Friday, July 8, 2011

to my beloved students...



salam...


kehidupan semakin berlalu dari hari ke hari. 
penat? of course la kan?


tujuh minggu sudah berlalu. 
alhamdulillah syukur.
kadang-kadang, tengah kusyuk-kusyuk mengajar tiba-tiba terlintas di fikiran, 
"susahnya nak didik anak bangsa".



okay, cuba ikhlaskan hati. 



everything depend on students actually. kalau hari ni mereka behave, segalanya berjalan dengan lancar sebagaimana kita rancang. tetapi kalau mereka buat hal, memang penatlah cikgu. nak terpekak melolong untuk tarik perhatian mereka supaya tumpu pada teaching and learning activities. nak nak lagi kalau students lower form yang comel-comel tuh. 



kenakalan students lower form dengan upper form sangatlah berbeza. kalau students saya yang form 1 memanglah sedikit nakal. bergurau. kejar mengejar. tetapi bila disuruh untuk buat latihan dalam kelas, mereka akan buat. berbeza dengan students saya form 4. mereka tidaklah berkejaran tetapi kalau disuruh untuk buat latihan soalan, memanglah berkali kali cikgu perlu jeling-jeling buku latihan mereka tuh.



ntah la. mereka tidak faham mungkin. guru sekadar membantu. selebihnya mereka sendiri yang perlu membantu diri mereka untuk maju. kadang-kadang, bila kita telah membuat preparation yang sebaik mungkin tetapi feedback yang kita dapat dari students tidak seperti yang diharapkan membuatkan kita rasa sangat kecewa. segalanya telah diberi. nota, latihan dan sebagainya.



so far, bagi saya pelajar perempuan tidak memberi banyak masalah. cuma mereka terlalu pasif sehinggakan tidak yakin untuk mengeluarkan sebarang pendapat menjadikan teaching and learning activities tidak berapa ceria. so saya sekarang menggunakan pendekatan untuk lebih friendly dengan mereka ketika di luar kelas. harap cara saya berkesan. 



masalah pelajar lelaki? memang banyak. honestly saya mengaku saya belum faham students saya sepenuhnya even tujuh minggu sudah berlalu especially pelajar form 4. kadang-kadang mereka okay kadang-kadang tak. depend on mood maybe.



tapi, macam mana keadaan sekalipun, saya nak mereka faham tentang apa yang saya ajar. saya tak nak mereka terleka. sudah beberapakali saya meninggikan suara dalam kelas. saya tidak tahu apa pandangan mereka terhadap saya bila saya bertindak sedemikian. nak nak lagi pelajar form 4. tetapi saya harap mereka faham kenapa saya bertindak sedemikian. 



saya sebolehnya cuba untuk memberikan cara yang paling senang untuk mereka faham tentang isi pelajaran tetapi kalau keinginan mereka untuk belajar sudah tidak wujud dalam diri, memanglah akan menjadi masalah besar. apa gunanya kalau guru saja yang beria untuk memberi sedangkan pelajar enggan menerima?



but so far so good. everything are undercontrol. bila kena marah skit, kamu akan terdiam and then kelas bertukar menjadi sunyi dan sepi. saya tak kata kamu tak bagus. kamu semua bagus. kamu okay. tetapi adakalanya kamu sedikit terleka. 




to my dear students, semasa hari pelaporan yang lepas, tahu tak kamu bahawa ibu bapa kamu sering berpesan kepada cikgu untuk memberikan yang terbaik buat kamu? 


harap kamu mengerti...

Saturday, July 2, 2011

lari setempat je boleh tak?



salam satu malaysia..



hari ni 2nd july kan? 
so same goes to the other students all around Malaysia la, my students pun join larian satu murid satu sukan satu malaysia. 



hmm, best tengok mereka lari-lari. cikgu-cikgu pun turut berlari. saya? hehe..saya ditugaskan untuk menjaga meja pendaftaran VIP. jadi tak dapat ikut lari bersamalah. heheh...alasan je kan?



student 1: cikgu, cikgu tak lari ke?
cikgu : cikgu dah lari la tadi. kamu tu yang lambat.
student 1 : ek eleh. tak peluh pun.
cikgu : ni haa tisu..


student 2 : cikgu, cikgu tak lari ke?
cikgu : cikgu tunggu sini je bagi kamu support. 
student 2 : ye la 2.
cikgu : ye la. har, sekarang da semangat sket tak? cikgu kan da kasi support.


student 3 : cikgu, cikgu tak lari ke?
cikgu : dah dua pusingan la cikgu lari.
student 3 : cikgu tipu.
cikgu : eh mana ada. cikgu kan ada superpower.
student 3 : (jeling-jeling cikgu dengan pandangan pontianak harum sundal malam pulangkan pulangkan..)



tapi, even saya tak lari, saya ada join netball lepas larian tersebut. jadi guru-guru perempuan lawan students perempuan. guru-guru lelaki pulak lawan bola sepak. penat memang la penat tapi seronok. dah lama tak main netball. memang semput lah tadi. 


hari ni dah macam family day SMKBR pulak. tunggu hari sukan sekolah pulak.




pagi. seawal 6.30am students dah mula boleh daftar kehadiran. saya pulak ditugaskan untuk setia dimeja pendaftaran VIP.





sebelum larian bermula, eloklah kita warming up dulu kan? yang shirt putih tu dak sport scienc. mereka la tuh yang conduct.




garisan mula. YDP PIBG yang lepaskan deorang nih. 




orang 1st sampai. good job dear.




orang last. salah seorang tu student saya.  hehehe..
hye wan.
 kamu ndak percaya ka saya orang sabah bha.
ndak papa la kalo kau ndak percaya.




see see, saya join netball. meriah. memang terbaiklah.




football.




say hye to all da hensem boys sekalian..
hye.




dak form 2. kiri dan kanan tu cikgu tahu.


berakhir larian satu murid satu sukan satu malaysia.
penat tapi seronok.
satu kenangan tercipta.








hari koperasi sekolah



salam...


kebanyakan sekolah menyambut hari koperasi kan?
sekolah saya pun samalah. meriah.
so, saya takde pape la nak share..
just upload some pictures untuk kenangan sendiri.
esok-esok bila dah habis praktikal mesti rindu nak tatap gambar-gambar budak-budak nih..




hari koperasi banyak bukak gerai-gerai makan. ini gerai paling comel lah bagi saya. penjualnya adalah dalam kalangan dak form 1. apa yang deorang jual? button kartun, air, cakes dll. sangat comel bukan. sambil jual-jual, deorang makan. hehehe..





tak cukup bukak gerai, deorang jaja je makanan tu. semangat betul.





ni pun dak form 1. yang baju putih tu student saya. namanya danish. say hye to danish. hye danish!





selain ada gerai-gerai jual makanan, ada pertandingan memancing jugak. kolam memancing ni depan pintu pagar sekolah je. cantik kan? student saya form 1 menang acara memancing tahu. tapi no 2 je la. jadi la kan? kalah abang-abang upper form. cayalah Hariz. cikgu bangga. daniel pon menang jugak kan?





yang senyum tu namanya nasrul. what? comel? memang la comel. students saya memang comel-comel belaka. hehehe





antara ikan-ikan yang ditangkap.





warga SMKBR..




selain pertandingan memancing, ada jugak pertandingan memasak. students saya dak form 4, ain menang no 1. wah bangga gitu.




warga SMKR..


okay la..bye-bye..
hari koperasi SMKBR dalam kenangan.