Salam.
Selama ini saya fikir jadi guru senang. Rupanya salah.
Setelah satu minggu menjalani kehidupan sebagai seorang guru praktikum, saya mula sedar realiti kehidupan seorang guru.
Mungkin apa yang saya ceritakan tak semua guru mengalaminya. Tapi inilah yang saya alami.
Kalau anda bercita-cita untuk menjadi guru, lupakan kelembutan mahupun lemah lembut yang ada pada diri anda. Hari-hari macam tarzan saja. Nak-nak lagi kalau anda mengajar students form 1 dan form 2. Suara kalau tak seperti petir di langit tatkala hari mahu hujan memang la tak sah. Sangat bising okay deorang. Siap gaduh-gaduh lagi dalam kelas. Dialog cliché saya, “kamu nak belajar ker nak gaduh har?” saya jerit kuat-kuat. Deorang senyaplah 5 minit. Lepas tu bising lagi. Rasa nak sepak-sepak dinding saja. Kalau tak tegur kan, fail control kelas pulak kan?
Kalau anda seorang yang murah senyuman, lupakan senyuman anda. Kalau asyik senyum, deorang judge kita baik. Nanti kena pijak kepala. Jadi cikgu kena pandai berlakon. Kena buat muka kerek. Kena sombong. Tak boleh manjakan deorang sangat. Kena marah-marah jugak deorang ni. Kalau tak, hmm tak tahulah nak kata. Saya terkejut bila tengok cikgu-cikgu senior mengajar. Sangat garang. Tapi hakikatnya cikgu-cikgu senior sangat baik dan suka tersenyum saja.
Kalau dulu time belajar, relax saja kalau tidur lewat pagi. Sekarang? Awal pagi dah nak kena bangun. Balik sekolah dalam pukul 2.40pm. Kalau ada meeting atau perjumpaan kokurikulum, makanya lagi lambat la boleh balik. Petang sangat penat. Balik rehat. Makan malam dan sebagainya. Malam nak kena siapkan rancangan pengajaran harian, nak tanda buku students, iron baju. Pukul 11.00pm kalau boleh nak tidur sudah. Penat. Hari-hari macam tu la.
Anyway, saya ada dapat coklat dari student. Minggu pertama sudah dapat coklat. Thanks ya. Dan dua hari lepas saya, kawan-kawan satu praktikum dan cikgu-cikgu senior ada lawan lawan bowling. Seronok tapi tension. Ingatkan main bowling dapatlah release tension tapi makin tension sebab kalah. Okay, fine la. Saya bukan hebat pun main bowling.
coklat student kasi. best. sweet saja. satu saya kasi kat kawan praktikum saya, ira.
line clear
geng-geng praktikum.
dari kiri : ira, saya, alif, hairi, suzi
tiada dalam gambar : tarmizi
nota kaki : minggu pertama berlalu dengan baik.