Tuesday, August 27, 2013

experience ~


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Sometimes aku terpikir, walaupun aku tercampak jauh ke bumi Lahad Datu, aku perlu bersyukur kalau nak dibandingkan dengan kawan lain yang jaaaauuhhh lebih susah. (Jangan nak banding dengan kawan yang good condition pulak).



Seperti aku cerita sebelum ni, first time aku dapat tahu aku posting Sabah, aku tak pernah terpikir pun nanti aku kena masuk pedalaman ke, naik bot ke, naik Hilux ke apa. Yang aku pikir, aku jauh dengan family and then, kalau nak balik kampung akan makan masa. Tu je. Tak pernah pulak pikir kena masuk hutan or kena redah sungai naik perahu bagai kalau nak ke sekolah. Seriously.



Sebelum ni aku pernah tengok video kat youtube pasal pengorbanan seorang guru. Nak sampai ke sekolah kena naik perahu. Rumah sewa pulak pakai generator untuk generate electricity. Itu pun untuk separuh hari je boleh pakai letrik. Yang selebihnya pandai-pandai la kau pakai lilin or pelita ayam. Perghh, mencabar. Sewa rumah pulak sensorang. Makan nasik dengan ikan masin, pucuk ubi je bertemankan kucing. Nak berFB or berWassap jauh sekali. Masa ni, tak guna dah smartphone korang yang harga ribu riban tuh. Nak campak ke sungai pun boleh. Tak payah pikir panjang lagi.



So, aku ingat video tu macam mustahil je berlaku dalam alam realiti. Hehe. Tapi, bila dah dengar cerita pengalaman dari empunya diri baru aku tahu erti susah payah hidup. Cerita ni aku dengar dari Aini. Sempat kenal Aini kat airport sementara tunggu flight ke Tawau, Aini pulak nak ke Sibu.


Sebelum aku cerita panjang lebar, aku nak share dengan korang. Kalau kau posting kat kawasan pedalaman tiga, kau akan dapat elaun rm1500. Pedalaman dua rm1000 dan pedalaman satu rm500. Aku tak dapat elaun pedalaman walaupun aku posting jauh di Sabah, harga tiket nak balik kampung menelan kos ribu riban sebab aku posting kat bandar. Aku pun tak tahulah aku boleh saving ke tak nanti.



Kalau dulu, selalu orang cakap biasanya cikgu lelaki saja yang dihantar ke pedalaman. Sekarang, tak kesah la kau lelaki ke, kau perempuan ke, kau nyah ke... kalau kau dah beria sangat nak jadi cikgu, kau kena sanggup jugak posting kat hujung dunia sekalipun. Haaa, macam tuh. Paham?


Eh, sambung cerita Aini tadi. Aini dapat tinggal kat kuarters guru. So, sebelum sampai rumah tu, Aini kena naik bot tiga jam dari pekan Kapit kalau tak silap aku, lepas tu kena naik perahu pulak untuk sampai ke kawasan posting tuh. Mencabar ke tak mencabar? Kalau aku dah lama meroyan. Sebab? Sebab Aini perempuan. Posting pulak sorang sorang. Sepatutnya ada lagi sorang cikgu perempuan posting sekali. Tapi sebabkan pregnant, dia mintak tangguh dan sampai sekarang tak muncul muncul. Haaa..macam mana tak meroyan kan? Ingat senang ke nak naik bot? Naik perahu? Boleh percaya ke dekat orang yang ambik upah perahu tuh?? Tension nyaaa..



Nak kena naik bot, perahu tu satu hal. Tinggal kat rumah guru sorang-sorang satu hal jugak. Rumah pulak rumah yang paling “terpilih”. Tiap-tiap hari kena kacau. Malam nak tidur je, katil kena goyang. Dengar suara orang mengilai pun ada. Nampak lembaga hitam kat sebelah masa tidur pun ada. Apa yang takde? Dah cukup lengkap dah kan? Macam dalam filem dah. Time mengadap lappy pun kena kacau jugak. Skrin lappy tuh boleh pulak bergerak gerak. Nak masak, tiba-tiba garam gula hilang. Eh eh, main-main lah kauuuu..Pergi main jauh jauh laaa..



Aini pernah cerita yang dia pernah menumpang bilik kat rumah cikgu lelaki sebab dah tak tahan sangat. Tapi seminggu je la sebab orang sekeliling dah start cakap-cakap belakang. Perempuan tinggal serumah dengan lelaki kan, mestilah orang akan mengata. Apa yang aku cerita nih hanya sebahagian dari cerita Aini. Jangan kau tanya kenapa Aini tak menumpang kat rumah cikgu perempuan pulak. Ada kisah lain pulak yang tu. Lepas budak habis UPSR, Aini cakap dia nak blah dari situ. Tak tahulah samada cakap kosong atau betul-betul. Whatever it is, jaga diri elok-elok.



Yang tu kisah Aini. Yang ni pulak kisah sorang cikgu laki yang posting dekat Sarawak jugak. Miri. aku dengar orang sebelah aku borak dengan cikgu tu aje dalam flight dari KB ke LCCT. Aku dengar cikgu TESL tu cerita sekolah dia dalam hutan. Dia kena catar Hilux untuk ke rumah sewa. Catar Hilux dengan harga rm600 untuk tujuh jam perjalanan. Sadisss. No word can explain such as feeling. Kalau aku, dah lama feeling down.


Macam-macam pengalaman orang. Kiranya pengalaman aku posting di Lahad Datu nih tak adalah hebat manapun. Masa aku tengah queue nak check in lepas cuti raya hari tu, aku jumpa kawan yang sama-sama posting kat Lahad Datu. Beza antara aku dengan dia, aku posting kat bandar dan dia posting kat dalam Felda Sahabat, tempat bersejarah. Mesti family kat kampung lagi risau kan?



Bersyukur seadanya..

Till then, byeee..

1 orang pelajar bising:

sherlina halim

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini