Sunday, July 7, 2013

Day 2 (PPGB)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Pagi 4 Julai..
7.30am aku sarapan pagi sebelum terbang ke kawasan penempatan. Perjalanan dari Ming Garden Hotel ke Kota Kinabalu International Airport hanya 5minit perjalanan dengan menaiki bas. Dalam hati tak payah cakap la, sedih je memanjang. Asal aku tengok orang lain relax je? Aku sorang je yang layan perasaan dengan mata berkaca. Tambah pulak tisu kat tangan. Memang dramma queen la. Lantaklah. Aku tahu aku tak cukup kuat.


Mata aku berkaca je sepanjang perjalanan dari hotel sampai la ke kawasan penempatan. Yang kelakarnya, sempat lagi seorang sweet Indian tenangkan aku. Suruh aku bersabar. Thank you Dashini. Memang apa yang Dashini cakap tuh semuanya betul tapi aku sedih. Sedih sangat sebab jauh dengan keluarga. Rasa macam dah tak ada sesiapa dah.



Bye bye Kota Kinabalu..



Flight aku jam 10.10am kalau aku tak silap. Hehe. Dalam flight pulak terpaksa pakai shade sebab mata dah bengkak-bengkak. Malu la kalau orang pandang. Tahu pulak nak malu kan? Hoho.. Dalam 45 minit jugaklah fly sebelum sampai ke kawasan penempatan dan terus dibawa ke Pejabat Pendidikan Daerah, PPD. Oh lupa pulak nak bagitahu, kami dari Kota Kinabalu sampai la ke PPD diiringi oleh pegawai PPD, Encik Jihol.



Sampai saja ke PPD, terus masuk bilik meeting. Ntah apa-apa je. Time tuh mesyuarat antara pengetua seluruh daerah sedang berlangsung. Tapi pengetua sekolah aku takde. Wakil pengetua je ada. Dalam masa duk sedih-sedih tu, kitaorang disuruh memperkenalkan diri. Ohh sungguh tak sangka rezeki membawa aku ke sini. Perasaan sedih terpaksa disimpan elok-elok.



Nak kata aku keseorangan, tak la. Sebab ada sorang kakak posting kat sekolah sama dengan aku. Aku panggil “akak” je. Alhmadulillah. Sekurang-kurangnya aku ada kawan. Tak adalah aku kena survive sorang-sorang kan? Hari tu, ketua kerani sekolah kitaorang datang ambik dan bawa kitaorang ke sekolah. Tapi sayangnya, hari sukan sekolah sedang berlangsung. Jadi tak dapatlah kitaorang jumpa pengetua. Sempat jumpa dengan wakil pengetua aje, Puan Ruhaya dan jumpa sorang kerani, Kak Asiah. Hai Kak Asiah. Hari pertama jugaklah Kak Asiah bagi kami borang untuk uruskan pembayaran gaji kami. Cepat-cepat lah ye Kak Asiah. Kitaorang nak gaji untuk pakai raya boleh tak?



Masalah rumah pulak. Sementara waktu kitaorang menunpang kat rumah warden. Susah betul nak dapatkan rumah sewa kat kawasan ni. Mahal tu satu hal. Kalau jauh kang, susah pulak nak ulang alik ke sekolah. Lagipun kitaorang mana ada transport buat masa sekarang. Tunggu la bila aku dah kaya aku beli Murano tiga bijik.



5 Julai, Jumaat.
Hari ni sekolah kami cuti. Cuti peristiwa sebab dah dua hari sambutan hari sukan. Cuti atas nama cuti sajalah. Kitaorang disuruh pergi raptai sambutan hari guru peringkat daerah dekat dewan SMK Terusan. Cantik sekolah ni. Baru dan besar. Eh, baru nak sambut hari guru ke? Bukan ke hari guru bulan Mei lepas? So, merasa jugaklah sambutan hari guru tahun ni. Hoho.



Balik dari raptai, ada sorang cikgu sekolah kami, Kak ikram yang baik hati nama dia sanggup bawak kami ke bank untuk settlekan apa yang patut dan pusing-pusing cari rumah sewa. Lepas tu Kak Ikram drop kami kat pekan berdekatan.  Boleh la beli apa-apa yang patut.  Thank you kakak yang baik hati lagi comel..



Misi jalan-jalan mencari barang di pekan bersama akak. Perghh mencabar betul suasana kat sini. Handbag kena peluk macam peluk baby dah. Eh tak tahulah nak cakap macam mana. Weird and scary pulak aku rasa. Well, mungkin ini kali pertama. Lama-lama okay lah kot. Alah bisa tegal biasa orang cakap. Hoho.. Tapi next time kalau nak pergi lagi kena pakai sling bag. Tak boleh pakai handbag. Bahaya. kalau hilang IC kat tempat orang nih, mahu menangis aku kat sini meratapi nasib. Hoho. Nasihat untuk diri sendiri. Heheh.


Okay la..byeeee..


0 orang pelajar bising: