Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Orang kata bertemu dan berpisah tu lumrah dalam kehidupan. Ya, sebagai manusia biasa kita perlu hadapinya dengan tenang. Tapi, beratnya hati ni untuk menghadapinya dengan tenang. Entah la, mungkin diri semakin dewasa dan terlebih emosi.
Kalau dulu, tamat sahaja tingkatan lima sedikit pun tiada perasan sedih untuk berpisah dengan kawan-kawan. Mungkin terlalu excited untuk menempuh kehidupan yang baru di alam universiti sehingga perpisahan terjadi dan berlalu dengan begitu saja.
Dan, tamatnya pengajian di matrikulasi, perasaan sedih untuk berpisah dengan kawan-kawan tu ada tapi perasaan tu tak sehebat sekarang. Mungkin kehidupan selama kurang dari setahun di kolej matrikulasi kurang memberi erti dan nilai persahabatan. Bukan takda tapi kurang jika nak dibandingkan sekarang. Sekarang di universiti, persahabatan yang terjalin selama hampir empat tahun. Ya, persahabatan yang mengajar erti susah senang bersama. Saling bergantungan antara satu sama lain. Menyiapkan segala tugasan bersama. Mungkin dalam masa hampir empat tahun itu kita selalu tak sependapat, kita selalu mempunyai pemikiran berbeza tetapi percayalah, semuanya akan menjadi kenangan. Tak sangka, sungguh cepat masa berlalu.
"Jumpa lagi di lain masa..."
Sebelum ini, jika kawan-kawan bercerita mengenai perpisahan yang bakal terjadi, saya senyum saja. Sebab saya rasa tak sabar untuk menamatkan pengajian dengan cepat kerana lambakan tugas seorang pelajar yang membebankan. Tapi, bila ia semakin hampir, hati saya terusik. Tuhan, kuatkanlah hati saya menghadapi semua ini. Masa-masa yang kita lalui dulu tidak mungkin akan berulang lagi. Untuk berkumpul 49 orang ahli kelas bersama di lain masa agak mustahil kan? Oh, belum apa-apa lagi saya dah merindui saat-saat bersama.
Buat pensyarah-pensyarah yang dikasihi dan disegani, saya sentiasa doakan anda sihat-sihat saja dan dapat mencurahkan ilmu kepada yang lain. Sungguh didikan dan dorongan yang kalian berikan amat berharga. Buat seorang pensyarah yang baru sahaja pergi mengadap Ilahi, semoga puan tenang di sana. Saya masih ingat senyuman yang puan berikan beberapa minggu yang lepas. Semester lima lepas, saya sering singgah ke bilik puan untuk berkongsi masalah dan saya masih ingat puan selalu beri kata nasihat. terima kasih untuk segalanya.
Buat kawan-kawan, terima kasih kerana berkongsi segala ilmu dikala saya kebuntuan. Terima kasih kerana menjadi tempat saya meluahkan segala masalah. Terima kasih kerana bersabar dengan karenah saya. Saya akui, diri sememangnya tak sempurna. Saya mohon maaf atas segala kekurangan diri.
Ada rezeki, kita jumpa lagi di lain waktu. Jaga diri masing-masing. Ada khabar gembira, kongsi-kongsikan lah..Friendship forever. Saya sayang kamu semua sebab kamu semua telah mencipta kenangan untuk saya selama hampir empat tahun bersama. Moga jalan-jalan yang bakal kita tempuhi nanti dipermudahkan oleh Dia. Amin.
0 orang pelajar bising:
Post a Comment