Thursday, January 3, 2013

Koir



Assalamualaikum, salam sejahtera, hye...


Sebelum ni saya pernah bagitahu yang saya pergi interview kan? Tak kisah la korang ambik peduli ke tak, saya tetap nak bercerita macam bajet bagus sepanjang masa. Alhamdulillah, sekarang saya kerja sambilan kat situ sementara tunggu dapat kerja tetap. Dapat jugaklah duit poket kalau nak bershopping hewhewhew. Tak adalah bila online je, tengok blogshop, haaa itu cantik ini cantik yang tu lagi cantik, mata terkebil-kebil tapi sadis duit tak ada. Kecewa tahu kalau macam tu. Boleh bawak sampai ke mimpi.


So far, almost two months jugaklah dah kerja. Nak kata kerja kat situ tak best, macam best la jugak sebab dah ada geng. Boleh open table setiap hari time lunch cerita macam-macam kisah sampai tak ingat orang sekeliling menjeling pasang telinga. Lagipun, kawan-kawan kat situ ramai yang lebih kurang sama umur. Jadi tak adalah rasa weird sangat kalau kerja kat situ. Semua nice. Comey comey je, boleh bawak berborak.


Sebulan saya kat sana, saya ada join group koir. Hari tu, ahli geng decide untuk join group koir tempat we all kerja tu. Benda nih macam pakej jugaklah. Kalau sorang join apa-apa aktiviti, dia akan heret kawan-kawan yang lain untuk join sama. Hidup tak lengkap tanpa kawan, gituu.. Teringat time interview lepas yang interviewer tanya boleh koir ke tak? So, inilah masanya saya nak buktikan yang saya boleh menyumbangkan suara saya yang sumbang ni kepada group koir kat situ. 


Seminggu jugaklah practice lagu-lagu dan movement untuk koir. Dalam pada duk practice movement tu, 2kg jisim badan saya turun. So, you all yang teringin nak turunkan jisim badan tu, rajin-rajin la menari atau bersenam ya. But for me, saya memang tak suka kalau jisim badan turun. Berbalik pada group koir tadi, actually we all ada dua event untuk perform tapi satu event je yang kitaorang duk bersungguh practice. Yang satu lagi tu, main sesedap rasa je. Kehkehkeh.


Yang ni first time perform. Dinner.
Enjoy eating. 


 Second time perform. 
 Kena pakai baju korporat sebab event ni formal tak macam yang kat atas tu.


So far, yang ni je la kot aktiviti yang menarik hati. Yang lain-lain, kerja macam biasa sambil borak-borak dan gelak-gelak.


Till then, bye bye.



footnote : dah 3rd Jan tapi azam tahun baru tak fikir lagi. Macam orang tak ada cita-cita.