Saturday, November 26, 2011

what is the relation between cucumber and satay?


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Apa ke jadahnya tiba-tiba saya tanya hubungan di antara timun dengan satay? okay, ini bukan cerita kartun yang menceritakan tentang persahabatan baik antara timun dengan satay. bukan okay. dan jugak jangan salah sangka. saya bukan nak promote satay or so whatever. saya cuma nak share satu tips kat sini. mungkin ada yang dah tahu. tapi buat yang belum tahu, boleh teruskan pembacaan.




selalu kalau kita tapau or makan satay kat kedai, mesti penjual tu akan kasi timun dengan bawang sekali. benda-benda tu bukan sekadar hiasan untuk mencantikkan pinggan tau. ada fungsi tersendiri jugak tuh. jangan pandang sebelah mata saja tau kat timun dan bawang tu.






kalau lepas makan satay jangan lupa pulak makan timun selepasnya. atau lebih senang, makan je sekaligus. sebabnya, satay tu kan perlu dibakar sebelum dimakan dan hasil pembakaran arang yang ada pada satay tu salah satunya karbon. makanan berkarbon (dibakar) ni bersifat karsinogen, pemangkin kepada pembentukan kanser. jadi, makanan yang bersifat anti kanser seperti timun sangat sesuai untuk menyeimbangkan kembali kesan dari karsinogen tadi tu. hmm, faedah bawang tu saya tak sure sangat la. tapi ada yang cakap bawang tu tujuan dia untuk kurangkan kolestrol. anyway, apa-apa tun, untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh je google kan? saya just kasi point penting saja. well, biasa la. kata teacher wannabe. huhu







last but not least, if you all eat satay, don't ever forget to eat the cucumber okayh. satay has carcinogen but cucumber is anti-carcinogenic. kira okayh la tu kan. macam 0-0 je. makan makan jugak, kesihatan kena ambik peduli. till then..


selamat awal muharam

assalamualaikum..
dan salam sejahtera..



Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Berikut adalah doanya:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah!

Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.




Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantuny a dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka..





Friday, November 25, 2011

life is not sweet as we expected



assalamualaikum, salam sejahtera..



straight to the point sebab tak reti nak buat opening cun cun macam orang lain. lately, selalu terbaca status kat FB mengenai cinta. yes C I N T A we pronounce it as cinta. hmm, mungkin umur diri sendiri dan juga umur kawan-kawan sekeliling sudah ke arah tersebut. mungkin. dan masing-masing mula menyarungkan cincin dijari. tapi saya sudah lama sarungkan cincin dijari sejak sekolah. okay fine, saya tahu itu tak bermakna apa-apa kan?




" seronokkan bila dah kahwin nanti, suami tolong isteri masak kemas rumah, isteri merajuk suami pujuk,.." glurrpp, tertelan air liur tersedak-sedak bila baca status macam tu kat FB. okay fine la fine. tak salah kot kalau nak berangan. nak pasang impian memang tak salah. tak perlu bayaran pun kan? tapi perlu ingat, hidup ni tak seperti yang diharapkan.




kadang-kadang 'something' yang sudah ada dalam genggaman pun boleh hilang sekelip mata. apalagi yang belum dicapai. entah la. saya tak rasa hidup berumah tangga itu akan sentiasa manis. kadang-kadang tak setuju jugak bila ada yang selalu membayangkan kehidupan berumahtangga sangat sweet. hmm, mungkin mereka terlalu yakin dengan pasangan dan yakin kehidupan sebegitu akan menanti. tapi ingatlah bahawa jatuh bangun kehidupan itu memberi kita pengalaman dan menjadikan kita lebih matang.





life is sweet as candy? 



kenapa saya berpendapat kehidupan berumahtangga tak semanis seperti yang diimpikan dan diharap-harapkan? hmm, kadang-kadang kita tak berpeluang untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam. mungkin secara surface sahaja. jadi, baik buruk pasangan belum terserlah. bila kita mengharapkan sesuatu yang lebih dari apa yang pasangan mampu berikan, kehidupan tidak lagi semanis yang diharapkan. kalau betul kedua pihak saling bertolak ansur sekalipun, mungkin ada badai kehidupan yang lain akan tiba. kewangan, kesihatan dan sebagainya pun boleh menjadi punca kan? well, this is my opinion la. saya belum ada pengalaman dan berpendapat berdasarkan observation sahaja. terpulang untuk setuju ke tidak.





tipulah kalau kata kita tak mengharapkan yang terbaik dari pasangan. kalau yang perempuan, paling tidak mengharapkan pasangan dapat menjadi imam. tapi macam mana kalau terjadi nanti si pasangan tidak dapat tunaikan hasrat di hati. malah lebih parah, si isteri pulak yang terpaksa memujuk dan membentangkan sejadah  buat si suami. ini realiti kan? 





