Friday, December 2, 2011

FACT : your pupils dilate when you see the person you are attracted to.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


lama tak jengok blog. nak kata busy, tak sedap sangatlah bagi alasan macam tuh. cliche sangat kan? actually, lappy kena serangan Trojan super kuat caused certain page tak boleh loading termasuklah blogspot. hati pun bimbang la sebab lappy jadi lemah lepas tuh blog tak boleh nak sign in.."eh kenapa semua jadi begini, kenapa?" terngiang ngiang lagu zizan kat kepala. eh tak boleh la take for granted kan? nanti lappy makin nazak.  tesis belum siap tahu? gigih la meredah hujan ala-ala drama melayu ke kedai membawa lappy.



okay, itu opening saja. hari ni nak bercerita mengenai mata. ya, dari mata turun ke hati. kalau sebelum ni, saya ada mengajar students saya form 4 etika bagi subjek sains mengenai mata. ya anak-anak sekalian, kalau sebelum ini saya mengajar anak mata kita akan mengecil apabila kita berada di tempat yang bercahaya dan anak mata kita akan membesar apabila kita berada di tempat yang gelap. okay itu semua fakta. bukan auta. itu fakta pada zaman persekolahan. once kamu semua dah transit ke zaman after persekolahan fakta tersebut akan berubah.



FAKTA DI ALAM PERSEKOLAHAN :
the pupils usually constrict (get smaller) when you shine light into it and they dilate (get bigger) when is dark.
-
-
-
-
-

FAKTA SELEPAS ALAM PERSEKOLAHAN :
the pupils of our eyes dilate and grow larger when we see someone we're attracted to.






see see. nampak tak perbezaan antara dua fakta yang menarik tu. fakta pun boleh berubah mengikut zaman tau. meh sini kita belajar ya anak-anak sekalian. kalau dulu saya ajar kamu fakta di alam persekolahan dan sekarang mari kita belajar fakta selepas alam persekolahan. orang kata kalau kita tengok atau berdepan dengan orang yang kita suka, hati kita berdebar-debar auuw auuw macam gitu kan? erk, apa kaitan berdebar dengan mata? ah sudah tak ingat fakta dah.



okay, start semula. bila kita melihat orang yang kita suka, anak mata kita secara automatik akan membesar. tindakbalas dari sistem saraf yang mengawal otot iris kepada ransangan meyebabkan pengembangan anak mata yang tidak sekata itulah menyebabkan anak mata kita membesar. lagi satu, anak mata kita juga akan membesar jika kita melihat sesuatu yang menyeronokkan. macam teruja la kot. okay-okay, kalau nak further info, you all can ask google kayh. macam biasa la. tak boleh nak suap semua.





cuba tengok perbezaan antara dua bijik mata tu. nampak tak? kalau tak nampak pergi lari laju-laju ambik spek power ribu riban tuh tengok. perhatikan bulat hitam kat tengah-tengah tu. yang kiri tu anak mata dia kecik kalau nak banding dengan yang kanan tu. dengan kata lainnya, mata yang kanan tuh ngah syok duk usha awek la kan? betul tak? ke macam mana?


okay la. till then bye bye !

0 orang pelajar bising: