Thursday, June 30, 2011

life is not all about mess


salam jumaat...




LIFE IS NOT ALL ABOUT MESS




bagi saya hidup ini tidak pernah sunyi dari masalah. cuma, terpulang kepada diri untuk mengawal dan mengatasi masalah tersebut. 




entahlah, baru-baru ni terdapat seorang kenalan menceritakan masalah kepada saya. seorang wanita yang sudah berpisah dengan suaminya. mungkin berumur lewat 30an. saya tidak tahu kenapa akak tersebut mampu menceritakan masalah tersebut kepada saya padahal baru pertama kali kami berborak. saya hanya mampu mendengar. memberi sedikit pendapat. bagi saya saya tak layak untuk memberi apa-apa pandangan kerana saya tidak berada di tempat beliau.




tapi, apa yang mampu saya katakan, "sebesar mana masalah akak, ingatlah ada lagi orang yang diluar sana yang mempunyai masalah yang lebih berat dari akak.."




saya bukanlah seorang yang pandai dalam berkata-kata. tapi apa yang saya katakan pada akak tersebut adalah lahir dari hati saya. itulah yang sering saya ingatkan pada diri sendiri jika menghadapi sebarang masalah. 



lain orang lain carakan? sesetengah orang suka menceritakan masalah yang dihadapi kepada kawan mungkin. tapi tidak saya. saya mungkin seorang yang jenis menyimpan segala masalah yang dialami sendiri. terutamanya jika masalah yang melibatkan family. entahlah. bagi saya masalah keluarga merupakan maruah keluarga. cukuplah bercerita sesama keluarga saja tanpa melibatkan orang luar. ini pandangan saya sajalah. lain orang lain pendapat kan?





kepada "akak", tidak perlulah cemburu apabila melihat orang disekeliling akak hidup bahagia. sekarang giliran  akak diuji. esok lusa mungkin giliran mereka pula. ingatlah tuhan maha adil. masa akak akan tiba nanti. 

insyaAllah. 




bila seorang perempuan berubah status diri



salam...


1st of all, selamat pengantin baru buat teman, sahabat, kawan saya di dalam gambar di bawah. selamat melangkah ke alam baru dear. jaga sikap, jaga tingkah laku jaga nama baik keluarga. kamu akan berubah dari status single ke married by tomorrow. saya doakan kamu.






inilah kawan saya yang bakal bergelar pengantin esok.



tapi saya sedih. sedih sebab saya sekarang di kuantan dan kawan saya akan akad esok di kelantan. tak dapat nak ada bersama ketika akad nikah. sangat sedih. kawan-kawan yang lain berkumpul di majlis esok. tapi saya? saya ke sekolah esok dan menjalankan rutin harian seperti biasalah.



bila salah seorang dari kawan kita akan berubah status, yang lain secara automatik akan mendapat soalan cepu emas.



 "kamu bila lagi?"



saya? 
saya belum bersedia. 



yes, i'm 23 but bagi saya bila sudah berubah status, banyak tanggungjawab kena fikir. kalau dulu kita sebagai seorang anak, tanggungjawab hanya ada pada kedua ibubapa dan keluarga kita sahaja. tapi bila sudah mempunyai keluarga sendiri, tanggungjawab semakin bertambah. tanggungjawab sebagai seorang isteri, tanggungjawab kepada keluarga, tanggungjawab kepada keluarga suami dan mungkin akan bergelar seorang ibu. belum tambah tanggungjawab seorang guru lagi. hehhe



jadi, kalau lihat tentang apa yang saya fikirkan sekarang, saya dapat conclude bahawa saya belum bersedia. kalau someone yang betul-betul bersedia, mungkin takkan berfikiran begini kan? tapi tak tahulah kalau-kalau esok boleh berubah fikiran. kitakan manusia biasa. segalanya Dia yang tentukan.



bagi saya, dalam hidup ni satu sahaja yang penting. tanggungjawab. yes, kalau kita sedar tentang apa yang menjadi  tanggungjawab kita dalam hidup ni, everything is gonna be alrite. tanggungjwab sebagai anak, tanggungjawab sebagai isteri, tanggungjawab sebagai ibu, tanggungjawab sebagai anak, tanggungjawab sebagai hamba kepada sang pencipta dan sebagainya.


fikir-fikirkan lah.