"THE PAST TENSE OF MARRIAGE IS DIVORCE "



the past tense of marriage is divorce? terkedu bila ada yang berpendapat sedemikian. whatever la kan. the most important thing, banyak tanggungjawab yang menanti dalam kehidupan berumahtangga. sweet sweet jugak tapi yang ni jangan lupa nak fikir. okay, till then, moga bahagia selalu ! 





Thursday, November 24, 2011

influence of Korean



Assalamualaikum..Hye !



masih saya ingat, satu ketika di dalam kelas bagi subjek modern physics, my lecturer talked about "something"  i dont remember what is something or its name specifically but its function such as an external hard disk but more "canggih " compare than external hard disk yang you all duk simpan drama-drama korea auuuw auuww yang comel-comel tu la. 



tengah-tengah kusyuk duk pasang telinga listen for his explanation, suddenly my lecturer said.." boleh la kamu save drama-drama korea kamu tuh kat sini.." ooooit sentap tahu sentap. such as perlian statement disitu..eh memang golongan lelaki nih tak boleh terima ke drama-drama korea yang comel-comel tuh? hmm, okay okay. takpe kalau tak boleh terima. 




tapi you all perasan tak yang pengaruh dari korea ni dah menular ke negara kita? macam penyakit berjangkit jugaklah. well, cuba tengok girl-girl yang fashionable sekeliling ni, berfesyen ala-ala korea pun ada kan? no wonder la sekarang blogshop yang menjual pakaian ala-ala korea sangat banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan yang lebat. 

cantik kan cardigan tu. pakai tudung dan pakai macam ni pun cantik. tapi takda la nak kenakan dengan legging pulak. 


kalau tengok drama korea, tak kira la hero ke heroin, ada yang pakai cardigan macam-macam colour. comel bukan? well, mereka berfesyen sedemikian dipengaruhi cuaca tapi kita kat sini dipengaruhi fesyen. girls sekarang suka pakai cardigan kan? saya rasa boleh dikatakan setiap perempuan paling tak mesti ada sehelai cardigan. cardigan bukan saja untuk berfesyen malah ia senang dan cepat untuk digayakan. contoh kalau you nak keluar ke kedai seberang jalan sana kan tapi pakai shirt lengan pendek je. malas nak tukar tukar baju. so, pakai saja cardigan tu untuk tutup lengan. senangkan? dan bukan setakat baju-baju ala-ala korea dah menular kat sini, kasut, beg..macam-macam lagi la..




bukan tu je, kalau si rabun pulak mesti nak gaya-gaya ala korea dengan pakai lens macam pelakon drama korean. dah kata korean lens tuh boleh jadi kan mata asia macam kita-kita ni kelihatan bulat? terus la rembat bajet nak jadi comel macam pelakon korea. macam-macam colour. tapi sesetengah lelaki tak suka perempuan pakai lens colour colour kan? fake katanya. eh, memang fake pun. lepas tuh, dah bosan bergaya dengan lens, mula bergaya dengan spectacles yang disukai ramai tuh especially golongan remaja. macam-macam size macam-macam warna. bagi saya, okay je kalau nak bergaya, janji sesuai dengan keadaan dan tempat. tak kira la golongan yang bertudung ke tidak. comel je kalau kena dengan gaya.



she : auuuwww...cantiknya. gorgeous. i like i like.
he : macam makcik makcik je pakai spek bapak punya besar.


see see. pandangan lelaki dengan perempuan tak pernah nak sama kan? isyyhhh..




lagi satu kan, pengaruh budaya korea ni, eh budaya ke? kalau bergambar mesti buat aksi comel-comel kan? eh, takyah cakap yang korang tak pernah buat gaya macam tuh la. saya pun pernah. hahaha..malu la pulak bila kenang-kenang balik. eh, lecturer saya pernah buat gaya macam tuh dalam kelas okay. cool giller ah. comel. suddenly I declare that I like him. auuuww



kadang-kadang suka jugak tengok drama-drama korea sebab deorang suka makan-makan. kat malaysia pun banyak dah kot restoran yang menyediakan masakan korea. ni semua pengaruh dari drama jugak kot. and then suka tengok drama korea sebab mesti ada scene berus gigi. hahha. 




errrr..dah dah..nak kena lari laju-laju. assignment duk kejar-kejar nih.

