Tuesday, November 20, 2012

Interview


Assalamualaikum salam sejahtera..

Lama sangat dah tak update entry. Lagipun tak ada cerita pun nak kongsi. Tapi kan, baru-baru saya ada pergi interview untuk kerja sambilan. First time interview dulu masa mula-mula nak masuk U sebab nak buat education kena interview dulu. Jadi, pengalaman interview memang sangat sadis tak payah cakap la. First time interview dulu pun pergi interview macam tuh je. Lenggang lenggok dengan otak kosong. Tak study apa-apa pun. Nasib la orang yang duduk sebelah baik hati share buku. Boleh jugak baca-baca sebelum kena interview. 


Interview kali kedua pun lebih kurang jugak. Tak prepare apa-apa pun. Mungkin dalam kepala otak ni asyik duk fikir, ala kerja sambilan je tak payah nak pecah otak study pun tak apa. Kalau dapat, dapatlah. Kalau tak dapat, bukan rezeki la tu namanya. Simple macam tuh sekali cara saya fikir. Jangan tiru cara saya ni. Seriously, saya tak terfikir pun nak dapatkan kerja tu. Paling tak pun saya fikir nak dapatkan pengalaman interview je. Tapi, interview untuk posting nanti mesti kena study betul-betul. 


Balik pada pengalaman interview kali kedua. Sampai je company tu, seriously cuak sebab ramai sangat orang datang nak join interview. Masa tuh dah mula rasa kaki tak jejak tanah. Kiri kanan penuh dengan manusia duk mengadap buku. Paling tak pun mengadap nota ringkas. Ah sudah. Nama pengarah, nama ketua cawangan, nama ketua bla bla bla semua saya tak tahu. Tak study pun pasal background company tu. Memang cari nahas la kan? 


Then, tiba-tiba je terpandang rak buku. Yes yes yes. Ada rezeki. Terus saya sambar buku. Ada jugaklah buku pasal organisasi company. Tapi yang tahun 2010 punya. Kecewa kejap. Hafal je la yang 2010 pun. Janji keluar la jugak dari mulut ni bila ditanya kan? Orang kiri kanan sibuk duk hafal itu ini, jadi saya pun hafal la apa yang ada depan mata. Tiba-tiba rasa tercabar. Bersaing dengan orang sebelah. 


Last, bila masuk bilik interview, perasaan cuak tu ada lagi sebab yang sorang interviewer tu asyik duk belek sijil je. Yang sorang lagi tanya banyak-banyak pakej sekali dengan muka confius. Saya lagi la confius bila jawap soalan yang dikemukakan.


Tapi yang sangat lega sebab dorang tak tanya pun pasal company. Memang rezeki la kan? Yang dorang tanya soalan biasa la, kenapa nak jawatan ni kenapa berminat, suruh perkenalkan diri, pengalaman kerja dan banyak lagi la. Saya rasa dorang just nak dengar samada kita boleh bercakap tak.Ada idea ke tidak. Yakin ke gugup. Macam tu la. Soalan yang masih saya ingat, dorang ada tanya kenapa berminat dengan jawatan ni sedangkan jauh terpesong dengan awak yang dalam dunia pendidikan.


Soalan paling best dorang tanya, "awak boleh koir tak?" hahhaha..tergelak jugaklah dalam hati. Soalan tak ada kaitan langsung. Jawapan saya pun best jugak la. "Saya mungkin boleh menonjol kalau diberi latihan yang cukup.." Baru saya dapat tahu company tu memang ada tubuh group koir. No wonder la tanya soalan macam tu.


Okay la. Dah panjang lebar. Nanti saya cerita lain kali yang saya dapat ke tidak kerja kat company tu. So far kena rahsia dulu. Eh, kalau dapat pun, ada yang ambik peduli ke? Bajet kau retis ke apa?

Bye bye..

Sunday, September 2, 2012

Special Day :Suhaila & Fadhli


Assalamualaikum salam sejahtera...


Salam 16 Syawal, selamat hari raya korang! Sebelum saya cerita panjang, apa kata jom sama-sama kita baca doa kat bawah ni untuk kawan saya. So, what are you waiting for? Let’s raise your hand bebeh!


Bismillahirrahmanirrahim..
Baraka Allahulakuma wabaroka a’laikuma wajama’a bainakuma fi khoir..
ameen..


Korang mesti tahukan doa kat atas tu? Kata die hard fan kepada Maher Zain? Korang tahukan? Itu kan doa untuk newly wed. Actually, doa tu saya tuju kat salah sorang bestie saya. Nama dia Suhaila. Actually, Suhaila dah selamat menukarkan status dirinya dari ‘cik’ kepada ‘puan’. Ecewahhh..Hai Puan Suhaila !!


Majlis akad nikah Suhaila berlangsung pada 7 Syawal yang lepas. Pagi tu, majlis akad nikah berlangsung and then tengah harinya pulak majlis kenduri belah pihak perempuan pulak. Deorang buat dua majlis sekaligus sebab keluarga pihak lelaki dari KL, pihak perempuan pulak Kelantan. So, susah la kalau nak buat banyak hari kan? Jauh la katakan. Ke macam mana?




So, inilah pengantin perempuan pada hari itu. So sweet.



Ini namanya conquer pelamin orang punya. 



Congrats darl..




Puan Suhaila & Encik Fadhli.
May Allah feed your life with happiness and blessings.
Ameen.

Newly wed : Hasanah & Syafiq


Assalamualaikum, hai...


Musim raya macam musim orang kahwin jugak. Raya ni je saya dapat 7 jemputan kahwin. Tapi, beberapa saja yang dapat pergi. Terima kasih kat korang yang sudi jemput. Dan yang mana saya tak dapat pergi, mintak maaf sangat-sangat. Whatever it is, may god bestow his bless upon you all for all the times to come, amin.


Yang ni, lagi satu kenduri yang saya pergi. Kenduri kawan sekolah menengah dulu. Hasanah nama dia. Last kitaorang sama sekolah masa PMR dulu. Yang bestnya, Hasanah ni ada twin, sama sekolah dengan saya jugak. Twin ni sama-sama cute. Comel je. Ingatkan deorang ni sama-sama naik pelamin, rupa-rupanya si kakak dulu yang naik pelamin. Si adik tahun depan la kot?


Mula-mula sampai dekat majlis tu, terus terpandang pengantin. Cantik sangat. Pakaian pengantin perempuan lain dari yang lain. Hasanah cakap, makcik dia yang jahitkan. Warna pun cantik. Kena sangat dengan kulit  Hasanah yang putih comel-comel tu.


Actually saya dapat tahu deorang dah akad nikah sebelum Ramadhan hari tu. 14 Syawal baru buat majlis kenduri. Yang lainnya, deorang bukan naik pelamin berdua tapi bertiga. Hasanah dah pregnant. Bila tanya dah berapa minggu, sengih-sengih je jawap tak sure. Hahaha comel je mom to be ni..huhu




Yang ni after akad nikah kalau tak silap. Gambar curi kat Fb je..hehe



congrats Hasanah & Syafiq



Yellow



Yang pakai baju putih tu Hafizah. Twin Hasanah. Muka deorang dah nampak ada beza sket sebab make up beza. Ye la, tak kan nak make up macam pengantin jugak kan??



Lepas dah kenyang semua, bergambar dengan pengantin yang comel auuw auwww



Haaa, yang baju pengantin perempuan yang ni la Hasanah cakap makcik dia yang jahitkan. Nak kata kebaya, tak jugak. Entah la. Apa-apa pun, tahniah tau.


Bismillahirrahmanirrahim..
BarakaAllahulakuma wabaroka'alaikuma wajama’a bainakuma fi khoir..
ameen..



Sunday, August 5, 2012

Bijak pandai


Assalamualaikum salam sejahtera..


Dalam hidup ni, tak semua orang dilahirkan sebagai bijak pandai. Ramai orang cakap, kalau nak pandai kita kena berusaha ke arah itu. Absolutely yes! Saya setuju sebab saya pun macam tu jugak. Apa yang saya dapat selama ni pun sebab saya berusaha. Tapi korang pernah dengar tak ada jenis orang tertentu, belajar tak seberapa pun tapi result still gempak. Sebab apa? Sebab mungkin rezeki dia lah kot. Kan? Hehe


Korang pandai tak? Hehehe. Soalan tak best. Tak payah jawap la. Cuba korang lihat pada diri korang, apa yang menyebabkan korang berjaya macam hari ni? Saya rasa salah satu sebab yang membawa korang ke arah itu mungkin...


Berusaha
Yes, macam saya. Nak kata pandai dan berjaya sangat tu, tak adalah. Tapi okay okay la. Ada la jugak segulung ijazah untuk tatapan diri sendiri. Tapi susah bila terleka untuk berusaha, boleh mendorong ke arah kegagalan. Jadi, kena selalu berusaha untuk berjaya. Kalau orang lain study untuk masa satu jam, saya akan study untuk dua jam sebab berusaha untuk pandai. Haa, macam tu la..


Keturunan
Yang jenis ni untung la. Baka pandai pandai belaka. Pernah tak makcik-makcik kat kampung korang cakap. "eh, anak-anak dia semua pandai. Semua masuk U lahh.." Untung la macam tu. Nak-nak pulak kalau mak ayah doktor ke akautan ke menteri pun boleh jugak. Kebanyakannya, anak-anak mungkin akan mewarisi jugak sedikit sebanyak kan? 


Pemberian
Haaa, yang ni lagi untung. Mungkin satu dalam seribu. Atau sejuta kot? Macam Adi Putra, kanak-kanak bijak tu la. Untung la, kecik-kecik dah pandai melebihi had orang dewasa. Mak ayah pun untung jugak dapat anak macam tu. 


Tapi tak apalah. Bagi saya semua orang ada kepandaian tersendiri. Tak semestinya tak dapat menjejakkan kaki ke universiti, bermakna diri tak pandai. Kan? Setiap manusia kan lahir dengan kekurangan dan kelebihan masing-masing. 


Actually, panjang lebar saya membebel hanya untuk berkongsi dengan korang semua supaya kita cuba untuk memahami diri dan mensyukuri sebagai mana diri kita pada hari ni. Berusaha untuk jadi yang terbaik dan manfaatkan kelebihan yang ada pada diri ke jalan yang baik. Dan yang penting jangan sombong dengan kelebihan yang tuhan kurniakan. 


Till then,
sampai bertemu lagi..

Thursday, June 7, 2012

Hater




Assalamualaikum salam sejahtera..


Korang mesti tahu kan hater tu apa? Takkan tak tahu kot? Kata korang superb omputih hewhewhew..Hater kalau kat kampung saya orang panggil pembenci hehehe. Tak tahu la kalau kat kampung korang panggil apa. Bunyi macam tak best je bila dah di translate. Kan?


Macam ni la, kalau saya kata saya suka giler ah purple colour mesti ada yang cakap..”what? purple? tak comeyyy punnn..” Terus mata ke atas. Macam tu la. Ada yang suka, ada yang tak suka even purple colour tu tak pernah buat salah pun kat dia hehe.


Sama jugak dengan manusia. Let say, A ni tak pernah pun buat salah dengan B tapi tetiba je B tak suka A. Tapi setiap apa yang A buat, B nak ambik tahu. Dari segi penampilan diri sehinggalah lifestyle A, semua B ambik tahu. Annoying kan? Kalau setakat B ambik tahu saja takpe lah. Ini tak, apa yang A buat, kebanyakannya dikritik. Kalau tak suka, buat apa ambik tahu?Psycho sungguh.


Kesiankan, B sanggup spend time to check A on A’s social network just to know perkembangan diri A. Buang masa sungguhlah orang macam ni.


So friends, what are you thinking about B? Kalau saya, saya terfikir dua sebab saja dalam kes B ni. Satu, B mungkin tak suka A, atau bahasa kasar sedikit, B menyampah dengan A. Mungkin ada perbuatan atau percakapan A yang lepas membuatkan B tidak puas hati.


But, if there are no point at all untuk B tak suka A, rasanya B mungkin inginkan kehidupan seperti A. Ingin jadi seperti A. MUNGKIN. Who knows?


Jadi, tak ada gunanya untuk kita mencemarkan hati kita dengan membenci orang. Don’t be hater. Just remember that life is about  KARMA. What you give you get back and what goes around comes around. Lets spread love all over the world bebeh.


Till then, bye.
xOxO

Tuesday, June 5, 2012

every little children faces their own problem in learning process




Assalamualaikum salam sejahtera..


First thing first, I’m so really appreciate having a great and marvellous teachers, especially my kindergarten teacher. (Al Fatihah buat cikgu kindergarten saya). Tanpa anda semua, saya tak tahu menulis dan sudah tentu tidak tahu membaca.


Seriously, bila dah jadi replacement teacher kat sekolah rendah, nak nak lagi kena pulak mengajar Bahasa Melayu, barulah saya sangat-sangat menghargai penat lelah cikgu kindergarten dan cikgu kat sekolah rendah dulu untuk pastikan saya pandai membaca dan menulis. Kalau tak pandai membaca dan menulis, memang tak adalah blog ni kan? Hehe.


Salah satu kelas yang saya mengajar adalah kelas tahun tiga yang paaaaling hujung. Sedih tak sedih yang saya rasa korang tahu tak, ada lagi antara mereka di tahun tiga masih tidak tahu membaca. Alangkah ruginya bila hanya dapat membelek buku tanpa mengetahui isi bacaannya.


Tapi Alhamdulillah, cikgu-cikgu ada usaha untuk mengajar mereka ni dengan membuka kelas pemulihan. Tapi bagi pendapat saya, usaha guru sahaja tidak cukup. Parents sepatutnya ambil tahu mengenai masalah anak-anak mereka dalam pembelajaran. Cuba jadi cikgu dirumah untuk mereka. “Hmm, cikgu start membebel dah..” Korang jangan la cakap macam tu. Apa yang saya cakap ni hanyalah sudut pandangan seorang guru. Kalau kita tak mampu menyelesaikan satu-satu masalah seorang diri, tak salahkan kalau kita berganding bahu?


Bagi saya, setiap anak yang sedang belajar punyai masalah tersendiri. Saya sendiri pun punyai masalah ketika mula belajar untuk menulis. Apa yang menarik perhatian saya ialah seorang murid saya tahun tiga punyai masalah yang hampir sama dengan saya dulu.



Cuba korang perhatikan, apa masalah murid tersebut...


Korang ada hari RADU? Tak adakan? Budak saya saja yang ada hari Radu.




Buah burian. Korang tahu macam mana rupa buah burian?


Yes, itulah masalahnya. Masalah Irfan. Keliru nak bezakan antara huruf D dengan B. It’s okay Fan. Ini namanya learning process. Cikgu dulu pening dengan huruf M dengan huruf N. Tapi sekarang dah okay dah.


Being a teacher at primary school, sangat mencabar tahap kesabaran. Kadang-kadang tak terkawal. Bukan kadang-kadanglah. Selalu la senang cerita. Kalau nak dibandingkan masa saya praktikum dulu,  jarang sangatlah  tinggi suara kat  students kalau deorang degil. Tapi sekarang? Hari-hari melalak macam tarzan. Cakap perlahan confirmlah deorang tak dengar. Hari-hari kena buat garang baru P&P dapat berjalan dengan lancar dan semua orang buat kerja dan hantar buku. Kalau tak buat macam tu, alamatnya manja sangat lah kau budak nanti. Jangan harap la. Kau nak manja ke kau nak pandai? Korang ingat saya nak layan sangat ke manja-manja mengada korang tu?


Last but not least, terima kasih cikgu kerana telah mendidik jiwa saya sebagaimana saya hari ni.


Okay, till then..
Bye bye.

Monday, June 4, 2012

Ramziyah Amanina & Ahmad Farhan Big Day


Assalamualaikum salam sejahtera...



First of all, a big big congratulation to Ramziyah and her soulmate, Farhan. Dah jadi puan dah. Ramziyah ni salah sorang classmate saya kat universiti dulu dan dia adalah orang yang ketiga yang dah mendirikan rumah tangga dalam kalangan kawan-kawan Physicsian la.



Ehem ehem, ni la dia pengantin kita pada hari iteww..
Saya eja itu pun dah ala-ala manja gitu..Pangg



What make me proud and solute sangat kat Ramziyah ni kan, dia tak macam sesetengah kawan yang lain tau. Dia ni diam-diam aje. Tau tau dah nak kahwin dah. Tak pernah dengar pun cerita-cerita couple, tak pernah tengok pun gambar boyfriend dia. Pandai dia simpan rahsia. Ya la, sesetengah orang jenis yang suka share gambar,  letak gambar couple kat FB/Twitter, kadang-kadang DP pun pakai gambar boyfriend kat FB. Status kat Fb pun semacam aje. Kadang-kadang..”eh ni FB sape pulak aku approved?” Haa, macam tu sekali persoalan yang keluar kat kepala ni.

Whatever la. Lain orang lain perangai. Apa-apa hal pun, congrats sekali lagi. May Allah bestow his bless upon you and live with happiness. Amin. 


Husband kawan saya ni anggota TUDM. So, no wonder la kahwin pun pakai uniform kan?
Best apa potong kek jalan-jalan bawah pedang?
Ramziyah looks gorgeous sekali auww.. Jealous I.



Persalinan pengantin yang ketiga. Gambar blur sket sebab tukang ambik gambar sorang je, request kemain banyak.



Dah mula buat hal. Siap halau pengantin lagi..



Last but not least, 
semoga kekal bahagia kawan.


Saturday, June 2, 2012

My big day



Assalamualaikum salam sejahtera...


My big day sudah pun berlalu tapi baru nak share. Boleh la kan? Actually apa yang saya maksudkan dengan big day tu adalah hari konvokesyen. 8th May 2012 hari tu, saya dah selamat konvo buat kali ketiga. Kali pertama of course la masa kindergarten dulu heuheuheu. Lepas tu kali kedua pulak after SPM hari tu. Bajet macam best student sangat la ada hari graduasi bagai kan? Pangg..


Ni nak cerita masa konvo hari tu, eh tiba-tiba boleh pulak jantung ni berdegup laju macam halaju cahaya gitu masa nak naik stage nak ambik scroll. Tak patut. Entah apa yang nak didebarkan tak tahu la. Patutnya senyum aje la sebab Tan Sri yang hulur scroll tu. Boleh bertentang mata dengan Tan Sri. Boleh senyum kat Tan Sri hehehe. Boleh pose dengan Tan Sri. Tak gitu?


Eh, Tan Sri pun senyum jugak?? Hehehe


Lepas tu kan, tengah-tengah duk beratur, tiba giliran nak ambik scroll, tiba-tiba pulak dengar tak dengar je orang panggil nama untuk ambik scroll. Ah sudahh..Confius dengar nama sendiri. Nasib baik la ada encik pembantu kat bawah stage tu kata.."Okay gerak gerak.." Tersedar jugaklah dari lamunan. Terima kasih encik. 


Saya rasa saya ada anxiety disorder la. Lepas tu macam ada mental disorder jugak sket-sket kadang-kadang kahkahkah. Sebab apa tau? Sebab saya fikir macam-macam. Saya fikir macam mana kalau ada yang tersadung kat stage tu? Macam mana kalau scroll yang Tan Sri bagi kat stage tu terjatuh? Macam mana kalau tengah jalan kat stage, kasut pulak tertanggal dan tertinggal hahahhaha. Sebab tu cuak semacam je. Padan muka ha ha ha..Pelik tak pelik saya fikir. Macam tu la selalu. Kalau saya diam dan termenung panjang tu, mesti ada sesuatu yang saya fikir dalam kepala ni. Hehehe..


Catwalk kejap. Haaa...dah dapat scroll terus hilang cuak. Siap senyum lagi kat cameraman..Kehkehkeh



With my bestie. Nasib baiklah sempat bergambar sekeping dua. Lepas je konvo, terus hilang kawan dalam lautan manusia. Kemain susah lagi nak cari kawan time tu dengan cuaca panas takyah cakap la.




Sempat jugak bergambar dengan muka happy macam tu. Jumpa aje kawan, terus tak fikir dua kali ajak bergambar. Kawan pulak feeling artis. Haihhh..



Hmm, degree dah dapat dah. Harap lepas ni saya tak akan berhenti untuk cari ilmu lagi. Ada rezeki, ada peluang InsyaAllah sambung belajar. Well, orang kata masa muda ni la kita cari ilmu sebanyak yang mungkin. Tapi, masa tua nanti pun jangan la berhenti untuk cari ilmu. Ilmu bukan sekadar sekeping sijil kan??


Okay, till then.
Bye bye


every single moment in Mei


Assalamualaikum salam sejahtera..


Such a long long time rasanya saya tak singgah sini. Well, my cliché reason is, i’m so busy handling my daily life. Tapi tak adalah sampai dapat mengalahkan wakil rakyat.


Another reason is, I have no story to share. Nanti kalau merapu susah pulak kan? Owh anyway, sepanjang bergelar sebagai replacement teacher ni, sempat jugaklah saya merasa sambutan hari guru  buat kali kedua. Yang pertama dulu semasa saya praktikum la of course.


Hadiah hari guru? Of course la dapat. Kadang-kadang saya terfikir jugak, saya mengajar di dalam kelas tak adalah best sangat pun. Garang? Almost the time la wa cakap lu hehe.  Kalau tak, budak-budak sekolah rendah ni memang akan pijak-pijak la kepala engkau. Engkau nak budak-budak pijak kepala? Tak nak kan? 



Thanks la budak-budak sebab kasi hadiah kan. Banyak tu tak adalah banyak sangat kalau nak dibandingkan dengan cikgu-cikgu senior. Siap masukkan hadiah dalam plastic sampah lagi baru boleh bawak balik. Kalau tak terburai lah tengah jalan.



Beza sambutan hari guru semasa saya praktikum kat secondary school dulu, cikgu-cikgu yang akan buat persembahan. Memang cikgu akan conquer stage la. Tak kisah la lakonan ke nyanyian janji budak-budak terhibur. Tapi kat primary school, memang budak-budak aje lah buat persembahan. Korang nak tengok siapa buat persembahan? Cakap aje. Semua ada. Dari budak tahun satu sampai la tahun enam. Memang buat korang tersenyum la kalau tengok. Cikgu pulak setakat nyanyi lagu Kami Guru Malaysia lepas tu ikrar. 





Yang ni koir budak tahun enam. Adik saya salah sorang. Kalau terserempak kakak kat sekolah, dia buat-buat tak tahu aje. Memang tak faham dengan perangai budak.





Yang ni pulak persembahan penutup, silat. Ya, lelaki melayu dan silat. Auww..


After a week we celebrated teacher’s day, sekolah ada buat latihan kebakaran, fire drill. Unexpected betul lah budak-budak sekolah rendah ni. Bunyi aje loceng panjang, kemain deorang lari tinggal semua buku. Saya yang duk ngaja kat depan tu deorang buat tak kesah aje. Bajet nak selamatkan diri lah tu. Encik bomba tu pun siap cakap syabas lagi kat bebudak tu sebab dapat berkumpul dan menyelamatkan diri dalam masa 2 minit.




Kemain besar lagi jaket dan topi bomba tu sampai tenggelam budak saya tu..kesian..


Encik bomba : Assalamulaikum semua..
Budak-budak : Waalaikumusalam bomba..

Haha. Tergelak pun ya jugak bila dengar budak-budak tu jawap salam. Jawap la waalaikumusalam tuan ke..Ni tak, waalaikumussalam bomba. KAHKAHKAH.





 Mesti bomba ni dah jadi hero dimata budak-budak tu.

Hmm, itu ajelah kot yang berlangsung sepanjang Mei. Tak best langsung closing entry saya kan? Dah tu nak buat macam mana tiba-tiba tak ada idea dah.


Till then, bye-bye..


Wednesday, May 9, 2012

everybody can make a new ending



Assalamualaikum salam sejahtera...



Nobody can go back and start a new beginning,
but anyone can start today and make a new ending.



I think my life has being wasted. I was unemployed for over four months. Lama tak lama. Macam nak tunggu result SPM pun ada jugak. But it’s okay for me. I can start today and make a new ending rite? *Saje nak sedapkan hati sendiri* 


Yes, i’m unemployed before. I’m hard-headed. I’m still looking for a good and worthwhile job even it’s just a part time job as i’m waiting for my posting yang belum tahu bila nak kunjung tiba, alahai. Not being a cashier at supermarket. Not being a sales girl at any shop. Jauh sekali nak bukak blogshop sendiri. Enough. Berangan aje. Sudah lah. Tak payah nak kutuk saya pemalas ke apa.


So now, no more goyang kaki tengok tv dah. I am a teacher now. Replacement teacher actually. I’m teaching Year 3 kat sekolah yang sekangkang kera saja dari rumah. *Boleh ke pakai sekangkang kera? Ahh, do I care?


Why I said sekangkang kera? It’s because the distance from my home to that school memang sangat dekat. Boleh pergi dan balik jalan kaki saja sambil nyanyi lagu TwinkleTwinkle Little Star dengan budak sekolah pun boleh. But don’t forget to bring an umbrella yaww. A cute umbrella of course supaya budak-budak sekolah jealous. KAHKAHKAH


Being a primary school teacher is not as easy as ABC to me. Ya la, saya tak ada pengalaman pun mengajar kat primary school. Praktikum sebelum ni pun mengajar kat secondary school. But, don’t worry ibu-ibu bapak-bapak sekalian. Nobody ever feel 100% of confident when they face something new and I, tried my best to teach them. And of course I have a mentor to guide me on how to teach them.


Takpe, I promised to be a good good teacher kahkahkah. Okay okay, at least I got some experiences before I jump into my actual career rite? So, what you are waiting for? Let’s pray for me bebeh.


Owh, bercerita mengenai pengalaman hari pertama yang dah berlalu, for sure la on that day kita berkenalan dulu dengan budak-budak tak matang tu. Ada sorang budak tu, nama dia Muhd Aidil Zafuan Zaqwan. Then, when i ask him, what is your ambition? tetiba je jawab nak jadi pemain bola. Perasaan la kau budak. Mentang-mentang la nama kau lebih kurang dengan nama pemain bola sepak kan?


Cerita kedua pulak, cita-cita sorang budak ni nak jadi penghantar pizza. Aduh aduh aduh budak-budak ni. So far saya tak pernah dengar orang bercita-cita nak jadi penghantar pizza tu. Bukan nak perlekehkan kerja as a penghantar pizza tapi, biasanya siapa yang kerja sebagai penghantar pizza ni untuk part time saja. Kalau ya pun kerja tetap, bukanlah cita-citanya dari kecil untuk jadi penghantar pizza tu. Biasa la, hidup ni adalah mengenai nasib/tuah dan rezeki jugak. Untung sabut timbul untung batu tenggelam. Nasib baik la kau baru tahun tiga, kira boleh terima la jugak kalau kau bercita-cita nak jadi penghantar pizza kan? 


Okay la, tu saja kot buat masa ni. Takda apa nak cerita dah..

Till then, bye bye x0x0

Tuesday, April 24, 2012

wishlist - set a dream a new dream


Assalamualaikum salam sejahtera..


Dalam hidup ni kan, sure korang ada pasang impian atau angan-angan nak dicapaikan? Well, saya rasa tak salah kot kalau nak ada impian or dream ni. Tapi tak perlulah jadi macam Mat Jenin. Oh, cakap pasal Mat Jenin, sebenarnya saya pun tak kenal dia siapa, rupa dia macam mana. Tapi saya tahu kalau angan-angan mesti dikaitkan dengan Mat Jenin dan yang paling penting, dia glamour dalam kalangan mak cik-mak cik. Kan mak cik kan?


Saya rasa angan-angan/keinginan tu kadang-kala penting jugak. Sebab? Sebab ia boleh jadi pendorong kepada kita untuk capai kita punya target dalam hidup samada dalam masa pendek atau panjang. Setuju tak? Ke tak setuju? 


Apa kata kalau korang buat list apa impian korang, harapan korang. Kira macam wishlist la. Dan yang paling penting korang kena target sesuatu impian korang tu perlu dicapai dalam masa yang tertentu. Barulah passionate sket kan? "By 30, aku kena punya rumah sendiri.." Lebih kurang macam tu la. Motivasi diri sendiri ni namanya kehkehkeh. 


*********************************************************************************


Dear diary..
I'm just an ordinary girl, barely supergirl.
And of course I also have a dream...


1. Holiday
Tak kisah pun pergi mana. Kalau dapat pergi tempat yang memang menjadi pujaan hati lagi best. Janji dapat spend time dengan BFF. Sejak dah habis belajar ni, masing-masing jauh. Buat hal sendiri. Tak suka la macam ni. BFF kat secondary school pun susah nak jumpa sekarang ni. Hmm..


2. Charity
Korang tahu tak, kerja amal yang paling bangga jalan pun mendabik dada yang pernah saya buat adalah menderma darah. Itu pun lima tahun lepas KAHKAHKAH. Time tu saya belajar kat matrik. Bajet macam unforgettable memory la pergi derma darah pada 31 Ogos hahahaha *tak bleh blah la kau*  dan walaupun saya tahu PC asas dan PC lanjutan (pertolongan cemas) serta CPR semasa dikampus dulu, saya tak berkesempatan join apa-apa aktiviti amal disebabkan oleh tuntutan hidup sebagai pelajar 'Sains' yang menekan jiwa *alasan alasan*


3. Baking a yummy cake
Seriously, teringin sangat nak buat yummy cake, sweet homemade chocolate macam orang lain buat tu. Well, moist chocolate cake yang biasa-biasa tu selalu la jugak buat. Itu pun pakai tepung yang ready made tu hewhewhew. Tinggal tambah butter, telur dengan gula je. Teringin la jugak nak buat Pavlola ke, Tiramisu ke, Macaroon ke, Cheese cake ke..Wah, angan-angan kau. Kena kumpul recipe and video on how making superb cake dulu la kot kehkehkeh. 


4. Buy and read at least a book in a month
Tak kisah buku apa janji bukan majalah. *Kalau majalah, seploh bijik pon boley baca* Dulu, when i was form five, saya pernah dengar ceramah HM Tuah. Beliau ada cakap membaca boleh merangsang minda dan dapat elak dari penyakit Alzheimer dalam jangka masa panjang. Fortunately, I love reading. So, tak menjadi masalah kalau nak membaca cuma kena rajin membeli bahan bacaan. Yang menjadi masalah kalau baca buku motivasi. Dua bijik buku motivasi masih lagi dalam plastic bag tak terusik, bila nak baca? Sometimes, i've faced a problem to understand a text. I mean, what the author try to deliver to us. *Slow ke apa aku nih?*


5. Buy an unnecessary thing
Maksud saya, beli sesuatu yang bukan menjadi keperluan tapi kehendak. Ini namanya membazir tapi kalau sekali sekala it's okay what? As a present to ourself after being tired for one time. 


6. Get a better life
Baik dari semua hal. Have my own stable career and be a better girl. Tak mau dah curse nak nak lagi kalau stuck kat jalan raya. Jadi orang yang lebih sabar dan tabah juga penting. 



Hmmm, tak salahkan kalau kita ada wishlist? At least we plan on achieving something worthwhile. Let's hope all my wish list will be coming true before next two years. Amin, insyaAllah. 

Till then, bye bye.
x0x0

i'm barely supergirl


Assalamualaikum...


Kalau dulu saya memang terror sangatlah buang masa. Confirm memang takde orang boleh lawan. Kalau nak start study, saya akan pusing satu rumah dulu. Itu namanya buang masa merata-rata kalau nak tahu. Jengok dan tanya khabar housemate memang jadi satu kewajipan. Bajet macam pemimpin berjiwa rakyat. Lepas bukak buku boleh pulak termenung. Tu tak kira lagi dengan buang masa dengan mengadap drama/ movie korea ehem ehem lagi. Tapi itu dulu la. Masa tengah bergelar sebagai pelajar yang amat berdisiplin kahkahkah. Kelas jam 8.00am, jam 7.50am baru terhegeh-hegeh nak gerak. Dulu saya tak macam tu, tapi sejak saya sem 8, hmm entah lah.. Mungkin saya terlebih poyo berlagak senior. Apa yang tak sepatutnya saya lakukan, benda tu jugak la saya nak buat. Assignment berlambak, thesis menanti tapi sempat lagi kot saya layan movie. Itulah salah satu kelemahan saya. Perkara paling buang masa, keluar ke KFC jam 11pm lepas tu stuck kat jalan raya sebab ada road block. Padan muka. Itulah, kadang-kadang time management pun boleh terbabas. Well, i'm barely supergirl. Insaf insaf.




Itu cerita dulu. Tapi sekarang? Become worst. Nak nak lagi lepas dah tamat belajar ni kan. Banyak masa terluang. Jadi, sengaja ke tak sengaja ke, memang akan buang masa jugak. 8th April lepas, i've celebrate  24. Omaigod omaigod. Banyak lagi wishlist yang belum tercapai. Tak boleh jadi nih. Kena buat perancangan dari sekarang. Plan la dulu kan? Action kemudian.



Tapi takpe, as time goes by, kita mesti belajar sesuatu kan? Kalau dulu suka buang masa, sekarang mesti terfikir apa nak buat kalau ada masa terluang. 


Mei nanti ada beberapa perkara perlu saya lakukan. Nantilah. Bila dah gerak baru saya cerita. Takut tak jadi pulak kan? Harap segalanya berjalan dengan lancar. 


Okay la..Till then, bye bye






Sunday, March 25, 2012

a view of unemployed



Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Sebagai penganggur, memanglah kerja menghabiskan duit parents sahaja. Baik punya perangai. Ekonomi diri sendiri jatuh merudum tak usah cakap la. Tapi, sekurang-kurangnya sinki sentiasa kosong, baju dalam bakul tersidai, lantai rumah tak berhabuk. Okay lah tu kan? Nak apa lagi? Baik punya nak cover keburukan diri. KAHKAHKAH.



Jadi seorang penganggur bukanlah susah mana pun. Memadai kalau bertemankan TV saja tapi sering juga dihantui rasa bosan. Lupakan segala esei mengenai keburukan TV yang pernah kita karang di zaman persekolahan dulu-dulu. TV pun punyai kebaikannya tersendiri. Sebagai penganggur, sekurang-kurangnya saya banyak berfikir mengenai drama dan movie yang ditonton disebabkan punyai masa yang terluang begitu banyak. Berbeza dengan saya yang dahulu. Hanya sempat menonton drama/movie tanpa sempat memikirkan pengajaran yang ingin disampaikan dek kerana dibelenggu oleh tuntutan hidup sebagai seorang pelajar yang berdisiplin hewhewhew.


Kadang-kadang sambil tengok TV sambil terpikir..
"apesal la mamat tuh jahat nak mampos?"
"heh, laki dia tu kan tak sayang bini ke?"
"jadi ayah macam tu ke? tak pikir anak ke apa?"

Macam tuh la selalu. Boleh terbawak-bawak dalam pikiran. Selalu watak yang kerap saya observe adalah watak lelaki. Bias kan? Memanglah. Tapi betullah, kebanyakan drama/movie yang saya tonton selalunya lelaki lah yang watak antagonis. Watak perempuan macam tak bersalah aje kehkehkeh.


Lelaki yang suka memerintah
Watak lelaki ala-ala raja zalim yang memerintah. Yes, man is a leader. Lelaki memang dilahirkan untuk jadi ketua. Mungkin sebab mereka ini mempunyai sembilan akal. Tapi mengetuai dengan memerintah sangat berbeza. So please sebagai ketua, sepatutnya menjadi sebahagian dalam pasukan bagi menjalankan apa sahaja tanggungjawab bukan sekadar memerintah. Ini tak, sampah kat tangan sendiri pun nak mintak orang buangkan. Annoying tahu.



Lelaki yang tak sedar akan tanggungjawab
Bila si perempuan bakal berkahwin, "jaga perangai, jaga hati suami, jaga makan minum suami." Ramai yang tolong ingatkan tanggungjawab buat bakal isteri. Tapi bila lelaki yang bakal berkahwin, "seronok lah kau nanti, makan minum pakai ada yang jaga." See see, apahal bila turn lelaki takde yang tolong ingatkan tanggungjawab pulak? Ini tidak adil tidak adil bagiku...Tetiba lagu Yuna keluar. Dalam program bual bicara apa entah, kaunselor tu ada cakap, sesetengah lelaki perlu diingatkan dengan tanggungjawab supaya tak mudah lupa. Sesetengah aje. Tak semua. Jangan cepat nak hot pulak.



Lelaki yang suka menabur berjanji
Selalu kalau dalam drama dikaitkan dengan lelaki bujang. Janji kat girlfriend macam-macam. Last, janji tinggal janji aje. Itu kes lelaki yang belum kahwin. Kalau yang dah kahwin lagi teruk kot. "Wifey, tahun depan abang janji abang beli kereta untuk awak.." After two years? Nothing. Tak ada apa-apa pun.



Itu antara contoh watak dalam drama yang saya tonton. Kuat sangat pengaruh dari drama-drama. Tapi masih lagi terkawal. So far, takde babak yang tukar-tukar baby kat hospital. Inject dadah dalam ubat orang kat hospital macam sinetron tu kan?
Okay lah.



Oh, sebelum terlupa tak terlambat lagi rasanya kalau saya wish congrats buat junior kat formal school saya  atas pencapaian SPM yang memberansangkan. 36 students from Sekolah Berprestij Tinggi SMKA Naim Lilbanat  got straight A. 
Proud to be Naimians yaww.


Till then,
bye.


Tuesday, February 7, 2012

Bertunang...



Assalamualaikum dan salam sejahtera..



5 Februari lepas bersamaan 12 Rabiulawal maulidur rasul yang lepas, berlangsungnya satu majlis pertunangan. Ops, jangan salah sangka. Jangan kata saya buat majlis senyap-senyap lepas tu lupa tak ajak kawan. Bukan okay. Well, majlis tu bukan saya punya tapi majlis salah seorang BFF secondary school saya dulu. Bff sejak form 1 till form 3 kat Maahad dan sama sama pindah ke Naim Lilbanat till form 5 lepas tu sama sama belajar kat Matrik Pahang. Lepas tu bawa haluan masing-masing.



Congrats darl. Saya tak la terkejut sangat bila kawan saya ni text " datang la rumah ada buat makan-makan sket.." Macam dah dapat agak dah. Anyway, semoga kekal darl. Moga dipermudahkan oleh-Nya jalan-jalan yang kamu pilih. 






On that day, kemain susah lagi nak pergi rumah u darl. Takda transport kat rumah time tu. Tapi disebabkan u ni kan salah seorang Bff i yang tak kan i lupa dunia akhirat, i usaha jugak call adik i suruh hantar pergi rumah u. Huhu. Taknak terlepas majlis ni. 





Awak sebelah kanan tu, tolong jaga kawan saya baik-baik tau..




Kahwin nanti jangan lupa jemput tau. 
Tak kira u got married sekalipun, kalau nak hang out, i culik u kat rumah.
Boleh??


Friday, February 3, 2012

Menganggur


Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Pertama sekali, syukur alhamdulillah. Semalam result exam semester 8 sudah keluar. Memang berbaloi dengan usaha dan kewangan yang dilaburkan pada final year project which is my thesis. Memang berbaloi la walaupun mata lebam-lebam ke kelas. Junior tengok pun "heh, apa la senior tak reti nak jaga penampilan diri sampai mata pun menyerupai beruang panda." Ok fine. Tak kisah pun. Terima kasih buat Prof Dr. Nurulhuda Ab. Rahman dan juga Encik Azman Razalee. 



Walaupun pointer tak la begitu membanggakan sebab subjek Solid State in Physics memang teruk sangat yang menyebabkan pointer bergolek turun, saya tetap tersenyum disebabkan tesis saya tu.  Saya pun tak tahu mana silap saya bagi subjek tu. Dapat tahu carrymark untuk subjek tu pun memang boleh buat saya mengalami kemurungan berminggu-minggu. Lepas tu tengok final gred pulak rasa macam nak meroyan. The worst gred saya pernah dapat rasanya. Tak sanggup pulak nak share kat sini.



Entah la. Cara pemarkahan lapan bijik assignment yang dikasi pun tak tahu macam mana prof buat. Kuiz and test tak pernah ada. At last dapat tahu carrymark. Terima saja dengan hati yang ikhlas. Mungkin bukan rezeki saya bagi subjek tu kot. Subjek saya yang tak skor dapat A, dapat la pulak.  Kira balance la. Dapat la cover mana yang patut kan?



Anyway, sudah dua minggu saya bergelar penganggur sejak tamat pengajian. Bosan. Umi pun ada kasi borang guru sandaran untuk diisi. Harap dapat la jadi guru sandaran nanti. Takda la bosan sangat kat rumah. Dan, harap jugak dapat sekolah yang dekat dengan area rumah. Senang nak gerak kan?  Semoga dipermudahkan. 



Cuak la pulak nak mengajar balik. Kalau dulu time praktikum, buat salah kira dimaafkan la sebab memang dalam latihan. Lepas tu ada guru penasihat boleh dijadikan tempat rujukan. Ada pulak kawan sama praktikum boleh luah masalah pelajar-pelajar. Sekarang, sorang-sorang la nampaknya. Pandai-pandai la bertanya cikgu-cikgu senior yang lain. 



Apa-apa pun terpulang pada rezeki Allah. Kalau dapat kerja tu, dapat la. Kalau takda rezeki, cari lain. Mungkin boleh cari experience dalam bidang lain kan? Okay la. Takda apa yang nak dicerita dah. Asyik kat rumah je dua minggu ni. Oh ya, congrats buat salah sorang bestfriend saya. Esok insyaAllah saya datang.


Okay la. Till then.. Bye bye. Take care semua.

Sunday, January 22, 2012

Penghargaan buat mereka




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pertama sekali, syukur Alhamdulillah. Tesis untuk disemak sudah dihantar kepada pensyarah penyelia. Tesis jilid hardcover satu salinan untuk dihantar kepada pensyarah penyelia dan cd bagi softcopy tesis kirimkan kepada kawan sahaja dan satu salinan jilid hardcover lagi dibawa balik untuk umi. 




Banyak saya belajar sepanjang siapkan tesis ni. Belajar erti pengorbanan. Pengorbanan apabila kawan ajak untuk keluar bersuka ria, saya terpaksa menolak dengan hati yang tidak ikhlas. Belajar korbankan waktu tidur dikala hujan renyai-renyai kesejukan. Belajar berkorban untuk terima keadaan mata sudah ber'eyebag'. Sungguh ambik masa untuk hilangkannya. Belajar erti sabar apabila pengeditan tesis nak nak lagi edit bahagian muka surat. Sabar dalam prosedur penghantaran tesis yang bermacam-macam demand. Sabar dengan keadaan sekeliling. Sabar segalanya la. 



Rasanya saya sangat perlu berterima kasih kerana mendapat pensyarah penyelia yang amat dedikasi dan disegani. Banyak tunjuk ajar dan nasihat saya peroleh. Biarpun tiap-tiap kali saya mengadap beliau ada sahaja pembetulan yang perlu dilakukan. Tapi itu la yang dinamakan proses pembelajaran. Belajar dari kesalahan. Dari situ, banyak perkara yang saya peroleh biarpun terpaksa melakukan kerja yang sama berulangkali. Terima kasih Dr. Nurulhuda Abd Rahman. Saya sayang Dr. tau. Eh, saya dapat tahu Dr dah dapat title Prof? Betul ke?



Kawan-kawan yang banyak membantu...


"Rabiatul, sama-sama mengadap Dr tiap-tiap minggu. Penat letih bersama. Bila mengadap Dr terpaksa berlakon buat-buat ceria sebab nak jaga mood Dr. Tak mau Dr marah-marah tension-tension. Tak sangka kita pun macam pandai kipas-kipas Dr kan? Lepas tu sama-sama mendaki tangga ke Pin Master and then pergi ke BHL. Terbaik lah. Sampaikan orang dekat BHL pun dah kenal muka orang yang pergi clean virus dalam pendrive selalu.




 "Maziah, aku berterima kasih sangat kat kau tahu? Bila kau tengok muka aku macam tension tak boleh blah, kau datang tolong. SPSS hari tu pun kau ada tolong aku jugak kan? Latest, bab insert page number memang aku fail. Rasa macam nak meraung bila buatkan muka surat kat penulisan tesis tu. Tapi, kau datang tolong aku kan? Tq sangat-sangat tau even kau pun banyak kerja nak kena settle tapi kau sanggup jengok-jengok orang lain kan?"



Buat prospective teacher aka my classmate, tq so much kerana sudi menjeling manual konsep kartun saya yang tak seberapa dan menjalankan soal selidik. Tq ya. Buat housemate, terima kasih kerana bersabar dengan karenah dan perangai saya semasa tension dan gembira menyiapkan tesis. Maklum la, perangai saya tak menentu. Kalau tension, saya diam. Tapi bila saya diam, orang akan tahu saya tengah tension. Eh, macam mana nak sembunyikan perasaan tu ya? Boleh ajarkan tak?



Lagi, terima kasih buat empat orang pensyarah penilai yang menilai tesis saya ketika pembentangan dijalankan. Terima kasih kerana melayan saya dengan baik ketika pembentangan itu. Tq so much.




Terima kasih sahaja mampu saya ucapkan. Sungguh bantuan kalian amat bernilai. Semoga tuhan memudahkan urusan kita pada hari-hari mendatang.

Friday, January 20, 2012

Setelah hampir empat tahun, perpisahan juga yang berlaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara


Orang kata bertemu dan berpisah tu lumrah dalam kehidupan. Ya, sebagai manusia biasa kita perlu hadapinya dengan tenang. Tapi, beratnya hati ni untuk menghadapinya dengan tenang. Entah la, mungkin diri semakin dewasa dan terlebih emosi.




Kalau dulu, tamat sahaja tingkatan lima sedikit pun tiada perasan sedih untuk berpisah dengan kawan-kawan. Mungkin terlalu excited untuk menempuh kehidupan yang baru di alam universiti sehingga perpisahan terjadi dan berlalu dengan begitu saja.



Dan, tamatnya pengajian di matrikulasi, perasaan sedih untuk berpisah dengan kawan-kawan tu ada tapi perasaan tu tak sehebat sekarang. Mungkin kehidupan selama kurang dari setahun di kolej matrikulasi kurang memberi erti dan nilai persahabatan. Bukan takda tapi kurang jika nak dibandingkan sekarang. Sekarang di universiti, persahabatan yang terjalin selama hampir empat tahun. Ya, persahabatan yang mengajar erti susah senang bersama. Saling bergantungan antara satu sama lain. Menyiapkan segala tugasan bersama. Mungkin dalam masa hampir empat tahun itu kita selalu tak sependapat, kita selalu mempunyai pemikiran berbeza tetapi percayalah, semuanya akan menjadi kenangan. Tak sangka, sungguh cepat masa berlalu.



"Jumpa lagi di lain masa..."



Sebelum ini, jika kawan-kawan bercerita mengenai perpisahan yang bakal terjadi, saya senyum saja. Sebab saya rasa tak sabar untuk menamatkan pengajian dengan cepat kerana lambakan tugas seorang pelajar yang membebankan. Tapi, bila ia semakin hampir, hati saya terusik. Tuhan, kuatkanlah hati saya menghadapi semua ini. Masa-masa yang kita lalui dulu tidak mungkin akan berulang lagi. Untuk berkumpul 49 orang ahli kelas bersama di lain masa agak mustahil kan? Oh, belum apa-apa lagi saya dah merindui saat-saat bersama. 




Buat pensyarah-pensyarah yang dikasihi dan disegani, saya sentiasa doakan anda sihat-sihat saja dan dapat mencurahkan ilmu kepada yang lain. Sungguh didikan dan dorongan yang kalian berikan amat berharga. Buat seorang pensyarah yang baru sahaja pergi mengadap Ilahi, semoga puan tenang di sana. Saya masih ingat senyuman yang puan berikan beberapa minggu yang lepas. Semester lima lepas, saya sering singgah ke bilik puan untuk berkongsi masalah dan saya masih ingat puan selalu beri kata nasihat. terima kasih untuk segalanya.




Buat kawan-kawan, terima kasih kerana berkongsi segala ilmu dikala saya kebuntuan. Terima kasih kerana menjadi tempat saya meluahkan segala masalah. Terima kasih kerana bersabar dengan karenah saya. Saya akui, diri sememangnya tak sempurna. Saya mohon maaf atas segala kekurangan diri. 




Ada rezeki, kita jumpa lagi di lain waktu. Jaga diri masing-masing. Ada khabar gembira, kongsi-kongsikan lah..Friendship forever. Saya sayang kamu semua sebab kamu semua telah mencipta kenangan untuk saya selama hampir empat tahun bersama. Moga jalan-jalan yang bakal kita tempuhi nanti dipermudahkan oleh Dia. Amin.

Tuesday, January 17, 2012

FYP dan berfoya. Mana lebih penting?



Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Fuhhhh, tarik nafas panjang-panjang. Tengah hari semalam sudah selesai present final year project. Sekarang hati sudah tenang dan boleh jalan sambil menyanyi keriangan. Scary jugak la present FYP semalam. Mengadap empat orang pensyarah fizik. Soalan dari mereka bukan calang-calang soalan. Terpaksa kuatkan mental dan fizikal. 



Malam sebelum present, umi call wish good luck. Umi cakap takyah la risau sangat. Baca la apa-apa ayat quran. " Kan dah biasa mengajar dah.." Huhuhu..Berbekalkan kata-kata semangat itu, Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar. Harap-harap markah nanti pun okay la. Anyway, best jugak debate dengan pensyarah. Enjoy je. Tapi debate berdasarkan fakta la kan?? Tak boleh la merapu je. 




Actually, tiga hari sebelum present FYP saya pergi berfoya-foya ke Teluk Batik dan Teluk Intan. Segan pulak nak cerita sebab before saya pergi sana umi saya cakap.." haih, present tesis belum lagi tapi nak bersuka ria dah?" So, sekarang dah siap present jadi takde la segan sangat nak cerita kisah berfoya-foya tu. Kan? Actually, kami ke Teluk Batik ni pun sebab nak habiskan duit hadiah kemenangan kami dalam Ekspo Pendidikan. Kiranya, nak manfaatkan duit yang ada dan program terakhir sebelum berpisah. 




Gerak ke Teluk Batik pagi Sabtu. Petang Ahad baru sampai rumah. Siapkan slide present, hari Isnin pergi mengadap pensyarah penyelia dan hari Selasa present. Tak cukup tidur. Eyebag takyah cerita la. Eyebag dengan pipi pun macam dah bersambung dah ni.



Pergi Teluk Batik "wohaaaa, pantai i like i like" bajet macam pelancong dari Korea. Bila balik dari Teluk Batik "wohaaa, sunburn sunburn i hate i hate" Macam tu la. Kami konvoi empat bijik kereta. Semuanya kawan-kawan sama course. Major fizik minor kimia. Best memang best sebab dapat release tension tanpa gangguan kat sana sebab siapa nak ganggu kan kalau line phone pun takde coverage. Tapi, bila balik tension semula sebab fikir pasal nak present FYP tu. Tapi sekarang dah settle dah. Yeay.




Selamat datang ke Teluk Batik. Kat sini best sebab ada aktiviti pantai. Kalau setakat pergi nak mandi pantai saja, amat bosan okay. Baiklah mandi dalam bath tab saja.




Jakun tak jakun. First time bagi saya mencuba Banana Boat. Sampai senget-senget kepala sebab cuak.
"eh kalau apa-apa jadi kat saya, tolong bagitahu umi saya, saya sayang dia"


Pakcik yang nak handle kami tu tanya, nak extreme ke biasa saja?
 "Owh biasa saja pakcik. Taknak pergi jauh-jauh lepas tu tak nak la jatuh-jatuh macam orang lain"
Last, bila hampir nak sampai tepi pantai ramai-ramai jerit
"Pakcik, jatuh la jatuh la"
Pakcik tak layan. Hahaha





Huh, tak puas hati. Nak jugak rasa jatuh-jatuh macam orang lain. Terus pergi join kawan-kawan lain. Kali ni memang extreme. Air terpercik kat muka masuk mata bagai. Pedih tahu. Lepas tu agak-agak sampai ke tepi pantai, pakcik tu jatuhkan kami. 

Wohaaaa..sumpah taknak naik dah yang extreme macam ni. Jatuh dalam air dan  kaki tak jejak tanah. Hidung, mulut, tekak, mata semua sakit sebab tertelan air masin. 




Kawan naik UFO. Saya tak berani cuba ni. Banana boat pun buat-buat berani. 
Insaf.



Penat aktiviti petang dipantai, malamnya kami barbeku. Disaster sangat barbeku malam tu sebab kipas-kipas pakai polistrina sahaja dan belek-belek ayam pakai ranting pokok. Belajar erti hidup la katakan.




Lepas kenyang, jalankan aktiviti yang tak berfaedah seperti dalam gambar kat atas tu. Sama saja kalau dapat jawap soalan ke tak. Tepung ke muka juga. Lebih menyayat hati, baru saja nak bukak mulut untuk jawap soalan, tepung sudah ke mulut dan penuh ke anak tekak. 




Pagi esoknya, turun ke pantai lagi.
Bajet macam pelancong.
"haaaaa, segarnya angin pantai"




Lepas tu naik bot ramai-ramai. Menikmati keindahan pantai. Eh, takda la menikmati sangat sebab asyik jerit saja. Pakcik tu tunjuk skil terer dia handle bot. Jadi bot senget-senget masuk air. 




Classmate mencuba menunjukkan skil kehebatan. Tapi sayang semua jerit-jerit.
"Eh eh senget dah ni Wan.."




Selamat turun dari bot.
Jom gerak ke destinasi seterusnya.




Eh perlu ke condong jugak?






Geng physics/chemistry in front of menara condong.



Maka, berakhirlah kisah dua hari satu malam kami. Seronok bersama untuk kali terakhir. Saya simpan kenangan ini elok-elok.