Wednesday, July 17, 2013

transport


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Aku kat sini kan takde siapa-siapa pun. Family jauhhh nun kat sana. Jauh dimata dekat dihati. Hoho.. Yang aku ada, seorang akak yang posting sama sekolah dengan aku. So, apa-apa hal, aku dengan dia aje lah. Nak dijadikan cerita, masa kami pergi sambutan hari  guru peringkat daerah hari tu, kami ada terjumpa dengan seorang akak nih. Nama dia Hayatun. Kami panggil Kak Atun aje. Kak Atun salah sorang penerima Anugerah Perkhidamatan Cemerlang pada hari tu. Congrats ya kak.


Kami kenal dengan Kak Atun pun sebab Kak Atun offer rumah sewa dia sebelum ni kepada kami sebab Kak Atun dapat pindah balik semenanjung after 5 years. Gila lah. 5 tahun kot. Menangis la aku kat sini nak tunggu 5 tahun. Sobs...


Then Kak Atun kenalkan kami dengan sorang pak cik taxi, Pak cik Hasan. Fuhh, akhirnya dapat jugak gerak naik taxi. Sebelum ni kami gerak naik kereta sapu tahu tak? Private car tuh. So scary. Bahaya la kan? Kalau taxi okay lah sket sebab berdaftar. Apa-apa hal, ada tempat nak pergi terjah. So, berkenalanlah kami dengan Pak cik Hasan.


Kak Atun cakap dia dah anggap Pak cik Hasan macam ayah dia sendiri. Kalau anak Kak Atun sakit, Pak cik Hasan la tolong bawak pergi klinik. Siang hari ke, malam hari ke, Kak Atun call dan mintak tolong kat Pak cik Hasan aje la. Hmm.. Tabah gila kot Kak Atun. Mana nak pergi mengajar lagi. Nak jaga anak dia dua orang tu lagi. Suami pulak kat semenanjung. Perghh..


Pak cik Hasan pulak cerita dia kenal Kak Atun masa mula-mula Kak Atun sampai sini. Kak Atun sorang diri. Pak cik Hasan la tolong Kak Atun. Bawak Kak Atun ke hulu ke hilir dari Kak Atun perawan (orang Sabah panggil anak dara tuh perawan la kot...hehe) sampai la sekarang dah anak dua.


So far, aku dah dua ke tiga kali eh naik taxi Pak cik Hasan. Ntah. Lupa dah. Macam tourist guide pun ada gak Pak cik Hasan nih. Okay, kat sini hospital, kat sana JPJ, kat sana lagi balai bomba. Bla bla bla..Macam tu la.. dari pemerhatian aku, Pak cik Hasan nampak baik. Tapi kalau aku cerita nih kat umi aku, mau kena sound. “jangan percaya sangat kat orang kita tak kenal..bla bla bla..” Tahan telinga.. kita beli kereta lah ye?


Till then, bye bye..


1 orang pelajar bising:

sherlina halim

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini