Tuesday, November 15, 2011

tengok draf jadual exam rasa macam nak pengsan !


tengok member post macam-macam kat facebook bercakap pasal jadual exam, saya pun naik cuak. lup dup lup dup. itu bunyi jantung kan? lepas tuh terus terlintas kat kepala..



"eh eh, saya punya jadual exam macam mana?  marvellous tak marvellous tak??"



memang marvellous you all... tersusun macam atom dalam crystalline tuh..




3/01 (selasa) SFT 3033/ TFA 3033 mechanic (2.30 pm)
4/01 (rabu) SFT 3053/ TFA 3052 Solid state physics  (2.30pm)
6/01 (jumaat ) TKA 2013/SKA3013 analytical chemistry (9.00am)
7/01 (sabtu ) TKT 2023/SKT 3013 inorganic chemistry (2.30pm)


tengok jadual orang lain macam heaven la jugak. selang-selang hari. boleh la study sampai huh nak angkat kepala pun rasa macam buang masa. tunduk tengok buku 24 hours. huh, jealous jugak sket.




lepas tengok jadual exam, rasa pening-pening macam nak pengsan. bantal mana bantal? nak pengsan ni haihhhhhh...



footnote : semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya..amin !

0 orang pelajar bising: