Sunday, September 25, 2011

tepung + telur =birthday celebration


salam..
hye ! 
alohaaa..
apa khabar?


anyway, macam sudah hilang mood untuk berblog sekarang.
mungkin sedang mengalami sindrom-sindrom gangguan pada psikomotor untuk menaip entry.
well, mungkin la kan??



tapi, untuk berblogwalking laju je.
maklum la kan, silent reader.



weekend macam menjadi igauan saja.
weekend memang la hari-hari yang ditunggu dan dinanti-nantikan sebab tidak perlu ke kelas.
tapi..
weekend tak best kalau di rumah saja.



oh, ini rumah saya bersama kawan-kawan. 
beli dengan harga rm800.
ok. tipu.
sewa dengan harga rm800 sebulan.
4 bilik beradu dan 3 toilet.
rumah ok2 je la. takde la besar sangat dan tak la kecik.
hari-hari dapat hidu bau makanan wangi-wangi menggugat iman dari pagi ke petang sebab jiran adalah caterer. 




oh ya, ini gambar di hadapan rumah sendiri. kalau bergambar di hadapan rumah jiran macam malu la pulak kan?? nanti apa pulak kata jiran? 


lagi satu, rumah kami adalah yang berwarna oren bahagian atas dan putih bahagian bawah.
hari-hari balik kelas kena jengok bahagian atas dulu.
kalau kaler oren bahagian atas tuh, memang sah la yang tu rumah kami.
kalau tak jengok atas nanti tertukar masuk rumah.
memang saya agak susah untuk mengecam rumah sendiri apatah lagi untuk menghafal alamat rumah.
time praktikal kat kuantan pun teragak-agak bila student tanya alamat rumah.
boleh termenung dan imagine jalan-jalan menghala ke rumah saja. 



eh, balik kepada tujuan asal..
weekend yang lepas, i mean semalam la. saya dan kawan-kawan jadi birthday planner. ouchh, memang susah nak prank orang kan? nak-nak lagi kalau birthday boy. macam susah je nak tipu-tipu and auta lelaki. nak baling-baling telor and tepung pun naik rasa bersalah dan takut-takut. lepas tu segan-segan sket. 




oh ya. yang ni bergambar dalam rumah. eh, da keliru nak cerita pasal rumah ke nak cerita pasal birthday celebration hari tuh.


 boy yang dalam gambar bawah-bawah tuh la we all celebrate malam tuh. well, saya tak berapa kenal dia nih actually. dia kawan kepada kawan saya. tapi. apa yang saya tahu, time birthday saya yang lepas memang dia aktif kenakan saya. saya pun keliru. 
"eh sape nih sape dia nak kenakan saya??"


birthday saya yang lepas.
 dikenakan oleh birthday boy dan juga mereka yang ada dalam gambar tuh.



jadi, time we all celebrate birthday dia, saya dah berjanji pada diri sendiri untuk membalas balik perbuatan dia  pada saya. saya tak berani baling telor sebab takot-takot. saya baling-baling tepung je. 



 kami celebrate simple saje la. celebrate di rumah. beli kek dan masak spagetti. yang penting ada baling-baling telor and tepung tuh. 


birthday boy dah cuci rambut sebab tak tahan bau telor.


ok la. nak iron baju pulak. esok kelas jam 8 am.



3 orang pelajar bising:

sUe UnniE;)

aah la. citer besday ker citer umah sewa..?hehehe..

simple pun best gak kan.. untung spe jadi beday boy itu ;)

snhz

hehhehe..
anyway, kak sue, cuba tengok sini..

http://smkanaim.bpi.edu.my/beritalanjutkhas.htm

Aida Azryn

masa birthday aida tahu lepas. aida kena baling dengan roti je.:P