Friday, July 5, 2013

my life has just begun


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Lama giler tak menulis kat sini rasanya. Entry ini mungkin akan menjadi entry yang panjang. Kalau korang rasa tak nak baca baik blah awal-awal. Tak payah nak kutuk aku lebih-lebih. Well, aku sekarang dah bergelar sebagai Pegawai Perkhidamatan Pendidikan Siswazah. Atau lebih senang nak cakap, aku dah bergelar cikgu la. Bukan lagi teacher wannabe yang korang selalu beri gelaran tuh. Straight to the point la apa yang nak aku cerita. Aku bukannya pandai nak berbunga-bunga sangat. First time aku check penempatan aku kat website, sangat berdebar-debar. Sebab apa? Sebab takutlah kalau-kalau aku dipostkan ke Sabah atau Sarawak. Well, memang rezeki aku kat sana. Belajarlah untuk pasrah, redha dan terima apa yang telah ditetapkan untuk aku. 


Ya, aku akan dipostingkan ke Sabah. Berat hati tak payah cakap la. Macam-macam ada kat kepala aku. Yang paling utama aku akan berpisah jauh dengan keluarga. Tapi still aku tak menangis on that time macam sesetengah kawan yang lain. Tapi sedikit tenang pada masa tu disebabkan bestfriend forever aku pun akan posting ke Sabah jugak. So, aku cuba positifkan diri dengan harapan aku tak akan berpisah dengan bff aku tuh. Manalah tahu dapat kawasan sama. Huh, berangan tak sudah.


Selasa malam, 25 Jun. Malam tu lah aku dapat tahu yang aku akan dipostingkan ke Sabah. Esoknya Rabu, mula la kecoh nak sediakan persiapan macam dokumen perjalanan terhad, medical check up, akuan sumpah, penyata kwsp, fotostat segala jenis dokumen dan sebagainya laa. Penat tak payah cakap la. Dalam satu hari terpaksa siapkan segala keperluan untuk bergelar guru di Sabah. Terasa pulak pengorbanan aku sangat besar. Khamis pulak, aku masuk kerja macam biasa sebab nak hantar surat berhenti dan aku sangat-sangat berat hati nak berpisah dengan officemate aku yang sanggup susah senang selama tujuh bulan aku bekerja kat situ. Sedih sangat. Berpisah jauh beribu batu nun jauh di negeri bawah bayu. Sobss..


1 Julai, kami guru yang baru dilantik perlu melapor diri di Pearl International Hotel. Taklimat segala jenis taklimat tapi aku tak fokus sangat sebab hati sangat cuak duk pikir mana kena campak nanti kat Sabah. And aku nak share dengan korang, Pearl International Hotel sangat best. Makanan best, bilik best and sorrounding pun best. Macam-macam kemudahan ada macam pasaraya, mesin atm, restoran fastfood, 7eleven dan pelbagai lagi kedai yang boleh buat poket korang pokai. Kami bermalam kat sana semalaman sebelum esoknya terbang ke Borneo. Well, Borneo, here I come..(buat-buat ceria..)



Bergambar dengan my mom sebelum beliau bertolak balik ke Kelantan.
 Miss you so much umi..




Senyum pun dah tak ikhlas..



Pearl International Hotel level 12th


2 Julai, seawal 5.30am lagi dah turun untuk breakfast dan berkumpul di lobi hotel untuk bergerak ke KLIA. Nasiblah, siapa yang flight awal, lagi awal la kena turun breakfast. Tiba di KLIA, kami diberi tiket flight ke KKIA. First time aku sampai ke Kota Kinabalu dan first time jugaklah aku menjejakkan kaki ke negeri dibawah bayu. Tak sangka pulak akan jadi Sabahan.




Siap sedia even nervous. Jantung macam nak terkeluar memikirkan nasib yang akan ditempuh kelak.




 Dah sampai Kota Kinabalu. Badan rasa sakit-sakit sebab angkut beg dari hotel ke bus sebelum sampai ke airport. Jisim lagguge aku dalam 17kg okay. Mana tak sakit badan. Tu tak kira dengan hand carry lagi. Gagah perkasa.



Sampai di KKIA, kami dibawa ke Ming Garden Hotel and Residences dan menginap selama tiga hari dua malam. Ming Garden Hotel pun best jugak. Not bad la. Tapi kalau bab makanan, aku pilih Pearl International Hotel la. Kena dengan selera aku. Hoho.



Bilik aku dengan bff kat Ming Garden Hotel. Selesa. Toilet dia sangat seksi tak dapat lawan kat Pearl International Hotel. Hehe


Orientasi kat sini penuh dengan pelbagai jenis taklimat. Yang paling aku suka sesi motivasi bersama dengan seorang kaunselor yang berasal dari Kelantan tapi dah jadi lidah Sabah. Slot lain-lain macam okay okay saja laa. Sepanjang berada di Ming Garden Hotel tu kan, aku selalu pikir mungkin waktu dan saat tu saja la aku dapat bersama dengan bff aku tuh. Probability untuk dipostingkan ke tempat yang sama sangat kecil. Sedih. Hari-hari menangis tau bila pikir. Masuk je bilik, tarik comforter dan layan perasaan. Sedih tuhan saja tahu. Dah la terpisah jauh dengan keluarga.




Cikgu Rabiatul & Cikgu Nurul.


Petang 3 Julai. Tiba masanya kami diberitahu penempatan masing-masing. Sedih terpaksa berpisah jauh dengan bff. Lagi sedih bila call umi abah. Tipulah kalau kata aku tak menangis. Dan aku tak malu untuk mengaku aku menangis beria sampai mata jadi senak dan sakit kepala. Seriously yaww. Malam terakhir di Ming Garden Hotel bersama dengn bff sangat sedih. Esok masing-masing terpaksa fly. Hug and kiss. Berpisah. Anyway, nanti aku inform korang aku posting kat mana. Aku belum sedia untuk share. Nanti bila aku dah pastikan aku dapat rumah sewa dan aku selamat kat sini, aku akan share. Sorry all. Aku tak nak korang risau



What are you waiting for? Doakan keselamatan dan kesejahteraan aku kat sini.
Byeee..





0 orang pelajar bising: