Sunday, January 22, 2012

Penghargaan buat mereka




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pertama sekali, syukur Alhamdulillah. Tesis untuk disemak sudah dihantar kepada pensyarah penyelia. Tesis jilid hardcover satu salinan untuk dihantar kepada pensyarah penyelia dan cd bagi softcopy tesis kirimkan kepada kawan sahaja dan satu salinan jilid hardcover lagi dibawa balik untuk umi. 




Banyak saya belajar sepanjang siapkan tesis ni. Belajar erti pengorbanan. Pengorbanan apabila kawan ajak untuk keluar bersuka ria, saya terpaksa menolak dengan hati yang tidak ikhlas. Belajar korbankan waktu tidur dikala hujan renyai-renyai kesejukan. Belajar berkorban untuk terima keadaan mata sudah ber'eyebag'. Sungguh ambik masa untuk hilangkannya. Belajar erti sabar apabila pengeditan tesis nak nak lagi edit bahagian muka surat. Sabar dalam prosedur penghantaran tesis yang bermacam-macam demand. Sabar dengan keadaan sekeliling. Sabar segalanya la. 



Rasanya saya sangat perlu berterima kasih kerana mendapat pensyarah penyelia yang amat dedikasi dan disegani. Banyak tunjuk ajar dan nasihat saya peroleh. Biarpun tiap-tiap kali saya mengadap beliau ada sahaja pembetulan yang perlu dilakukan. Tapi itu la yang dinamakan proses pembelajaran. Belajar dari kesalahan. Dari situ, banyak perkara yang saya peroleh biarpun terpaksa melakukan kerja yang sama berulangkali. Terima kasih Dr. Nurulhuda Abd Rahman. Saya sayang Dr. tau. Eh, saya dapat tahu Dr dah dapat title Prof? Betul ke?



Kawan-kawan yang banyak membantu...


"Rabiatul, sama-sama mengadap Dr tiap-tiap minggu. Penat letih bersama. Bila mengadap Dr terpaksa berlakon buat-buat ceria sebab nak jaga mood Dr. Tak mau Dr marah-marah tension-tension. Tak sangka kita pun macam pandai kipas-kipas Dr kan? Lepas tu sama-sama mendaki tangga ke Pin Master and then pergi ke BHL. Terbaik lah. Sampaikan orang dekat BHL pun dah kenal muka orang yang pergi clean virus dalam pendrive selalu.




 "Maziah, aku berterima kasih sangat kat kau tahu? Bila kau tengok muka aku macam tension tak boleh blah, kau datang tolong. SPSS hari tu pun kau ada tolong aku jugak kan? Latest, bab insert page number memang aku fail. Rasa macam nak meraung bila buatkan muka surat kat penulisan tesis tu. Tapi, kau datang tolong aku kan? Tq sangat-sangat tau even kau pun banyak kerja nak kena settle tapi kau sanggup jengok-jengok orang lain kan?"



Buat prospective teacher aka my classmate, tq so much kerana sudi menjeling manual konsep kartun saya yang tak seberapa dan menjalankan soal selidik. Tq ya. Buat housemate, terima kasih kerana bersabar dengan karenah dan perangai saya semasa tension dan gembira menyiapkan tesis. Maklum la, perangai saya tak menentu. Kalau tension, saya diam. Tapi bila saya diam, orang akan tahu saya tengah tension. Eh, macam mana nak sembunyikan perasaan tu ya? Boleh ajarkan tak?



Lagi, terima kasih buat empat orang pensyarah penilai yang menilai tesis saya ketika pembentangan dijalankan. Terima kasih kerana melayan saya dengan baik ketika pembentangan itu. Tq so much.




Terima kasih sahaja mampu saya ucapkan. Sungguh bantuan kalian amat bernilai. Semoga tuhan memudahkan urusan kita pada hari-hari mendatang.

Friday, January 20, 2012

Setelah hampir empat tahun, perpisahan juga yang berlaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara


Orang kata bertemu dan berpisah tu lumrah dalam kehidupan. Ya, sebagai manusia biasa kita perlu hadapinya dengan tenang. Tapi, beratnya hati ni untuk menghadapinya dengan tenang. Entah la, mungkin diri semakin dewasa dan terlebih emosi.




Kalau dulu, tamat sahaja tingkatan lima sedikit pun tiada perasan sedih untuk berpisah dengan kawan-kawan. Mungkin terlalu excited untuk menempuh kehidupan yang baru di alam universiti sehingga perpisahan terjadi dan berlalu dengan begitu saja.



Dan, tamatnya pengajian di matrikulasi, perasaan sedih untuk berpisah dengan kawan-kawan tu ada tapi perasaan tu tak sehebat sekarang. Mungkin kehidupan selama kurang dari setahun di kolej matrikulasi kurang memberi erti dan nilai persahabatan. Bukan takda tapi kurang jika nak dibandingkan sekarang. Sekarang di universiti, persahabatan yang terjalin selama hampir empat tahun. Ya, persahabatan yang mengajar erti susah senang bersama. Saling bergantungan antara satu sama lain. Menyiapkan segala tugasan bersama. Mungkin dalam masa hampir empat tahun itu kita selalu tak sependapat, kita selalu mempunyai pemikiran berbeza tetapi percayalah, semuanya akan menjadi kenangan. Tak sangka, sungguh cepat masa berlalu.



