Assalamualaikum dan salam
sejahtera..
Lama giler tak menulis kat sini
rasanya. Entry ini mungkin akan
menjadi entry yang panjang. Kalau korang
rasa tak nak baca baik blah awal-awal. Tak payah nak kutuk aku lebih-lebih. Well,
aku sekarang dah bergelar sebagai Pegawai Perkhidamatan Pendidikan Siswazah. Atau
lebih senang nak cakap, aku dah bergelar cikgu la. Bukan lagi teacher wannabe yang korang selalu beri
gelaran tuh. Straight to the point la
apa yang nak aku cerita. Aku bukannya pandai nak berbunga-bunga sangat. First time aku check penempatan aku kat website,
sangat berdebar-debar. Sebab apa? Sebab takutlah kalau-kalau aku dipostkan ke Sabah atau Sarawak. Well, memang rezeki aku kat sana. Belajarlah
untuk pasrah, redha dan terima apa yang telah ditetapkan untuk aku.
Ya, aku
akan dipostingkan ke Sabah. Berat
hati tak payah cakap la. Macam-macam ada kat kepala aku. Yang paling utama aku
akan berpisah jauh dengan keluarga. Tapi still
aku tak menangis on that time
macam sesetengah kawan yang lain. Tapi sedikit tenang pada masa tu disebabkan bestfriend forever aku pun akan posting
ke Sabah jugak. So, aku cuba
positifkan diri dengan harapan aku tak akan berpisah dengan bff aku tuh. Manalah tahu dapat kawasan
sama. Huh, berangan tak sudah.
Selasa malam, 25 Jun. Malam tu
lah aku dapat tahu yang aku akan dipostingkan
ke Sabah. Esoknya Rabu, mula la kecoh nak sediakan persiapan macam dokumen
perjalanan terhad, medical check up, akuan
sumpah, penyata kwsp, fotostat segala jenis dokumen dan sebagainya laa. Penat
tak payah cakap la. Dalam satu hari terpaksa siapkan segala keperluan untuk
bergelar guru di Sabah. Terasa pulak pengorbanan aku sangat besar. Khamis pulak,
aku masuk kerja macam biasa sebab nak hantar surat berhenti dan aku sangat-sangat
berat hati nak berpisah dengan officemate
aku yang sanggup susah senang selama tujuh bulan aku bekerja kat situ. Sedih
sangat. Berpisah jauh beribu batu nun jauh di negeri bawah bayu. Sobss..
1 Julai, kami guru yang baru
dilantik perlu melapor diri di Pearl
International Hotel. Taklimat segala jenis taklimat tapi aku tak fokus
sangat sebab hati sangat cuak duk pikir mana kena campak nanti kat Sabah. And aku nak share dengan korang, Pearl
International Hotel sangat best.
Makanan best, bilik best and sorrounding pun best.
Macam-macam kemudahan ada macam pasaraya, mesin atm, restoran fastfood, 7eleven dan pelbagai lagi
kedai yang boleh buat poket korang pokai. Kami bermalam kat sana semalaman
sebelum esoknya terbang ke Borneo. Well,
Borneo, here I come..(buat-buat ceria..)
Bergambar dengan my mom sebelum beliau bertolak balik ke Kelantan.
Miss you so much umi..
Senyum pun dah tak ikhlas..
Pearl International Hotel level 12th
2 Julai, seawal 5.30am lagi dah
turun untuk breakfast dan berkumpul
di lobi hotel untuk bergerak ke KLIA. Nasiblah, siapa yang flight awal, lagi awal la kena turun breakfast. Tiba di KLIA, kami diberi tiket flight ke KKIA. First time
aku sampai ke Kota Kinabalu dan first
time jugaklah aku menjejakkan kaki ke negeri dibawah bayu. Tak sangka pulak
akan jadi Sabahan.
Siap sedia even nervous. Jantung macam nak terkeluar memikirkan nasib yang akan ditempuh kelak.
Dah sampai Kota Kinabalu. Badan rasa sakit-sakit sebab angkut beg dari hotel ke bus sebelum sampai ke airport. Jisim lagguge aku dalam 17kg okay. Mana tak sakit badan. Tu tak kira dengan hand carry lagi. Gagah perkasa.
Sampai di KKIA, kami dibawa ke Ming Garden Hotel and Residences dan
menginap selama tiga hari dua malam. Ming
Garden Hotel pun best jugak. Not bad la. Tapi kalau bab makanan, aku pilih Pearl International Hotel la.
Kena dengan selera aku. Hoho.
Bilik aku dengan bff kat Ming Garden Hotel. Selesa. Toilet dia sangat seksi tak dapat lawan kat Pearl International Hotel. Hehe
Orientasi kat sini penuh dengan
pelbagai jenis taklimat. Yang paling aku suka sesi motivasi bersama dengan
seorang kaunselor yang berasal dari Kelantan tapi dah jadi lidah Sabah. Slot
lain-lain macam okay okay saja laa.
Sepanjang berada di Ming Garden Hotel tu
kan, aku selalu pikir mungkin waktu
dan saat tu saja la aku dapat bersama dengan bff aku tuh. Probability untuk
dipostingkan ke tempat yang sama
sangat kecil. Sedih. Hari-hari menangis tau bila pikir. Masuk je bilik, tarik comforter dan layan perasaan. Sedih
tuhan saja tahu. Dah la terpisah jauh dengan keluarga.
Cikgu Rabiatul & Cikgu Nurul.
Petang 3 Julai. Tiba masanya kami
diberitahu penempatan masing-masing. Sedih terpaksa berpisah jauh dengan bff. Lagi sedih bila call umi abah. Tipulah kalau kata aku
tak menangis. Dan aku tak malu untuk mengaku aku menangis beria sampai mata jadi
senak dan sakit kepala. Seriously yaww.
Malam terakhir di Ming Garden Hotel bersama
dengn bff sangat sedih. Esok masing-masing
terpaksa fly. Hug and kiss. Berpisah. Anyway, nanti aku inform korang aku posting kat mana. Aku belum sedia untuk share. Nanti bila aku dah pastikan aku dapat rumah sewa dan aku
selamat kat sini, aku akan share. Sorry
all. Aku tak nak korang risau.
What
are you waiting for? Doakan keselamatan dan kesejahteraan aku kat sini.
Byeee..