Monday, May 16, 2011

sambutan hari guru saya



Salam..
Tajuk entri macam nak buat karangan bahasa melayu UPSR.



Okay, fine la. Nak Tanya, ada tak orang tak tahu bahawa hari ni merupakan hari guru?



Kalau tak tahu, meh sini saya bagitahu. Hari ni merupakan sambutan hari guru buat guru-guru di Malaysia dan sambutan pertama buat saya dan juga kawan-kawan yang sedang berpraktikum.



Sambutan hari guru kali ni macam dulu-dulu jugak la. Maksud saya, sama saje seperti zaman sekolah saya dulu-dulu. Cikgu-cikgu nyanyi lagu Kami Guru Malaysia, Ikrar Guru Malaysia lepas tu dengar perutusan dari Menteri Pelajaran. Sama la kan dengan dulu-dulu jugak?



Kelainannya, kalau dulu semasa di sekolah saya, pelajar akan membuat persembahan di hari guru. Tapi di sekolah saya berpraktikum pulak cikgu pun kena buat persembahan.  Fine la, fine. Hari ni je kan?



Jadi, kami-kami yang cikgu sedang berpraktikum diarahkan untuk mengambil bahagian. Saya? Terpaksa berlakon dan menyanyilah.





yang kiri sekali tu cikgu liyana. cikgu senior. cute kan?





yang tengah tu student form 4, naim.



yang lain-lain tu semua student betul. yang tengah dua orang tu je student tipu.




barisan pelakon. memang happening lah.

0 orang pelajar bising: