Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertama sekali, syukur Alhamdulillah. Tesis untuk disemak sudah dihantar kepada pensyarah penyelia. Tesis jilid hardcover satu salinan untuk dihantar kepada pensyarah penyelia dan cd bagi softcopy tesis kirimkan kepada kawan sahaja dan satu salinan jilid hardcover lagi dibawa balik untuk umi.
Banyak saya belajar sepanjang siapkan tesis ni. Belajar erti pengorbanan. Pengorbanan apabila kawan ajak untuk keluar bersuka ria, saya terpaksa menolak dengan hati yang tidak ikhlas. Belajar korbankan waktu tidur dikala hujan renyai-renyai kesejukan. Belajar berkorban untuk terima keadaan mata sudah ber'eyebag'. Sungguh ambik masa untuk hilangkannya. Belajar erti sabar apabila pengeditan tesis nak nak lagi edit bahagian muka surat. Sabar dalam prosedur penghantaran tesis yang bermacam-macam demand. Sabar dengan keadaan sekeliling. Sabar segalanya la.
Rasanya saya sangat perlu berterima kasih kerana mendapat pensyarah penyelia yang amat dedikasi dan disegani. Banyak tunjuk ajar dan nasihat saya peroleh. Biarpun tiap-tiap kali saya mengadap beliau ada sahaja pembetulan yang perlu dilakukan. Tapi itu la yang dinamakan proses pembelajaran. Belajar dari kesalahan. Dari situ, banyak perkara yang saya peroleh biarpun terpaksa melakukan kerja yang sama berulangkali. Terima kasih Dr. Nurulhuda Abd Rahman. Saya sayang Dr. tau. Eh, saya dapat tahu Dr dah dapat title Prof? Betul ke?
Kawan-kawan yang banyak membantu...
"Rabiatul, sama-sama mengadap Dr tiap-tiap minggu. Penat letih bersama. Bila mengadap Dr terpaksa berlakon buat-buat ceria sebab nak jaga mood Dr. Tak mau Dr marah-marah tension-tension. Tak sangka kita pun macam pandai kipas-kipas Dr kan? Lepas tu sama-sama mendaki tangga ke Pin Master and then pergi ke BHL. Terbaik lah. Sampaikan orang dekat BHL pun dah kenal muka orang yang pergi clean virus dalam pendrive selalu.
"Maziah, aku berterima kasih sangat kat kau tahu? Bila kau tengok muka aku macam tension tak boleh blah, kau datang tolong. SPSS hari tu pun kau ada tolong aku jugak kan? Latest, bab insert page number memang aku fail. Rasa macam nak meraung bila buatkan muka surat kat penulisan tesis tu. Tapi, kau datang tolong aku kan? Tq sangat-sangat tau even kau pun banyak kerja nak kena settle tapi kau sanggup jengok-jengok orang lain kan?"
Buat prospective teacher aka my classmate, tq so much kerana sudi menjeling manual konsep kartun saya yang tak seberapa dan menjalankan soal selidik. Tq ya. Buat housemate, terima kasih kerana bersabar dengan karenah dan perangai saya semasa tension dan gembira menyiapkan tesis. Maklum la, perangai saya tak menentu. Kalau tension, saya diam. Tapi bila saya diam, orang akan tahu saya tengah tension. Eh, macam mana nak sembunyikan perasaan tu ya? Boleh ajarkan tak?
Lagi, terima kasih buat empat orang pensyarah penilai yang menilai tesis saya ketika pembentangan dijalankan. Terima kasih kerana melayan saya dengan baik ketika pembentangan itu. Tq so much.
Terima kasih sahaja mampu saya ucapkan. Sungguh bantuan kalian amat bernilai. Semoga tuhan memudahkan urusan kita pada hari-hari mendatang.
Lagi, terima kasih buat empat orang pensyarah penilai yang menilai tesis saya ketika pembentangan dijalankan. Terima kasih kerana melayan saya dengan baik ketika pembentangan itu. Tq so much.
Terima kasih sahaja mampu saya ucapkan. Sungguh bantuan kalian amat bernilai. Semoga tuhan memudahkan urusan kita pada hari-hari mendatang.
0 orang pelajar bising:
Post a Comment