Sunday, August 4, 2013

posting ~

Assalamulaikum dan salam sejahtera..


Sekarang aku dah berada kat kampung. Bermaksud dah sebulah lah aku bergelar seorang cikgu dan sebulan lah aku berada di Sabah, negeri di bawah bayu.


Actually, ramai kawan-kawan tanya, aku posting kat mana? Bukan aku tak nak bagitau. Aku tak nak korang risau aku berada kat pedalaman ke, aku cukup makan ke, masyarakat sekeliling aku macam mana bla bla bla. Pada awal datang tempat posting tuh, aku berkira nak bagitau bila aku dah selamat dapat rumah sewa dan dah selesa dengan persekitaran sekolah. Tup tup bila dah semua okay, aku pulak busy dengan kehidupan seorang cikgu hehe tambah lagi bulan Ramadhan yang aku rasa masa amatlah singkat berada di Sabah dan masa untuk berWassap dengan kawan-kawan pun macam dah tak sempat. Hehe..Alasan kan?


Cuba korang fikir, aku berbukak puasa kat sana pukul 6.25. Masa tuh kawan aku kat semenanjung free tapi aku pulak yang sibuk melantak huhu. Then, bila dorang waktu berbukak puasa, aku pulak sibuk nak isya’ and terawih. Bila aku siap terawih, kawan kat semenanjung pulak nak g terawih. Dorang balik dah pukul 10pm. Aku kena buat lesson plan lagi, nak iron baju lagi, nak kena tido awal hoho. Pukul 3.30am dah nak kena bangun sahur. See, tak sempat kan nak berwassap dengan kawan kat semenanjung. Hihi.




See..



So, korang dah tengok tiket flight aku? Tu tiket mula-mula aku sampai Lahad Datu. Aku snap pic ingat nak send kat kawan-kawan. Tapi bila pikir balik, tak jadi. Sebab dah la aku tengah sedih dapat posting jauuuhhhh sangat. Lepas tu mesti kawan-kawan risau sebab aku dapat Lahad Datu. Kalau dorang tahu mesti dorang text cakap macam-macam. Lagi aku sedih. Tension kat sana sorang-sorang. Hehe. Aku paling tak boleh kalau aku tengah sedih, orang cakap sabar la sabar la..aisshhh. Duk diam diam sudahhh.



Kat bilik guru sekolah


So sekarang aku dah bagitau kan aku posting kat Lahad Datu. Tempat aku dengan kes bersejarah kat Felda Sahabat hari tu jauh. Aku kat bandar, dekat dengan airport Lahad Datu. Teringin la jugak nak melawat Felda Sahabat tuh,alang alang dah sampai Lahad Datu kan. Nak tengok kesan-kesan perang. Lagipun ada kawan-kawan yang posting kat Felda Sahabat  sana. Huhu.



So sekarang, korang dah tahu aku posting kat mana. Tak payah nak risau ke apa sebab aku pun selamat je kat sana. Dekat je dengan airport kalau korang nak datang. Tapi mesti korang tak nak datang kan? Mesti korang rasa tak secure. Hehe. Tak kesah la. Tapi yang first hari tu aku gerak dari KL ke Kota Kinabalu naik MAS. Korang pun tau kan kalau naik MAS, selesa dan layanan pun bagus. Then dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu pun naik MAS jugak. Tapi MASwing. Hehe. Flight kecik aje. Dua seat kiri dan dua seat kanan. Kat tengah-tengah tu, sorang je boleh jalan. Hoho. Masa aku nak turun dari MASwing tu, mak aihh pening kepala. Masa berdiri nak turun tu la baru rasa pening. Huhu. Ye la, flight kecik je. Langgar langgar awan pun rasa bergegar.



Aku tak kesah kalau posting jauh mana sekalipun janji aku nak ada flight dari tempat aku posting tuh terus ke Kota Bharu, tampat aku.  Tapi mustahil la kan dengan satu flight dah boleh sampai. Bajet Kota Bharu tuh international sangat ke?? Hehe. Jadi, kalau aku nak balik kampung dari Lahad Datu, aku kena ambik tiga flight. Contoh kalau aku ambek MAS, aku boleh gerak dari airport Lahad Datu yang 5 minit je dari rumah sewa aku ke Kota Kinabalu atau Sandakan. Then dari Kota Kinabalu contonya, baru aku ambik flight ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur baru boleh balik Kota Bharu. Itupun kalau aku ambik MAS. Boleh sampai terus ke Kota Bharu. Tak payah nak tukar-tukar airport macam kalau sampai KLIA, nak kena gerak ke LCCT pulak la kan kalau ambik AirAsia. Take time tahu nak balik kampung. Tu yang aku tension sangat. Kalau ambek 3 flight tuh dalam masa beza 2 jam antara flight pun masalah jugak. Kalau salah satu delay, mati la weh. So, nak tak nak kena jadi pak guard kat airport. Jaga airport sementara nak tunggu flight. Ada yang sampai bermalam kat airport jangan tak tahu pulakkk.



Semalam aku balik kampung tak amek flight dari Lahad Datu sebab tiket MAS melambung. Aku lambat beli tiket sebab ada problem dengan tarikh. So, aku ambek AirAsia. Kena naik kat airport Tawau la kalau AirAsia. So, aku kena amek taxi dari Lahad Datu ke Tawau. Harga rm150 untuk sebuah taxi dan its take about 2 to 3 hours untuk sampai Tawau. Boleh je aku ambek MASwing untuk ke Tawau tapi sampai sana kena gerak naik taxi jugak sebab tukar airport kan. So, decide ambek taxi je dari Lahad Datu. Boleh kenal kenal Sabah. Dari Lahad Datu kena limpas (lalu) Kunak dan Semporna dulu baru sampai Tawau. Semporna tu best sebab cantik. Dari Semporna boleh pergi pulau-pulau macam Mabul or Mataking. Lain-lain aku tak tahu. Maybe ada lagi kot. Jadi, kalau ada yang nak pergi Mabul Island, boleh call aku. Hahahha. Korang datang Tawau and dari sana gerak ke Semporna dalam 1 jam lebih je dah boleh sampai jeti. Boleh aku join sekali. Hehehe



Semporna..


So, aku sekarang bergelar cikgu dekat daerah Lahad Datu. Thank you and bye. Selamat hari raya maaf zahir batin. 


Rindu kawan-kawan


2 orang pelajar bising:

Ibung

eh? maswing dr LD ke TWU kena tukar epot? xkot.. rasanya tawau tu ada satu jer epot..hehe..

sherlina halim

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini