Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Apa ke jadahnya tiba-tiba saya tanya hubungan di antara timun dengan satay? okay, ini bukan cerita kartun yang menceritakan tentang persahabatan baik antara timun dengan satay. bukan okay. dan jugak jangan salah sangka. saya bukan nak promote satay or so whatever. saya cuma nak share satu tips kat sini. mungkin ada yang dah tahu. tapi buat yang belum tahu, boleh teruskan pembacaan.
selalu kalau kita tapau or makan satay kat kedai, mesti penjual tu akan kasi timun dengan bawang sekali. benda-benda tu bukan sekadar hiasan untuk mencantikkan pinggan tau. ada fungsi tersendiri jugak tuh. jangan pandang sebelah mata saja tau kat timun dan bawang tu.
kalau lepas makan satay jangan lupa pulak makan timun selepasnya. atau lebih senang, makan je sekaligus. sebabnya, satay tu kan perlu dibakar sebelum dimakan dan hasil pembakaran arang yang ada pada satay tu salah satunya karbon. makanan berkarbon (dibakar) ni bersifat karsinogen, pemangkin kepada pembentukan kanser. jadi, makanan yang bersifat anti kanser seperti timun sangat sesuai untuk menyeimbangkan kembali kesan dari karsinogen tadi tu. hmm, faedah bawang tu saya tak sure sangat la. tapi ada yang cakap bawang tu tujuan dia untuk kurangkan kolestrol. anyway, apa-apa tun, untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh je google kan? saya just kasi point penting saja. well, biasa la. kata teacher wannabe. huhu
last but not least, if you all eat satay, don't ever forget to eat the cucumber okayh. satay has carcinogen but cucumber is anti-carcinogenic. kira okayh la tu kan. macam 0-0 je. makan makan jugak, kesihatan kena ambik peduli. till then..