Thursday, June 30, 2011

bila seorang perempuan berubah status diri



salam...


1st of all, selamat pengantin baru buat teman, sahabat, kawan saya di dalam gambar di bawah. selamat melangkah ke alam baru dear. jaga sikap, jaga tingkah laku jaga nama baik keluarga. kamu akan berubah dari status single ke married by tomorrow. saya doakan kamu.






inilah kawan saya yang bakal bergelar pengantin esok.



tapi saya sedih. sedih sebab saya sekarang di kuantan dan kawan saya akan akad esok di kelantan. tak dapat nak ada bersama ketika akad nikah. sangat sedih. kawan-kawan yang lain berkumpul di majlis esok. tapi saya? saya ke sekolah esok dan menjalankan rutin harian seperti biasalah.



bila salah seorang dari kawan kita akan berubah status, yang lain secara automatik akan mendapat soalan cepu emas.



 "kamu bila lagi?"



saya? 
saya belum bersedia. 



yes, i'm 23 but bagi saya bila sudah berubah status, banyak tanggungjawab kena fikir. kalau dulu kita sebagai seorang anak, tanggungjawab hanya ada pada kedua ibubapa dan keluarga kita sahaja. tapi bila sudah mempunyai keluarga sendiri, tanggungjawab semakin bertambah. tanggungjawab sebagai seorang isteri, tanggungjawab kepada keluarga, tanggungjawab kepada keluarga suami dan mungkin akan bergelar seorang ibu. belum tambah tanggungjawab seorang guru lagi. hehhe



jadi, kalau lihat tentang apa yang saya fikirkan sekarang, saya dapat conclude bahawa saya belum bersedia. kalau someone yang betul-betul bersedia, mungkin takkan berfikiran begini kan? tapi tak tahulah kalau-kalau esok boleh berubah fikiran. kitakan manusia biasa. segalanya Dia yang tentukan.



bagi saya, dalam hidup ni satu sahaja yang penting. tanggungjawab. yes, kalau kita sedar tentang apa yang menjadi  tanggungjawab kita dalam hidup ni, everything is gonna be alrite. tanggungjwab sebagai anak, tanggungjawab sebagai isteri, tanggungjawab sebagai ibu, tanggungjawab sebagai anak, tanggungjawab sebagai hamba kepada sang pencipta dan sebagainya.


fikir-fikirkan lah.