Wednesday, June 29, 2011

eh, ckgu takot ke?

salam..
saya kurang sihat.
kamu macam mana?
okay tak? kalau tak okay jom la makan ubat.



berbalik kepada statement di atas, my hensem student asked me, "ckgu takot ke? nampak cikgu macam takot je tadi.."



okay la, actually sekolah tempat saya berpraktikum agak berlainan sedikit dengan sekolah-sekolah yang lain. apa yang lainnya? 



last 2 weeks ketika meeting antara guru-guru, cikgu penolong kanan pentadbiran memberitahu bahawa, guru praktikal akan masuk mengajar bersama guru senior. maksudnya, guru senior tu merupakan guru yang saya take over kelas dia la. 



guru senior takkan mengajar tetapi hanya duduk di belakang dan observe. sekolah lain ada buat macam ni tak? tak tahulah kalau-kalau ada jugak kan? sepanjang saya berpraktikum till the end of august ni, saya akan ditemani cikgu senior la.



actually saya takde la cuak bila cikgu senior ada bersama sebab memang dah terbiasa mengajar di depan. cuak dah hilang cuma rasa sedikit segan dan takut. takut dengan cuak lain tahu. cuak tu macam nervous kan? kalau takut ni, hmm, macam takutlah. hehe..bukan pe saya takut kalau-kalau saya mengajar terlalu laju and then masa belum habis tapi dah tak tahu nak mengajar apa. takut la tu kan? takut apa yang plan tak menjadi. 


sok, khamis ada sambutan hari koperasi. jumaat ada hari pelaporan, perjumpaan dengan ibu bapa pelajar dan sabtu pulak ada larian satu murid satu sukan satu malaysia.



penat tahu jadi cikgu!

Tuesday, June 28, 2011

eh eh sape nak join acara nih?

salam...



sekarang kan kalo petang-petang mesti bebudak sekolah pergi sekolah sebab ada latihan rumah sukan. so, same goes to me lah. but im not a budak sekolah yang comey-comey tu. im teacher to be. faham kan? nak kata comey tu, biasa-biasa sajalah.




rumah sukan saya namanya Bendahara. okay Bendahara tu bukan tugas dia macam bendahari kelas atau persatuan yang kena pungut-pungut duit tu. bukan. ia merupakan salah satu nama rumah sukan. 



so tugas saya senang je buat masa sekarang. 
macam ni je..
"eh eh sape nak join acara 100m? 200m? 4x100m??"



agak-agak takde yang kasi respond, ulang la lagi.
"eh eh sape nak join acara 100m? 200m? 4x100m??"
haa..macam tu lah. senangkan? 



okay lepas tu dapat tahu kena hias-hias khemah bagi rumah sukan la pulak. 



dulu time sekolah happy la jugak. siap ada lagu untuk sorak-sorak lagi. kira macam pasukan sorak la.



macam ni..
kalau agak-agak nak kalah, deorang kasi support & nyanyi..
"its okay its alrite common merah fight fight fight"



ataupun,
"go merah go merah. don't break my heart merah" 
macam lagu mickey. hehe



takpun macam ni..
"blue is hot to go. H O T  T O  G O.
hot to go yeahhh.." 



eh eh apa yang saya merepek nih?

Monday, June 27, 2011

korang behave tau esok...

salam..

esok 28th June kan?
esok selasa kan??
esok jugak saya akan di'observe'...
huaaaa..
mesti la nervous.
normal la kan?


to my beloved comey-comey students,
please please please behave kay.
time lecturer cikgu datang,
korang baik-baik tau.
tunjuk yang korang adalah the best dan dan dan paling penting comey.


okay, dah takde masa.
nak sambung wat lesson plan untuk esok.



welcome En Azman...
i'll do da best.
insyallah..

doakan saya..

Sunday, June 26, 2011

::berdiri di atas kaki sendiri::

salam..


hari ni hari ahad. ahad kan weekend. jadi weekend moh kita ke pasaraya untuk beli barang-barang dapur. sejak hidup berdikari ni sangat la susah. semua perkara kena fikir. eh jangan kata sebelum ni saya tak pernah berdikari. no! tidak tidak. dulu saya pun pernah tinggal di hostel macam kawan-kawan yang lain jugak.



 macam ni, sekarang kan saya tengah berpraktikal, jadi, punyai rumah sendiri punyai hidup sendiri bersama seorang kawan. maksud saya, rumah sewa saja lah. 



tiap-tiap bulan nak kena fikir bayar bil elektrik, bil broadband, bil air lagi. sebelum ni ada kau fikir? takde kan? takde kan? sekarang? kan da susah. kalau tak bayar nanti ada yang candle lite dinner plak. ada gak yang tercekik tulang nanti. eh nasib baik oksigen tak dikenakan bayaran. kalau tak, jenuh la fikir nak kena pergi bayar semua bil-bil tu.



kalau pagi-pagi plak jangan harap la nak senyum-senyum dengan gembira pergi sekolah. pagi-pagi nak kena buang sampah kat tong sampah luar pagar sana. kalau tak buang, balik rumah nanti jerit-jerit lompat-lompat sebab rumah dikuasai oleh ulat. ulat tu macam geli-geli tahu kan?



semua perkara perlu fikir. siap kena buat list barang-barang yang nak kena beli. kalau tak buat confirm ada yang tertinggal. hujung minggu kena pergi beli barang-barang dapur. kalau tak, bukak peti ais confirm la nangis sebab peti ais sangat bersih dan kosong. peti ais pun turut nangis sama. 



owh cerita pasal beli-beli barang dapur, petang tadi saya dan kawan rumah pergi Giant. sangat la langkah kanan. hehe. sebab apa tau? pernah tak pergi pasaraya lepas tu ada promosi jus ke makanan ke, lepas tu promoter bagi suruh try. pernah tak? 


petang tadi sangat la banyak deorang pakat bukak meja promo-promo barangan masing-masing. meja ke pe ntah benda tu. gerai kot? semua makanan dan minuman kami cuba. hehe. memang tak minum petang la kami hari ni. rasanya lebih kot 20 meja. lepas tu kalau ada promoter yang tak lambai-lambai ke arah kami suruh cuba produk deorang, kami buat-buat cari barang-barang depan meja deorang. fikir-fikir balik macam sengal pun ada jugak.




ini ayam brand punya. deorang promo ikan sardin yang takyah masak-masak bagai. siap ada nasi deorang sedia suh makan bersama ikan sardin tu. nama ayam brand tapi ikan. 





yang ni plak nestle bliss. ehmm..segar. belum lagi deorang senyum-senyum suruh try, kami dah sambar dulu. 




yang ni paling menyakitkan hati. lebih tiga kali kot kami pusing-pusing area meja deorang tu. tak jugak suruh kami cuba. last-last buat muka tak malu and amek macam tu aje. memang manusia suka benda percuma kan? padahal amatlah sedikit. bukannya tak boleh beli pon.




yang ni pe ntah. benda yang goreng-goreng kot. lupa. banyak sangat cuba makanan tadi.




yang ni plak macaroni. sedap tapi tawar sket. siap ada sosej lagi.




yang ni air berkhasiat.


he3..pergi Giant selama 3jam. kenapa? sebab pusing-pusing cuba makanan and minuman yang ada. selagi promoter tak panggil, selagi tu kami buat-buat tunjuk muka. hahaha. sengal.

Thursday, June 23, 2011

student saya kehilangan gajah kesayangan

salam..

tengah hari tadi saya ada kelas macam biasa. form 1 di makmal.


selepas beberapa minit bermula kelas, saya mula perasan yang seorang student saya sedang bersedih.




Cikgu : Eddie, kamu okey tak?
students : dia tengah sedih cikgu.
cikgu : kenapa?
students : gajah dia hilang.



(cikgu sudah mula pening-pening. gajah? silap dengar ke?)




cikgu : okay la, kita sambung pelajaran kita hari ni.
students : okay.




cikgu masih perhatikan Eddie. monyok. menongkat dagu di meja. selalunya Eddie tak begitu. memang aktif lah. tapi hari ni? gajah dia hilang? haih tak masuk akal.




cikgu : Eddie, kamu salin tak apa yang saya baca tadi?
Eddie : dah.
students : dia sedih la cikgu. gajah dia hilang.
cikgu : gajah apa ni?
students : gajah keychain tu cikgu.
cikgu : oooowh. hilang kat mana Eddie?
Eddie : (senyap. tak mau cakap)
cikgu : Eddie. siapa yang bagi gajah tu?
Eddie : diam...
students : ala gajah emas cikgu. keychain gajah dari thailand.
cikgu : ooo..okay kawan-kawan, kalau jumpa gajah Eddie, pulangkan kat Eddie ye.




cikgu meneruskan pembelajaran seperti biasa.

kringggg, loceng berbunyi. waktu Sains form 1 Arif tamat.





Eddie : cikgu, dia ambil gajah saya.
cikgu : Syawal, kamu ambil gajah Eddie?
Syawal : mana ada cikgu.
cikgu : Syawal, kalau kamu ambil barang orang, nanti barang kamu pulak akan hilang.



syawal pun pulangkan gajah Eddie.
Eddie senyum sambil berjalan ke kelas.
cikgu?
cikgu sudah berjaya menyelesaikan masalah Eddie yang kehilangan gajah.

Tuesday, June 21, 2011

bebanan kerja

salam..


stanza kehidupan...
minggu kelima.
mungkin sudah dapat sesuaikan diri.


tapi,
kerja hari makin hari makin bertambah.
selalu terbaca di dada akhbar, "bebanan kerja guru"
barulah kini saya rasai.


pagi isnin?
selalu terfikir, kenapa kenapa kenapa?


isnin:
7.30am - 3.20pm - sesi persekolahan
3.20pm - 4.00pm - mesyuarat guru-guru

selasa:
7.30am - 2.40pm - sesi persekolahan
3.15 pm - 5.00pm - kelas pemulihan kimia
4.30 pm- 5.30pm - latihan rumah sukan

rabu:
7.30 am - 2.00 pm - sesi persekolahan
2.15 pm - 3.15pm - kokurikulum

khamis:
7.30am - 2.40 pm - sesi persekolahan
4.30pm - 5.30pm - latihan rumah sukan.

jumaat:
7.30am - 12.00pm - sesi persekolahan


hari anugerah kecermelangan, larian 1 malaysia, hari sukan, hari koperasi, rancang aktiviti untuk kokurikulum, kawad unit uniform, soalan exam pun belum buat.


nota kaki : jangan ganggu hari minggu saya.
saya tak sanggup.

Saturday, June 11, 2011

kehidupan yang teratur merimaskan

salam..

manusia. memanglah serba tak kena. 
kadang-kadang terpikir kenapa apa yang dianugerahkan tidak pernah merasa bahagia.




kehidupan yang sangat teratur menjadi satu perkara yang amat merimaskan bagi saya buat masa sekarang. mana tak nya, semua perkara perlu dibuat dan disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. 



owh, saya pernah terbaca blog menceritakan betapa bagusnya kehidupan seorang guru. 
sangat tersusun bak jadual berkala unsur. tersusun dan tidak buang masa dengan perkara yang melekakan.



tapi, apa yang berlaku kepada diri saya sangatlah berbeza. menjadi semakin rimas dengan kehidupan yang telah disusun dengan rapi.




jam 6 am. bangun pagi dengan senyuman? memang tak ah.




kalau dapat students macam ni da kira bagus. tak la hari-hari terjerit macam tarzan.





3pm, balik sekolah. buku-buku tebal macam buku rancangan pengajaran, beg dan juga laptop. langsung takde persamaan dengan gambar ni.





petang balik sekolah, pening-pening kepala dengan perangai students.





mesti la kena masak kan? tapi takde la sampai macam ni.





malam, macam ni lah serabai memikirkan leson plan untuk students kesayangan esoknya




 tanda buku students. 




sebelum tidur, kenalah iron baju. 


sangat tersusun bukan? kalau terleka sekejap macam mana ye? 
sangat merimaskan buat masa sekarang.
mungkin bila da terbiasa nanti, harap semuanya okay sahaja dan menggembirakan dengan kehidupan yang telah ditetapkan.


saya yang pilih cara hidup begini, saya akan cuba sesuaikan diri.
doakan.