Wednesday, November 23, 2011

self confident

Assalamualaikum...


mari kita bercerita mengenai self confident. yes, self confident. you all pernah tak rasa rendah diri?semua tahu yang tak semua dikurniakan kelebihan atau anugerah yang sama. manusia kan tak sempurna. nobody is perfect. tapi manusia adalah sebaik baik ciptaan tuhan. jangan salah faham pula. i mean, kalau la  seseorang tu pernah rasa.."hmm, aku nih takda la lawa/ handsome mana pun " well, mungkin that person ada kelebihan yang lain kan? kelebihan dari segi rupa tuh bonus lah tapi tak kekal lama kan?




pernah dengar atau lihat iklan produk-produk muka especially tang nak merawat jerawat tuh. mesti ada testimoni yang kata, "eh tak confident la bila jerawat bertempek je kat muka.." see see, you all dapat tak point kat situ? ya ya. confident is the point here.



macam mana pun rupa kita macam mana pun fizikal kita, try to be confident dan terima seadanya. well, saya bukan nak kata or nak jadikan isu tapi saya punyai seorang kawan yang bersaiz badan agak comel. or dengan kata lain chubby sedikit. she has a problem with her self confident. rasa tak yakin bila berdepan dengan orang ramai. nak berfashion pun rasa tak yakin. kenapa jadi begitu ya?



mungkin beliau merasakan kurus itu cantik? 



eh kawan, tak semestinya kurus itu cantik. ada juga berpandangan chubby itu comel. dan tak semestinya putih itu cantik sebab ada yang suka tengok muka yang hitam manis. dan tak semestinya tinggi macam model itu cantik sebab ada je yang suka kecik molek kan? ke macam mana?



kalau nak ikutkan hati dan kata manusia sekeliling, memang tak akan pernah bersyukur la. " eh kau kurus sangat la. eh apsal kau makin berisi sekarang? eh kau tepek apa kat muka sampai putih macam tepung gomak? eh, makin banyak pulak jerawat kat muka kau" banyak sangat "eh " nya kan?? semua tak kena kat mata dia kan?? yang duk komen-komen penampilan orang lain tuh dah cukup sempurna sangat ke? cuba la terima keadaan diri seseorang. kadang-kadang orang sekeliling tu la yang menyebabkan self confident seseorang makin luntur.





footnote : suka tengok Dina Nazir. even dia tergolong dalam golongan bersaiz comel, tapi dia ada high confident level.

Saturday, November 19, 2011

kerja bertimbun tapi hati memberontak




video


salam tak kasi, say hye pun tidak tiba-tiba tunjuk video kan? kurang sopan. okay okay. Assalamualaikum dan hye. semalam, saya ada test. Inorganic chemistry test. nak kata susah tak juga but a little bit confius. harap harap dapat high mark and tak careless. 



selesai saja test tiba-tiba classmate ajak pergi mandi manda. uuuuu seronok tahu. mula-mula saya bolayan je la bila classmate pelawa. "eh, nak pergi bila? jap lagi " huh, mereka suka buat kerja tak masuk akal kan? ajak je, terus pergi. tak plan apa-apa pun. balik dari test, dapat message dari classmate ajak pergi berkelah la kononnya. mau tak tergugat hati ni haih. 



"eh nak pergi ke tak nak pergi ke tak " nasib baik tak baling-baling duit 50sen kalau bunga saya pergi kalau wau lepak kat rumah siapkan longgokan kerja yang sedia berlonggok. pergi? ya pergi. ini namanya kerja gila. sedang asyik kawan-kawan yang lain bertungkus lumus menyiapkan assignment, tesis dan sebagainya, kami pula mengambil kesempatan cuti hujung minggu bersuka ria bersama. terbang semua assignment bila keluar dari rumah. Lokasi kejadian di air terjun hulu kerling, kuala kubu baru, selangor.




bergambar haruslah. sebelum masuk dalam air macam malu-malu kerbau jumpa air. tapi bila dah jumpa mengalahkan kerbau berkubang. tapi bukan saya. yang berdiri kiri dan kanan tuh la. kehkehkeh. air sangatlah sejuk duduk kejap dah boleh shaking grrrrrr..




dah masuk air separuh. hmm, masih segan-segan dengan air. baju pun tak sebasah mana pun. bila dah ke tengah sket, eh, macam arghh kawasan ni aku punya korang yang belakang tuh pergi main jauh-jauh boleh tak?  haa macam gitu..




dah shaking jari jari gigil gigil baru reti nak naik. 
-
-
-
-
-
-
-
--
-

eh dah dah..tak boleh update panjang-panjang. nak kena siapkan longgokan kerja yang ada. nanti lain kali buat kerja gila lagi.  

Wednesday, November 16, 2011

girls are complicated creature?


salam and hye !


"sempat lagi update blog..."
kedengaran suara sumbang berbisik-bisik..



tak bermakna kalau saya update blog, saya tak busy.
eh eh..tengah busy la ni..buat buat busy. hehe




berbalik kepada objektif, misi dan visi yang asal...





perempuan bila kenal seorang lelaki.." eh eh, dia kerja apa? hensem tak hensem tak? "(sambil sengih-sengih ) yes, soalan macam tu kan selalu keluar. well, ini realiti. kalau kurang percaya, cubalah tanya kawan-kawan yang duk senyum simpul kat sebelah tuh. betul kan? tapi kena ingat, dalam dalam memilih pun, semua sudah ditentukan oleh-Nya..




engineer? pilot? arkitek? lawyer? doctor? erkkk...cikgu je? hey, saya cikgu juga. jangan hina tau ! kang saya nangis pulak.



what? awak kerja as a grease monkey? hmm, kerja apa tuh? bagi monyet makan ke apa?? tanya lebih detail sebab nak tahu kerja macam tuh hebat ke tak gaji banyak ke tak memang dasar mata duitan kan kan??


hmm, kerja biasa biasa je..macam repair aircrft gitu. well, orang panggil we all ni as a grease monkey.


owh I see...(mata senyum..terfikir repair repair aircraft macam gaji hebat bukan??) 
tahu tak mata senyum camne?
best tak kerja macam tuh?? (saja nak tau lebih kannn...)



biasa biasa saja. tapi yang tak best, takleh pakai smart macam orang lain la. comot comot kotor kotor je selalu. mesti perempuan tak suka kan? ala..macam ni...



*jangan fikir orang ni tak hensem saya blur kan gambar dia. bukan tau. memang dah blur okay. tak bermakna gambar yang seterusnya hensem jadi saya tak blur kan...erk, faham tak ayat saya nih? hehehe




owh..macam tu ke? selalu eh kotor kotor comot comot? owh ok bye !



see see, cuba you all tengok. huh complicated kan perempuan? eh saya pun perempuan juga. hmm, tapi ada yang macam tu okey. yang si grease monkey tuh dah elok-elok dah ada rupa, gaji pun hebat tapi takleh pakai smart smart macam orang lain terus je blah owh ok bye ! haaa..well, girls are complicated creature what?


eh, okay what kalau lelaki kerja pakai full jacket macam tuh? si isteri takyah susah susah nak iron baju kan? bahagia apa kalau takyah iron baju lelaki? susah tahu nak iron kameja. iron baju kurung senang je..



hmm, mana mana perempuan yang memang hobi dia iron baju, macam eh bosan la taktau nak buat apa terus lari laju laju pergi iron baju isi masa terluang boleh la tanam minat kat lelaki yang segak kemas bergaya macam ni kan??? hobi la sangat kan? entah-entah dobi je..huhu






tak pun macam ni. kadang-kadang macam rimas pun ada jugak tengok lelaki macam ni. weird weird. perempuan weird ??? 




hmmm, tak kisah la kerja apa pun, uniform ke tak. comot ke segak. yang penting kalau nak keluar jalan-jalan,   takda maknanya nak pakai tie, suit, full jacket or shirt pilot tuh..sama je kan semua??
paling koman pun mesti macam ni je kan??

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-



amacam?
tak comot dah kan??

Tuesday, November 15, 2011

tengok draf jadual exam rasa macam nak pengsan !


tengok member post macam-macam kat facebook bercakap pasal jadual exam, saya pun naik cuak. lup dup lup dup. itu bunyi jantung kan? lepas tuh terus terlintas kat kepala..



"eh eh, saya punya jadual exam macam mana?  marvellous tak marvellous tak??"



memang marvellous you all... tersusun macam atom dalam crystalline tuh..




3/01 (selasa) SFT 3033/ TFA 3033 mechanic (2.30 pm)
4/01 (rabu) SFT 3053/ TFA 3052 Solid state physics  (2.30pm)
6/01 (jumaat ) TKA 2013/SKA3013 analytical chemistry (9.00am)
7/01 (sabtu ) TKT 2023/SKT 3013 inorganic chemistry (2.30pm)


tengok jadual orang lain macam heaven la jugak. selang-selang hari. boleh la study sampai huh nak angkat kepala pun rasa macam buang masa. tunduk tengok buku 24 hours. huh, jealous jugak sket.




lepas tengok jadual exam, rasa pening-pening macam nak pengsan. bantal mana bantal? nak pengsan ni haihhhhhh...



footnote : semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya..amin !

saengil chukha hamnida


happy birthday girl..
meh nyanyi sama-sama okay??
klik sini la sayang... kalau nak nyanyi..


taktau nak cerita apa taktau nak taip apa..
just wanna wish..



happy birthday..



to my dear super duper lovely friend,
may Allah bestow his bless upon you for all the times to come..
may all of your dreams will come true.



    


beb, marah ke we all celebrate birthday macam ni? tak marah kan?? marah kan menyumbang kepada kedutan-kedutan dimuka. tak cantik kan kalau ada kedutan kat muka kalau belum tiba masa? lepas tuh stress. lepas tuh mula la terfikir-fikir nak register slim world. eh, ada kaitan?? biar la. ke macam mana?  kurang setuju eh? 


alaa, time-time muda remaja macam ni la kan nak main-main tepung baling-baling telur tertelan tepung terbatuk-batuk kan? bila lagi kan? ke da kahwin esok-esok pun nak celebrate birthday baling-baling telur tiup-tiup tepung jugak? macam kurang sesuai je..hehehe..kalau still nak celebrate macam tuh, confirm ada orang akan jeling-jeling mata merah macam pontianak harum sundal malam pulangkan pulangkan. haha..tapi taktau la kalau kalau your future memang hobi main baling-baling telor tiup-tiup tepung kan? olololo...comey kan main baling-baling telor ayam dengan future?? lepas dia baling telor ayam, baling pulak dia masuk longkang.. balas dendam ala ala manja giteeww..haha



berjaya ah prank birthday girl kali nih. telor ayam tuh pecah betol-betol atas kepala. lembut auww auww gitu rambut dapat protein tambahan kan? wangi pun bertambah kan birthday girl??  keh keh keh.



okay la..ampun dan maaf kalau ada terkasar tingkah laku. hmm, takda la kasar sangat kan kalau setakat baling-baling telor ayam baling-baling tepung kan?


footnote  : baling-baling tepung kat birthday girl, last last plastik tepung kat tangan birthday girl. apa lagi, seronok la dia kan??


Thursday, November 3, 2011

kehilangan - AL FATIHAH buat arwah






There's been a death in the opposite house

As lately as to-day.

I know it by the numb look

Such houses have alway.



The neighbors rustle in and out,

The doctor drives away.

A window opens like a pod,

Abrupt, mechanically;



Somebody flings a mattress out,--

The children hurry by;

They wonder if It died on that,--

I used to when a boy.



The minister goes stiffly in

As if the house were his,

And he owned all the mourners now,

And little boys besides;



And then the milliner, and the man

Of the appalling trade,

To take the measure of the house.

There'll be that dark parade



Of tassels and of coaches soon;

It's easy as a sign,--

The intuition of the news

In just a country town.


-Emily Elizabeth Dickinson



bismillahirrahmanirrahim...
AL FATIHAH buat arwah datuk yang baru saja meningggal awal pagi tadi.
terkejut. terkesima. pemergian secara tiba-tiba. tiada kata yang mampu dilafazkan apabila roh mula berpisah dari jasad...






salam. 
awal pagi tadi saya menerima panggilan daripada my mum. subuh. hati saya sedikit runsing. pelik dan tertanya-tanya. memang menjadi kebiasaan jika saya mendapat panggilan dari umi luar dari waktu kebiasaan, pasti ada sesuatu yang penting. hati mula bimbang. bila mendengar suara dihujung talian, memang sah suara my mum lain dari kebiasaan. sebak. suara menahan tangisan. 



saya tidak tahu mengapa seolah-olah saya tiada perasaan sewaktu mendapat khabaran tentang pemergian arwah datuk. tapi selepas solat subuh dan menadah tangan, air mata mula mengalir. sebak datang dengan tiba-tiba. 



semalam arwah datuk rebah sebaik sahaja selesai menunaikan solat zohor di masjid. tidak sedarkan diri. dan disahkan meninggal pada jam 2 pagi tadi. sungguh bertuah arwah datuk. meninggal selepas solat di masjid. tambahan pula pada malam jumaat. semoga Allah melimpahi rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin. AL FATIHAH.



INFO :

Orang-orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan mendapat rahmat dan aman daripada azab kubur. Berikut di antara dalil bagi kenyataan ini: Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang meninggal pada hari Jumat atau malam Jumaat, dia akan dicop dengan cop iman dan terpelihara daripada siksa kubur. (Riwayat al-Baihaqi). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud; Tiadalah seorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat melainkan Allah memeliharanya daripada fitnah kubur. (Riwayat Tarmizi). Berikut merupakan jawapan dari pihak JAKIM: