Thursday, June 30, 2011

life is not all about mess


salam jumaat...




LIFE IS NOT ALL ABOUT MESS




bagi saya hidup ini tidak pernah sunyi dari masalah. cuma, terpulang kepada diri untuk mengawal dan mengatasi masalah tersebut. 




entahlah, baru-baru ni terdapat seorang kenalan menceritakan masalah kepada saya. seorang wanita yang sudah berpisah dengan suaminya. mungkin berumur lewat 30an. saya tidak tahu kenapa akak tersebut mampu menceritakan masalah tersebut kepada saya padahal baru pertama kali kami berborak. saya hanya mampu mendengar. memberi sedikit pendapat. bagi saya saya tak layak untuk memberi apa-apa pandangan kerana saya tidak berada di tempat beliau.




tapi, apa yang mampu saya katakan, "sebesar mana masalah akak, ingatlah ada lagi orang yang diluar sana yang mempunyai masalah yang lebih berat dari akak.."




saya bukanlah seorang yang pandai dalam berkata-kata. tapi apa yang saya katakan pada akak tersebut adalah lahir dari hati saya. itulah yang sering saya ingatkan pada diri sendiri jika menghadapi sebarang masalah. 



lain orang lain carakan? sesetengah orang suka menceritakan masalah yang dihadapi kepada kawan mungkin. tapi tidak saya. saya mungkin seorang yang jenis menyimpan segala masalah yang dialami sendiri. terutamanya jika masalah yang melibatkan family. entahlah. bagi saya masalah keluarga merupakan maruah keluarga. cukuplah bercerita sesama keluarga saja tanpa melibatkan orang luar. ini pandangan saya sajalah. lain orang lain pendapat kan?





kepada "akak", tidak perlulah cemburu apabila melihat orang disekeliling akak hidup bahagia. sekarang giliran  akak diuji. esok lusa mungkin giliran mereka pula. ingatlah tuhan maha adil. masa akak akan tiba nanti. 

insyaAllah. 




0 orang pelajar bising: