Thursday, June 23, 2011

student saya kehilangan gajah kesayangan

salam..

tengah hari tadi saya ada kelas macam biasa. form 1 di makmal.


selepas beberapa minit bermula kelas, saya mula perasan yang seorang student saya sedang bersedih.




Cikgu : Eddie, kamu okey tak?
students : dia tengah sedih cikgu.
cikgu : kenapa?
students : gajah dia hilang.



(cikgu sudah mula pening-pening. gajah? silap dengar ke?)




cikgu : okay la, kita sambung pelajaran kita hari ni.
students : okay.




cikgu masih perhatikan Eddie. monyok. menongkat dagu di meja. selalunya Eddie tak begitu. memang aktif lah. tapi hari ni? gajah dia hilang? haih tak masuk akal.




cikgu : Eddie, kamu salin tak apa yang saya baca tadi?
Eddie : dah.
students : dia sedih la cikgu. gajah dia hilang.
cikgu : gajah apa ni?
students : gajah keychain tu cikgu.
cikgu : oooowh. hilang kat mana Eddie?
Eddie : (senyap. tak mau cakap)
cikgu : Eddie. siapa yang bagi gajah tu?
Eddie : diam...
students : ala gajah emas cikgu. keychain gajah dari thailand.
cikgu : ooo..okay kawan-kawan, kalau jumpa gajah Eddie, pulangkan kat Eddie ye.




cikgu meneruskan pembelajaran seperti biasa.

kringggg, loceng berbunyi. waktu Sains form 1 Arif tamat.





Eddie : cikgu, dia ambil gajah saya.
cikgu : Syawal, kamu ambil gajah Eddie?
Syawal : mana ada cikgu.
cikgu : Syawal, kalau kamu ambil barang orang, nanti barang kamu pulak akan hilang.



syawal pun pulangkan gajah Eddie.
Eddie senyum sambil berjalan ke kelas.
cikgu?
cikgu sudah berjaya menyelesaikan masalah Eddie yang kehilangan gajah.

0 orang pelajar bising: