Thursday, December 22, 2011

kad kahwin


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tadi jalan-jalan lepas tu tersinggah satu blog. Blogger tu ada update pasal kad kahwin ni. Apa yang menarik perhatian ialah kad kahwin ni lain dari yang lain. Boleh dikatakan unik la. Ya la, orang sekarang pakat cari kelainan kan. Tak gitu? 




Cuba tengok gambar atas tuh. Macam buku tulis kan? Padahal cover depan kad kahwin. Kreatif kan. Cantik.  Bakal-bakal guru dan guru-guru memang sesuai la pakai kad kahwin macam ni. Auuuwww..Saya pun bakal guru. Yang bukan cikgu pun boleh. Mana la tahu kan, nak imbas detik-detik berkenalan dengan pasangan sejak dari bangku sekolah kan? Macam ada yang kenal kat facebook, terus kad kahwin pun ala-ala facebook.




Yang ni isi dalam kad kahwin. Segala butir-butir maklumat macam tarikh, nama pengantin, alamat, nombor telefon semua ada kat dalam tu. Siap ada garis-garis lagi. Sebijik macam buku tulis. Cantik kan? Dah sepuluh kali dah cakap cantik cantik. Memang suka la tu.





Yang ni pulak peta ke rumah pengantin. Macam conteng-conteng pakai pen saja. Kalau nak jimat, boleh kot beli buku tulis sendiri. Huhuhu..Buku yang 40 muka surat 50sen saja kot sekarang. Ke harga dia berapa sekarang?





Cover belakang ada hukum perkahwinan dalam islam. Kalau buku latihan yang betul ada rukun negara kat belakang dia kan? Kira sesuai la letak hukum perkahwinan kat situ. Boleh jugak share info dengan orang ramai. Nak tambah letak sifir pun boleh. 



So, ada yang berkenan?



kredit to http://rinastories.blogspot.com/