"Jumpa lagi di lain masa..."



Sebelum ini, jika kawan-kawan bercerita mengenai perpisahan yang bakal terjadi, saya senyum saja. Sebab saya rasa tak sabar untuk menamatkan pengajian dengan cepat kerana lambakan tugas seorang pelajar yang membebankan. Tapi, bila ia semakin hampir, hati saya terusik. Tuhan, kuatkanlah hati saya menghadapi semua ini. Masa-masa yang kita lalui dulu tidak mungkin akan berulang lagi. Untuk berkumpul 49 orang ahli kelas bersama di lain masa agak mustahil kan? Oh, belum apa-apa lagi saya dah merindui saat-saat bersama. 




Buat pensyarah-pensyarah yang dikasihi dan disegani, saya sentiasa doakan anda sihat-sihat saja dan dapat mencurahkan ilmu kepada yang lain. Sungguh didikan dan dorongan yang kalian berikan amat berharga. Buat seorang pensyarah yang baru sahaja pergi mengadap Ilahi, semoga puan tenang di sana. Saya masih ingat senyuman yang puan berikan beberapa minggu yang lepas. Semester lima lepas, saya sering singgah ke bilik puan untuk berkongsi masalah dan saya masih ingat puan selalu beri kata nasihat. terima kasih untuk segalanya.




Buat kawan-kawan, terima kasih kerana berkongsi segala ilmu dikala saya kebuntuan. Terima kasih kerana menjadi tempat saya meluahkan segala masalah. Terima kasih kerana bersabar dengan karenah saya. Saya akui, diri sememangnya tak sempurna. Saya mohon maaf atas segala kekurangan diri. 




Ada rezeki, kita jumpa lagi di lain waktu. Jaga diri masing-masing. Ada khabar gembira, kongsi-kongsikan lah..Friendship forever. Saya sayang kamu semua sebab kamu semua telah mencipta kenangan untuk saya selama hampir empat tahun bersama. Moga jalan-jalan yang bakal kita tempuhi nanti dipermudahkan oleh Dia. Amin.

Tuesday, January 17, 2012

FYP dan berfoya. Mana lebih penting?



Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Fuhhhh, tarik nafas panjang-panjang. Tengah hari semalam sudah selesai present final year project. Sekarang hati sudah tenang dan boleh jalan sambil menyanyi keriangan. Scary jugak la present FYP semalam. Mengadap empat orang pensyarah fizik. Soalan dari mereka bukan calang-calang soalan. Terpaksa kuatkan mental dan fizikal. 



Malam sebelum present, umi call wish good luck. Umi cakap takyah la risau sangat. Baca la apa-apa ayat quran. " Kan dah biasa mengajar dah.." Huhuhu..Berbekalkan kata-kata semangat itu, Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar. Harap-harap markah nanti pun okay la. Anyway, best jugak debate dengan pensyarah. Enjoy je. Tapi debate berdasarkan fakta la kan?? Tak boleh la merapu je. 




Actually, tiga hari sebelum present FYP saya pergi berfoya-foya ke Teluk Batik dan Teluk Intan. Segan pulak nak cerita sebab before saya pergi sana umi saya cakap.." haih, present tesis belum lagi tapi nak bersuka ria dah?" So, sekarang dah siap present jadi takde la segan sangat nak cerita kisah berfoya-foya tu. Kan? Actually, kami ke Teluk Batik ni pun sebab nak habiskan duit hadiah kemenangan kami dalam Ekspo Pendidikan. Kiranya, nak manfaatkan duit yang ada dan program terakhir sebelum berpisah. 




Gerak ke Teluk Batik pagi Sabtu. Petang Ahad baru sampai rumah. Siapkan slide present, hari Isnin pergi mengadap pensyarah penyelia dan hari Selasa present. Tak cukup tidur. Eyebag takyah cerita la. Eyebag dengan pipi pun macam dah bersambung dah ni.



Pergi Teluk Batik "wohaaaa, pantai i like i like" bajet macam pelancong dari Korea. Bila balik dari Teluk Batik "wohaaa, sunburn sunburn i hate i hate" Macam tu la. Kami konvoi empat bijik kereta. Semuanya kawan-kawan sama course. Major fizik minor kimia. Best memang best sebab dapat release tension tanpa gangguan kat sana sebab siapa nak ganggu kan kalau line phone pun takde coverage. Tapi, bila balik tension semula sebab fikir pasal nak present FYP tu. Tapi sekarang dah settle dah. Yeay.




Selamat datang ke Teluk Batik. Kat sini best sebab ada aktiviti pantai. Kalau setakat pergi nak mandi pantai saja, amat bosan okay. Baiklah mandi dalam bath tab saja.




