assalamualaikum, salam sejahtera..
straight to the point sebab tak reti nak buat opening cun cun macam orang lain. lately, selalu terbaca status kat FB mengenai cinta. yes C I N T A we pronounce it as cinta. hmm, mungkin umur diri sendiri dan juga umur kawan-kawan sekeliling sudah ke arah tersebut. mungkin. dan masing-masing mula menyarungkan cincin dijari. tapi saya sudah lama sarungkan cincin dijari sejak sekolah. okay fine, saya tahu itu tak bermakna apa-apa kan?
" seronokkan bila dah kahwin nanti, suami tolong isteri masak kemas rumah, isteri merajuk suami pujuk,.." glurrpp, tertelan air liur tersedak-sedak bila baca status macam tu kat FB. okay fine la fine. tak salah kot kalau nak berangan. nak pasang impian memang tak salah. tak perlu bayaran pun kan? tapi perlu ingat, hidup ni tak seperti yang diharapkan.
kadang-kadang 'something' yang sudah ada dalam genggaman pun boleh hilang sekelip mata. apalagi yang belum dicapai. entah la. saya tak rasa hidup berumah tangga itu akan sentiasa manis. kadang-kadang tak setuju jugak bila ada yang selalu membayangkan kehidupan berumahtangga sangat sweet. hmm, mungkin mereka terlalu yakin dengan pasangan dan yakin kehidupan sebegitu akan menanti. tapi ingatlah bahawa jatuh bangun kehidupan itu memberi kita pengalaman dan menjadikan kita lebih matang.
life is sweet as candy?
kenapa saya berpendapat kehidupan berumahtangga tak semanis seperti yang diimpikan dan diharap-harapkan? hmm, kadang-kadang kita tak berpeluang untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam. mungkin secara surface sahaja. jadi, baik buruk pasangan belum terserlah. bila kita mengharapkan sesuatu yang lebih dari apa yang pasangan mampu berikan, kehidupan tidak lagi semanis yang diharapkan. kalau betul kedua pihak saling bertolak ansur sekalipun, mungkin ada badai kehidupan yang lain akan tiba. kewangan, kesihatan dan sebagainya pun boleh menjadi punca kan? well, this is my opinion la. saya belum ada pengalaman dan berpendapat berdasarkan observation sahaja. terpulang untuk setuju ke tidak.
tipulah kalau kata kita tak mengharapkan yang terbaik dari pasangan. kalau yang perempuan, paling tidak mengharapkan pasangan dapat menjadi imam. tapi macam mana kalau terjadi nanti si pasangan tidak dapat tunaikan hasrat di hati. malah lebih parah, si isteri pulak yang terpaksa memujuk dan membentangkan sejadah buat si suami. ini realiti kan?
"THE PAST TENSE OF MARRIAGE IS DIVORCE "
the past tense of marriage is divorce? terkedu bila ada yang berpendapat sedemikian. whatever la kan. the most important thing, banyak tanggungjawab yang menanti dalam kehidupan berumahtangga. sweet sweet jugak tapi yang ni jangan lupa nak fikir. okay, till then, moga bahagia selalu !
4 orang pelajar bising:
i like this post cikgu :)
huhu...tq dear
len org len pndpt..
mungkin ada yg xstuju kot.
cikgu2. kahwin tu macam main kahwin2 eh??? betul ke cikgu??
mana ada...keh3..
main kahwin2 tuh semuanya happy2 je kan..
kahwin btol2 mne ada smua happy...
Post a Comment