Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekarang ni kan banyak fesyen tudung yang bermacam-macam gaya kan? cantik dan comel-comel je. Tengok saja la kat facebook dan blog kawan-kawan macam-macam fesyen ada. gorgeous belaka. makin cantik auuuw auuuw gitu. saya suka tengok girl-girl fashionista ni sebab mereka cantik dan daring mencuba macam-macam fesyen. eh eh, jangan fikir pelik okay. saya suka tengok mereka berfesyen je. tak bermakna saya suka macam nak usha usha kenyit kenyit mata eh nombor phone apa ek? haa bukan gitu tau...
Dalam banyak-banyak fesyen bertudung ni, saya paling suka tengok perempuan pakai tudung bawal saja. Sebab saya rasa simple dan sweet gitu. Itu pendapat saya la. Pendapat orang lain saya tak tahu. Lepas tu kan, saya pun mula la merajinkan diri untuk pakai tudung bawal setiap kali pergi ke kelas bajet boleh nampak simple dan sweet macam mereka-mereka tuh..Bajet saja la.. Tapi, kalau dah selalu lambat ke kelas, tudung instant jugak yang saya rembat. Terus tak leh feeling ala-ala simple dan sweet macam Datin Norjuma.
Yang dalam gambar kat atas tu Datin Norjuma la. She is very beautiful. Adore sungguh la. Cantik sangat. Simple tapi sweet kan. Sepuluh kali dah kot asyik duk cakap simple and sweet ni. Tapi kan, kalau tengok orang lain pakai tudung instant tu nampak okay je. Cantik. Tapi bila saya pakai, terus saya jadi tak yakin. Self confident merudum jatuh. Rasa macam makcik makcik pun ada juga. Tapi makcik lagi cantik. Eh, bukan kata makcik tak cantik, tapi bila pakai tudung instant saya rasa macam..erk macam berusia macam mak mak gitu.
Yang ni Datin Norjuma jugak. Kabur je gambar ni tapi nak letak jugak sebab dia cantik sangat. Sekarang Datin Juma ada brand tudung bawal dia sendiri. Brand Aidijuma. Haaa, kalau kalau siapa nak feeling feeling cantik dan cun melecun macam Datin Juma, boleh la beli tudung tu. Pakai je terus rasa cantik macam Datin Juma gitu.
Gambar yang kat atas tu pulak Aida Gadis Melayu. Saya rasa dia pun peminat tudung bawal. Sebab banyak gambar dia menggayakan tudung bawal. Cantik. Yang lecehnya pakai tudung bawal ni sebab kena iron je la kan? Lepas tu kat bahagian muka tu kena iron betul-betul kalau tak arrghhh tension. Terus hilang bayangan Datin Juma dari kepala.
See see nampak innocent je kan? Sesiapa berhajat nak berjumpa dengan bakal mak mentua boleh la bertudung bawal. Nampak lemah lembut je. Mak mentua nak reject pun macam fikir sepuluh kali sebab tak sampai hati. gitu...
okaylah, sekarang boleh iron tudung banyak-banyak terus.
9 orang pelajar bising:
solehah pun rsa mcm tu jugak klau pkai tudg instant..tp tgk org lain pakai okei je.hihi!xsmpai 10 kali kot pkai tudg instant..kehkehkeh.
eh kita sama la..
hehhe
tetiba rasa nk cinta gadis-gadis bertudung bawal. eh... hahah
eh..pulak..
teacher kalu pakai tudung apee pun , tetap maintain comel laa teacher .
bodek latewww..huhu..
kalo stdnts yg pkai bju skola lg comel2, gituu..
hahaha haduihh teacher nieyh . pujii tuh ikhlas laa . teacher pakai paee pun tetap maintain cute ! even kalu teacher punn pakai baju skolah samesame nan kitorang lagii cute ! cunn abiss .
ececece...
tak rindu Sekola bkt rangin ke??
kot2 la xnmpak da bukit rangin sbb trhalang ng gunung kinabalu kan..hehehe
bukitt rangin ? hee ~ rindu laa
mane bolee ta rinduu . sekolah kesayangan tuh .
aisyeman teacher , mcm perli jea . tapeetapee yang penting tetap dekatt di hati ! heheheh
*haduihhteacherskodengblogsayekea?maluumaluumaluu*
Post a Comment