Jakun tak jakun. First time bagi saya mencuba Banana Boat. Sampai senget-senget kepala sebab cuak.
"eh kalau apa-apa jadi kat saya, tolong bagitahu umi saya, saya sayang dia"


Pakcik yang nak handle kami tu tanya, nak extreme ke biasa saja?
 "Owh biasa saja pakcik. Taknak pergi jauh-jauh lepas tu tak nak la jatuh-jatuh macam orang lain"
Last, bila hampir nak sampai tepi pantai ramai-ramai jerit
"Pakcik, jatuh la jatuh la"
Pakcik tak layan. Hahaha





Huh, tak puas hati. Nak jugak rasa jatuh-jatuh macam orang lain. Terus pergi join kawan-kawan lain. Kali ni memang extreme. Air terpercik kat muka masuk mata bagai. Pedih tahu. Lepas tu agak-agak sampai ke tepi pantai, pakcik tu jatuhkan kami. 

Wohaaaa..sumpah taknak naik dah yang extreme macam ni. Jatuh dalam air dan  kaki tak jejak tanah. Hidung, mulut, tekak, mata semua sakit sebab tertelan air masin. 




Kawan naik UFO. Saya tak berani cuba ni. Banana boat pun buat-buat berani. 
Insaf.



Penat aktiviti petang dipantai, malamnya kami barbeku. Disaster sangat barbeku malam tu sebab kipas-kipas pakai polistrina sahaja dan belek-belek ayam pakai ranting pokok. Belajar erti hidup la katakan.




Lepas kenyang, jalankan aktiviti yang tak berfaedah seperti dalam gambar kat atas tu. Sama saja kalau dapat jawap soalan ke tak. Tepung ke muka juga. Lebih menyayat hati, baru saja nak bukak mulut untuk jawap soalan, tepung sudah ke mulut dan penuh ke anak tekak. 




Pagi esoknya, turun ke pantai lagi.
Bajet macam pelancong.
"haaaaa, segarnya angin pantai"




Lepas tu naik bot ramai-ramai. Menikmati keindahan pantai. Eh, takda la menikmati sangat sebab asyik jerit saja. Pakcik tu tunjuk skil terer dia handle bot. Jadi bot senget-senget masuk air. 




Classmate mencuba menunjukkan skil kehebatan. Tapi sayang semua jerit-jerit.
"Eh eh senget dah ni Wan.."




Selamat turun dari bot.
Jom gerak ke destinasi seterusnya.




Eh perlu ke condong jugak?






Geng physics/chemistry in front of menara condong.



Maka, berakhirlah kisah dua hari satu malam kami. Seronok bersama untuk kali terakhir. Saya simpan kenangan ini elok-elok. 

Friday, January 13, 2012

malam graduasi physics 2008/12



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tesis belum siap pun ada hati nak bergelak ketawa. Tak pernah nak insaf. Pang..


Termenung.



Cuba fikir positif. Last gathering bersama kawan-kawan batch physics 2008/2012. Kalau tak pergi bila lagi nak jumpa kan? Nak tunggu konvo? Rasanya tak dapat kumpul ramai-ramai kot time konvo.Ya la, masing-masing dengan family, bestfriend, tunang..eh.



So, takyah nak drama sangat macam hati tak ikhlas nak pergi malam graduasi atau kalau orang vogue panggil dinner haha padahal "eh apasal la saya pakai belt ketat-ketat nak makan banyak pun susah" cenggitu..



So, ini kenangan saya. Esok-esok bila dah tua, boleh bangga kat cucu.."nenek dulu pergi dinner" Bunyi macam annoying. Macam kau sorang la dinner kan? Padahal makan-makan saja pun. 



Okay la. Malas nak cerita panjang. Esok kena bangun awal. Mata pun dah berat. Tesis? Confirm la tak siap kan? Last minute macam saya ni mana pernah siap assignment awal macam orang lain. Pang..





Kalau perasaan, kat dalam gambar ni tak semua gegirl okay. 
Say hye Prof Rosly.




Ehem ehem.
Saya rasa this is 1st time okay.
1st time saya masukkan gambar lelaki terhebat dipasaran seperti dalam gambar kat atas tu.
What? Okay okay..Memang la ada gambar lelaki jugak sebelum ni.
Tapi, yang sebelum ni lagi hangat dipasaran.
Aaron Aziz, Adi Putra, Lee Min Ho.
Eh, ke tak hangat??





Physics batch 2008/2012






Bergambar pun tak senang sebab susah hati tesis tak siap.




Kawan-kawan, saya nak bagitau ni..
Saya sayang kamu semua. 
Eh, malu laaa...





Dah dah..
jom balik..


Till then, bye bye

Sunday, January 1, 2012

you are bright, good luck on your exam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



All the best buat kawan-kawan yang sedang dan bakal mengahadapi final exam.



Masuk dewan peperiksaan dengan langkah kanan.
Baca doa banyak-banyak dan cuba tenangkan diri.







Footnote :
Nothing will get you more nervous than a lack of preparation.