Wednesday, September 16, 2009

~cikGu oH guRu~


dialah pemberi setia

tiap akar ilmu miliknya

pelita dan lampu segala

dialah ibu dialah bapa

alur kesetiaan mengalirkan nasihat

pemimpin yang ditauliahkan segala umat

seribu tahun katanya menjadi hikmat


jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa

jika hari ini seorang raja menaiki takhta

jika hari ini seorang presiden sebuah negara

jika hari ini seorang ulamak yang mulia

jika hari ini seorang peguam menang bicara

jika hari ini seorang penulis terkemuka

jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,

sejarahnya dimulakan dengan seorang guru biasa


dengan lembut dan sabarnya mengajar tulis baca

di mana mana dia berdiri di muka muridnya

di sebuah sekolah mewah di ibu kota

di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

dia adalah guru mewakili seribu buku,


semakin terpencil duduknya diceruk desa

semakin bererti tugasnya kepada negara

jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

budi yang diapungkan di dulang ilmu

panggilan keramat CIKGU kekal terpahat

menjadi kenangan ke akhir hayat..


NUKILAN SN DATO USMAN AWANG


0 orang pelajar bising: