Thursday, November 3, 2011

kehilangan - AL FATIHAH buat arwah






There's been a death in the opposite house

As lately as to-day.

I know it by the numb look

Such houses have alway.



The neighbors rustle in and out,

The doctor drives away.

A window opens like a pod,

Abrupt, mechanically;



Somebody flings a mattress out,--

The children hurry by;

They wonder if It died on that,--

I used to when a boy.



The minister goes stiffly in

As if the house were his,

And he owned all the mourners now,

And little boys besides;



And then the milliner, and the man

Of the appalling trade,

To take the measure of the house.

There'll be that dark parade



Of tassels and of coaches soon;

It's easy as a sign,--

The intuition of the news

In just a country town.


-Emily Elizabeth Dickinson



bismillahirrahmanirrahim...
AL FATIHAH buat arwah datuk yang baru saja meningggal awal pagi tadi.
terkejut. terkesima. pemergian secara tiba-tiba. tiada kata yang mampu dilafazkan apabila roh mula berpisah dari jasad...






salam. 
awal pagi tadi saya menerima panggilan daripada my mum. subuh. hati saya sedikit runsing. pelik dan tertanya-tanya. memang menjadi kebiasaan jika saya mendapat panggilan dari umi luar dari waktu kebiasaan, pasti ada sesuatu yang penting. hati mula bimbang. bila mendengar suara dihujung talian, memang sah suara my mum lain dari kebiasaan. sebak. suara menahan tangisan. 



saya tidak tahu mengapa seolah-olah saya tiada perasaan sewaktu mendapat khabaran tentang pemergian arwah datuk. tapi selepas solat subuh dan menadah tangan, air mata mula mengalir. sebak datang dengan tiba-tiba. 



semalam arwah datuk rebah sebaik sahaja selesai menunaikan solat zohor di masjid. tidak sedarkan diri. dan disahkan meninggal pada jam 2 pagi tadi. sungguh bertuah arwah datuk. meninggal selepas solat di masjid. tambahan pula pada malam jumaat. semoga Allah melimpahi rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin. AL FATIHAH.



INFO :

Orang-orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan mendapat rahmat dan aman daripada azab kubur. Berikut di antara dalil bagi kenyataan ini: Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang meninggal pada hari Jumat atau malam Jumaat, dia akan dicop dengan cop iman dan terpelihara daripada siksa kubur. (Riwayat al-Baihaqi). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud; Tiadalah seorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat melainkan Allah memeliharanya daripada fitnah kubur. (Riwayat Tarmizi). Berikut merupakan jawapan dari pihak JAKIM:

Thursday, October 27, 2011

misconception



salam jumaat.


hidup ni, bukan senang tau..
nak kena jaga hati semua orang memang la susah. kalau tak jaga hati kang kata kita selfish pulakkan? tetiba je saya kasi ceramah free nih kenapa? tapi memang betul apa? kalau hati mak ayah memang confirm confirm la kena jaga. hati orang-orang disekeliling? hmm, pandai pandai la mau hidup.



well, takde cerita yang menarik mau dikongsi. hidup sebagai seorang pelajar yang sangat berdisiplin macam saya agak membosankan. eh, macam tak layak je perkataan disiplin tuh. kalau time praktikum dulu memang saya cukup berdisiplin. but lately macam hancur. well, i admitted.



tesis memang akan menghantui hidup seorang pelajar tahun akhir di institusi pengajian tinggi. cewaah, ayat takleh blah kan? terasa macam pandai berbahasa pulak sekarang.



sebagai contoh, cuti deepavali kali ni memang saya spend masa untuk touch up tesis saya tuh. so, tiga empat hari nih saya duk lukis lukis kartun, copy paste kartun, looking for the cartoon image at google. senang cerita all about cartoon la. dah memang tesis pun ada kaitan dengan kartun. i mean, cartoon concept actually. nak doodle kartun macam you all buat tuh, memang tak mampu ar. surrender awal awal. kalau you all kasi motivation macam mana sekalipun, memang takkan jadi la doodle tuh. ketar ketar kot tangan nih nak pegang mouse. kalau takat nak lukis benda yang simple memang la boleh.




so, konsep kartun yang saya create ni adalah bertujuan untuk mengesan miskonsepsi pelajar terhadap sesuatu konsep. macam gambar kat bawah ni bertujuan mengesan miskonsepsi pelajar terhadap konsep jatuh bebas, free fall. anyway, untuk gambar nih tak doodle pun. just upload and paste je. senang kan? 




ya. memang senang kerja saya. tapi saya tak rasa pun kesenangan itu. nampak macam senang kan? list of misconception in physics pon berlambak kat internet. macam kerja copy and paste je. tapi, agak susah bila kita nak match kan miskonsepsi pelajar itu dengan menggunakan real life situation. kadang-kadang bukan semua perkara boleh kita sampaikan melalui sebuah gambar. setuju tak? kalau tak setuju pun takpe..



don't judge a book by its cover. heh, macam takde kaitan je quote nih. biarlah. tapi kawan saya ada cakap, kita jangan judge kerja someone sebab kita tak tahu susah senang kerja tu. maksudnya...."eleh, keje ko camtuh senang giller pejam mata pon boleh buat pon bikin kau pening pening kepala kerrrrrrrr??"   ok fine, kalau kita tak buat benda yang sama, kita tak kan tahu kat mana susah senang orang tersebut kan? so just do your own work. 



bila dah dua tiga hari duk mengadap benda nih. memang otak nih susah pulak nak terima benda lain. memang kerja lain tak jalan. owh seriusly, terbawak bawak ke dalam mimpi. hahahha..semalam saya mimpi semua kartun tuh bergerak gerak berjalan jalan. dua malam sebelum nih tak pernah pulak sampai termimpi. nasib baik mereka tak datang kacau hidup saya. 




when i was a little girl, saya memang takut nak lukis-lukis kartun ni. sebab orang kata,   " berani la kau lukis kartun macam tuh..esok esok kang deorang datang mintak nyawa.." 


betol kerrrrrrrrr?????

Tuesday, October 25, 2011

kerja bertimbun tumbuh macam cendawan tumbuh selepas hujan.

salam..hye!
takyah pening-pening baca tajuk entry tuh. saya pun tulis pening-pening juga nih.



happy deepavali buat si gorgoeus !
takde apa yang nak di update sebab daily life sama saja tiap-tiap hari sebagai pelajar cemerlang. wah gitu !!!



panjang cuti deepavali kali ni. yahooooooooooo......hik3..untung jugak cuti panjang. boleh la saya siapkan tesis saya tuh. eh eh, bukan la siapkan terus. tak mampu kot nak siapkan dalam masa 2 3 hari ni je. at least, dapat touch up sket pun jadi la kan?



bukan takat tesis je yang menjadi bebanan. subjek lain pon sama je. taknak kalah semua. assignment mencurah-curah macam cemdawan tumbuh selepas hujan. tak menang tangan. kalau kat dunia nih ada doraemon takpe la jugak. boleh beli sekor tolong-tolong mana patut kan??



hiba. tunduk ke lantai..(eh, asal sedih je pandang lantai haaa??)


jealous betul tengok kawan-kawan siap balik kampung dengan hati gembira. jealous juga tengok mereka keluar dari kepompong untuk berjimba gembira. huhu..jealous tahu??? ye la, orang lain paling tak, tesis da 50% siap. saya? saya? merangkak-rangkak baru nak bermula. padan lah muka diri-sendiri kan??



entah la. dugaan betol semester kali ni. cuma saya mampu berdoa, kuatkan semangat dan cuba tabahkan diri untuk mengakhiri semester terakhir saya kali ni demi mengenggam segulung ijazah. sometime, i feel lost inside myself. well, betol lah orang kata, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian kan??



footnote : ngah siapkan concept cartoon.