Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya dah lama nak cakap pasal ni. Rasa macam takda la penting sangat. Ingat nak pandang sebelah mata saja sambil pakai shades dan berlalu begitu sahaja tapi bila ada kawan-kawan yang prihatin bertanya, "eh blog kau tu ada ruangan untuk cari jodoh ke?" What what what? Eh, tak pernah tahu saya letak gambar lelaki-lelaki terhangat di pasaran untuk dijadikan jodoh. Okay yang ni single. Yang ni dah single dua tahun lepas. Yang ni pulak gaji RM10K. Yang ni jujur, tinggi, badan tough tapi dah berkeluarga. Tak pernah kan? Eh, ke ada ek?
Cuba perhatikan layout blog saya. Macam takda apa yang menarik kan? Eh, cuba tengok sebelah kiri sebelah tepi sekali. Ada iklan "my jodoh". Bukankah itu menarik? Argghhhh (tanda tension). Eh, segan la pulak ada iklan macam tuh kat blog sendiri. Kalau tengok iklan sebegitu kat blog orang lain pun saya boleh senyum kih3 senyap-senyap. Sebelum ni iklan tu just tulis 'my jodoh' je tapi sekarang makin maju dan dah jumpa jodoh. Siap gambar kahwin lagi.
Sendiri punya jodoh pun belum tentu, tetiba ada iklan cari-cari jodoh. Eh, ke iklan tu nak tujukan kat saya? Dah lama dah iklan tu kat situ. Before saya tukar layout pun dah ada. Sebelum ni tak pernah terbukak hati nak tahu pasal iklan tu dan baru sebentar tadi buat kali pertama saya menjengah ke 'my jodoh'. Memang sah ruangan cari jodoh. Harap ada miracle esok bangun pagi dah takda iklan tu. Ha3.
Setakat ni saya tak pernah register nuffnang untuk siarkan iklan-iklan yang berkaitan. Tak tahu la pulak kalau kalau memang dekat blogspot ni boleh siarkan iklan-iklan kan? Saya pun bukan tahu sangat pasal ni. Tapi bila kawan-kawan tanya, boleh jadi er er jugak la kan. Buat kawan-kawan, anggaplah iklan tu tumbuh selepas hujan renyai-renyai dua tahun lepas. Okay? Oh, sebelum lupa saya nak promo 'my jodoh' hahahha...
yang ni jujur, gaji RM10K, baik dan tough tapi sudah berkeluarga.
yang ni jujur, bertanggungjawap dan body tough juga.
Sudah berkeluarga anak tiga.
Ada yang berkenan? Kalau ye, boleh la daftar kayh !
0 orang pelajar bising:
Post a Comment