you shine light into it and they dilate (get bigger) when is dark.
-
-
-
-
-

FAKTA SELEPAS ALAM PERSEKOLAHAN :
the pupils of our eyes dilate and grow larger when we see someone we're attracted to.






see see. nampak tak perbezaan antara dua fakta yang menarik tu. fakta pun boleh berubah mengikut zaman tau. meh sini kita belajar ya anak-anak sekalian. kalau dulu saya ajar kamu fakta di alam persekolahan dan sekarang mari kita belajar fakta selepas alam persekolahan. orang kata kalau kita tengok atau berdepan dengan orang yang kita suka, hati kita berdebar-debar auuw auuw macam gitu kan? erk, apa kaitan berdebar dengan mata? ah sudah tak ingat fakta dah.



okay, start semula. bila kita melihat orang yang kita suka, anak mata kita secara automatik akan membesar. tindakbalas dari sistem saraf yang mengawal otot iris kepada ransangan meyebabkan pengembangan anak mata yang tidak sekata itulah menyebabkan anak mata kita membesar. lagi satu, anak mata kita juga akan membesar jika kita melihat sesuatu yang menyeronokkan. macam teruja la kot. okay-okay, kalau nak further info, you all can ask google kayh. macam biasa la. tak boleh nak suap semua.





cuba tengok perbezaan antara dua bijik mata tu. nampak tak? kalau tak nampak pergi lari laju-laju ambik spek power ribu riban tuh tengok. perhatikan bulat hitam kat tengah-tengah tu. yang kiri tu anak mata dia kecik kalau nak banding dengan yang kanan tu. dengan kata lainnya, mata yang kanan tuh ngah syok duk usha awek la kan? betul tak? ke macam mana?


okay la. till then bye bye !