Assalamualaikum dan salam sejahtera..
ramai orang tanya, apa tujuan ber"blog"? well, lain orang lain cara. bila kita blogwalking, macam-macam jenis blog kita akan jumpa. macam-macam jenis cerita macam-macam maklumat kita akan lihat. dan juga macam-macam jenis bahasa penulisan. hmm, bukan bahasa macam bahasa tamil bahasa melayu tu. I mean, bahasa rempit o bahasa comel bak kata Anwar Hadi tu kan. tak kisah la macam mana pun bentuk blog yang kita jumpa, kalau tak suka cepat-cepat klik X, close window laju-laju sebelum termengumpat sana sini. ke macam mana?
Blog yang selalu menjadi pilihan girl-girl rasanya blogspot blogshop la kot. "owh ini cantik itu cantik ini lagi cantik"..haa gitu. kalau tengok kawan-kawan sekeliling memang selalu la jengok blogshop. beli tak beli barangan yang jual kat blog tu lain kira la. kadang-kadang blogshop tu jadi sumber rujukan je kot. kiranya nak tahu perkembangan fesyen terkini je la. tak order pun tapi nanti try cari sendiri barangan tersebut di mall ataupun mana-mana kedai. ye la, kadang-kadang beli online ni kan ada postage. harga pun lain la jadinya. lagi satu, kalau beli baju la kan, kualiti kain dan saiz pun kadang-kadang menjadi satu masalah jugak.
haa, yang tu salah satu jenis blog menarik yang selalu jumpa la. tak termasuk lagi blog yang ada share maklumat, info-info menarik, current issues, novel, cerpen, movie, tutorial, dan sebagainya la. tapi kalau tanya saya, kenapa saya ber'blog', saya pun macam tak tahu nak jawap apa kot.
saya menulis di blog sekadar suka-suka saja. kadang-kadang dah jadi macam diari. tapi tak semua entry saya menceritakan tentang kehidupan saya. ada juga kot entry-entry bermaklumat yang saya sampaikan. tapi tak banyak la. ini la orang kata blog rojak. yes, blog saya adalah blog rojak. rojak kalau makan sedap jugak. eh..
tapi kan, kalau perasan ramai kot yang menjadikan blog sebagai diari. pada yang tak suka, saya tak pernah paksa anda untuk jengok ke blog saya yang tak seberapa ni. macam saya cakap tadi saya ber'blog' sekadar suka-suka. saya menulis setiap entry yang ada untuk suka-suka sahaja. suatu hari nanti bila usia semakin bertambah, saya sendiri akan view blog saya. saya boleh melihat macam mana perubahan kehidupan saya. saya boleh kenangkan setiap gambar yang ada especially bersama kawan-kawan semasa alam pengajian. suatu hari nanti mungkin saya akan merindui detik itu. eh tiba-tiba touching.
okay okay tak perlu touching touching. bercerita mengenai blog ni, actually saya suka stalk blog ala-ala diari ni. macam ada satu blog tu * tak perlu mention blog siapa sebab saya segan saya tak follow tapi hanya stalk dari jauh saja..okay blog ni kira blog mak mak la sebab owner blog ni dah pun ada baby. why I always stalk that mum's blog? sebab, saya suka. eh reason cliche. saya suka baca sebab kadang-kadang nampak saja macam diari tapi ada info jugak la. macam kalau dia bercerita mengenai baby dia tak suka makan and then mesti la dia bercerita mengenai usaha dia untuk cari penyelesaian masalah baby dia tu. ada jugak info kat situ kan? salah satu contoh la tu kan..memang saya fail bab kasi contoh nih..huhu.
hmm, apa yang tak bestnya blog, bila ada yang menjadikan blog tempat luahan perasaan. kalau luah perasaan yang gembira dan sedih tu kira ok lagi la. ni tak, jadikan blog tempat meluahkan perasaan marah. dah tu siap mencarut lagi.well, ingat-ingat la. setiap apa yang kita tulis tu mencerminkan diri kita kan?

kat blog pun boleh kita lihat life cycle kita jugak. tak gitu??
0 orang pelajar bising:
Post a Comment