Saturday, July 30, 2011

permata camar



salam.
jumaat, 29 julai 2011.



my friends and I, as a trainee teacher berkesempatan mengikuti majlis tahlil di rumah anak yatim permata camar bersama guru-guru dan staf-staf SMKBR dan juga lebih kurang 30 orang pelajar SMKBR.





seronok.




sebelum azan maghrib, kami tiba di permata camar. 
sungguh tenang suasana di sana. 
solat maghrib dan isya' bersama, bacaan yasin dan makan bersama.














sebagai guru pelatih, 
satu lagi kenangan telah tercipta sebelum saya menamatkan praktikum saya. 

Friday, July 29, 2011

haji dan hajah SMKBR



salam..


hari ini saya berkesempatan mengikuti amali haji di sekolah. hari ni memang saya takda kelas, tapi sayang saya tak dapat ikuti amali ni dari mula sebab pagi saya ada relief. 



bila join students form 4 and form 5 amali haji, teringat zaman persekolahan saya dulu. saya pernah ambik subjek pendidikan syariah islamiah dan my formal school dulu pun pernah buat amali haji. seronok. at least, kita bukan sahaja belajar secara teori tapi ada amali sekali. 




tapi apa yang tak bestnya, dalam ramai-ramai students tu, ada yang buat secara main-main saja. time amali melontar, bukan main mereka lontar-lontar batu. disaster sangat. takut saya nak dekat. nak snap photo? jangan harap ah. nanti ada batu singgah kat kepala. tapi, yang serius nak belajar tu bagus la kan? salute ah kat mereka yang buat betul-betul tuh.



okaylah, salah satu kenangan saya as a trainee teacher pada hari ni..29th july 2011..



















thanks yaww cause sudi bergambar dengan pakaian ala-ala pakaian ihram.


nota kaki :
baru balik dari majlis tahlil yang berlangsung di rumah anak yatim permata camar.

Thursday, July 28, 2011

25 tahun mencari cinta



salam



29th July 2011, my beloved makcik sepupu akan diakad nikahkan. dan specialnya, tarikh ni jatuh pada hari jumaat dan juga merupakan tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-25.




happy birthday dear.




dan





selamat menempuh alam baru. selamat pengantin baru. barakallahulakuma. amin.






my makcik sepupu is wearing a blue baju kurung while yellow kebaya is me. and the center is syaza qistina.





last year in memory




nota kaki:
saya berduka cita kerana tidak dapat pulang untuk bersama menyaksikan majlis akad nikah my makcik sepupu a.k.a my bestfriend.

Tuesday, July 26, 2011

a little bit confius



salam..


balik sekolah terus saja online. bila pening-pening, bila ada masalah, bila ada berita gembira, semua saya conteng disini. tak kisah la ada orang peduli ke tidak dengan kisah-kisah saya. yang penting, suatu hari nanti saya sendiri yang akan baca dan tersenyum sendiri mengimbas kembali hari-hari saya yang berlalu. well, inilah yang dinamakan rangkap kehidupan.



actually, saya semakin hari semakin keliru dengan sikap dan perangai sesetengah pelajar saya sendiri. i dont know why but i can see it clearly day after day. entahlah. apa masalah mereka dan apa masalah saya sebenarnya?



kadang-kadang, bila students saya bising dalam kelas, of course saya akan tegur. tapi bila suatu masa student yang sama yang selalu bising-bising dalam kelas tiba-tiba menjadi seorang yang pendiam dan hanya cakap perkara yang perlu sahaja terhadap saya menyebabkan saya berasa semakin pelik. pada waktu student tersebut bising, saya tegur. dan bila student tu diam saya rasa pelik. apa masalah dia ataupun saya yang bermasalah kerana terlalu memikirkan kenapa student tersebut jadi sedemikian? atau, mungkin student itu tidak boleh terima cara saya mengajar? but he's perform well. saya ada risik-risik dengan cikgu lain yang mengajar kelas yang sama tentang sikap students saya tu dan saya dapat tahu 'student' itu bukanlah seorang yang pendiam. owh, he's make me dizzy!



dan, sudah beberapakali saya berpesan kepada mereka, kalau tak faham, sila datang jumpa saya. tapi entahlah. mungkin mereka sendiri tidak tahu mana satu yang mereka tidak faham. bagi saya, jika kita selalu buat latihan, jawap soalan past year, baru kita akan tahu apa yang kita tidak tahu sebenarnya. nak tunggu mereka datang jumpa saya? jangan harap la. so, terpaksalah saya tukar plan. saya cuba yang terbaik untuk membantu mereka. sebab saya tahu, sesetengah parents mengharapkan yang terbaik daripada anak-anak mereka tanpa memikirkan tahap kemampuan anak-anak. dan saya tak nak ada dalam kalangan students saya yang termenung panjang bila memikirkan cara untuk menunjukkan report card kat parents nanti. dan parents, tolonglah fahami anak-anak juga.




bilangan students yang melebihi 30 orang dalam satu kelas menyebabkan keadaan kelas sedikit tidak terkawal. nak-nak lagi jika kebanyakan students adalah aktif-aktif belaka, bersuara macam dinosour dan terdiri dari mereka yang menengah rendah. saya akui, saya belum sepenuhnya dapat mengawal kelas dengan baik.  



okaylah. itu sajalah kot buat masa sekarang. lesson plan for tomorrow belum rancang apa-apa lagi. tapi esok after waktu rehat, P&P tak ada sebab ada hari kelab dan persatuan. yeay, boleh enjoy!!!


Tuesday, July 19, 2011

hari sukan sekolah saya


salam..hye !


tajuk macam nak buat karangan UPSR je. tapi takpe kan? memang nak jadikan kenangan kat sini mengenai hari sukan sekolah saya which is hari sukan sekolah menengah kebangsaan bukit rangin. eh, its not a hari sukan la but more kepada hari kejohanan olahraga sekolah. 


rumah sukan saya ialah BENDAHARA. kenapa tiba-tiba caps lock kan bendahara? entah la. mungkin terlebih bangga dengan pasukan sendiri kot. overall, bendahara bukanlah juara tapi second place saja. dont care what people said, saya tetap bangga dengan bendahara.


seminggu sebelum berlangsungnya kejohanan olahraga tu, setiap petang memang wajiblah saya ke sekolah bagi latihan perbarisan. and paling tak sangka kumpulan perbarisan bendahara mendapat tempat kedua. berbaloilah kan? okaylah, aktiviti lain-lain malas nak ceritalah sebab tugas saya memang menyediakan pasukan perbarisan sahaja. tugas-tugas lain sekadar saya membantu sajalah.





inilah pasukan perbarisan rumah bendahara yaww. nampak tak maskot dalam gambar tuh? maskot ayam. 
har har har. cute tak?



yang ini pulak perbarisan rumah laksamana. yang ni la menang tuh. maskot dia macam maharaja tuh. boleh panggil maskot tak?





yang ni pulak maskot rumah temenggung. maskot la kot. dari kiri, jin, aladin dan jasmin




under the sunlight..




ini rumah bendahara. sila rujuk gambar rumah. simple. third place bagi pertandingan hias rumah sukan.




yang ni rumah temenggung. hehe. second place pertandingan hias rumah sukan.




yang ni syahbandar punya.





yang ni laksamana punya. terbaik.


okaylah. ini pengalaman sambutan kejohanan olahraga saya setelah hampir lima tahun meninggalkan zaman persekolah saya yang gilang gemilang. hehehe 


Sunday, July 17, 2011

lain kali jangan jadi raksasa lagi boleh tak?



salam...


meh sini saya nak bagitahu rahsia. orang kata kalau rahsia mana bleh share kan? tapi, xpe la, sharing is caring what?



okay, tanggal 15 julai.. 
saya tak tahu kenapa dan mengapa students saya jadi macam raksasa ketika aktiviti pembelajaran dan pembelajaran berlangsung. bukan setakat raksasa lah. dinosaur pun ada jugak. terlebih makan kot time rehat. hari tu je deorang jadi macam raksasa, biasanya ok je. baik-baik dan comel-comel je.



bila dah jadi macam raksasa, mereka mulalah tak dapat fokus dalam kelas. bila diberi latihan untuk dijawap, mereka jadi aktif semacam. borak-borak, baca paper la, buat kerja lain la..bila saya ke depan, yang belakang jadi raksasa dan  bila saya ke belakang, yang depan pulak jadi dinosaur. biasalah, kalau revision kan kena jawap-jawap soalan, jadi cikgu tak cukup kaki berjalan ke depan ke belakang. kadang-kadang boleh sampai meroyan jugaklah.



geram sangat dengan peragai deorang, cikgu mulalah hot. yes, i admit that i tak sepatutnya hot macam tu. tapi, tak tau lah. hari tu macam ada something tak kena je. kalau ikutkan hati memang nak je kua kelas 30minutes awal before kelas tamat. tapi fikir-fikir macam tak elok lah buat macam tu. i should be profesional kan?




and then bila dah macam tak boleh nak sabar, dekat-dekat P&P tamat, saya terus kua tanpa sempat deorang nak bangun and say thank you kat cikgu. yes, cikgu memang emo sket hari tu. sorry la my dear students ye. i'm so sorry.



hmm, saya dapat tahu bila saya kua macam tu je hari tu, ada dalam kalangan mereka yang mula rasa bersalah. ada yang datang jumpa saya personally and mintak maaf. hehehe..nak gelak pon ada jugak bila mereka datang mintak maaf. sungguh comel. tahu pulak nak rasa bersalah. 



"cikgu, saya mintak maaf. tadi dalam kelas saya borak"

"cikgu, saya mintak maaf.  tadi dalam kelas saya buat latihan add mate"

"cikgu, saya mintak maaf. tadi dalam kelas saya duduk kat tempat orang lain"

"cikgu saya mintak maaf. tadi dalam kelas saya tak fokus"

"cikgu, saya mintak maaf. tadi dalam kelas saya tinggikan suara"



sangat comel. semua kesalahan yang mereka buat, mereka beria mengaku bila datang jumpa saya. padahal saya tak nampak pun mereka yang buat latihan add mate. saya tak dengar pun mereka tinggikan suara dalam kelas. 



tapi kalau dak pempuan yang comel-comel tu pulak bila datang jumpa, they keep asking me, "cikgu, kenapa cikgu kua cepat-cepat tadi?" yeahh, deorang memang tak bersalah thats why deoarng tak perlu mintak maaf. kesian pulak. mereka serius nak belajar. 



saya cuma bengang dengan beberapa perkara saja. hmm, fikir-fikir balik, maybe saya jugak bersalah dalam hal ni. expectation saya pada deorang sangat tinggi. saya nak deorang boleh jawap semua soalan in the worksheet that i provided to them. sedangkan saya tak pernah fikir tahap kemampuan mereka. dengan P&P yang dihujung waktu persekolahan. mungkin deorang penat.



but please, please asking me when you are facing any problem when solve that question. i'm willing to explain to you even 10 times la my dear. please please please. kalau kamu susah nak faham pun takpe la. janji semangat nak belajar tu ada.




okay la..tak mau cakap banyak. to my beloved students, please jangan jadi raksasa or dinosaur lagi. saya penat la nak tahan-tahan perasaan. saya pun manusia biasa. kadang-kadang emo jugak. emo sampai boleh bertukar menjadi the hulk. tahu tak macam mana rupa the hulk kalau tengah tahan marah? tak comey kan?



macam ni la the hulk. warna hijau macam katak. 









raksasa ni la yang ada dalam kelas hari tu. takleh tunjuk muka. gambar dari belakang je.





yang ni pulak dinosaur. tapi dah macam raksasa pun ada gak. 
har3..


Sunday, July 10, 2011

my life as a trainee teacher

salam..hye!



hari ini hari ahad.
jangan nak berangan di siang hari untuk keluar bersuka ria di hari ahad.



kenapa?
kerana esok adalah isnin. ada apa dengan isnin?
isnin adalah permulaan minggu. isnin kan sekolah.
jadi, saya haruslah menyiapkan rancangan pengajaran harian untuk students kesayangan.



orang kata jadi cikgu senang.
cuti banyak. kerja separuh hari.
kerja separuh hari itu mungkinlah sesuai untuk cikgu-cikgu senior tapi tidak saya as a trainee teacher.



kalau takde meeting, latihan sukan, koko or kelas tambahan,
memanglah kerja separuh hari.
tapi yang separuh hari lagi tu digunakan untuk merancang pengajaran pada esoknya pulak.
kadang-kadang bawak sampai ke malam.


honestly saya mengaku sejak saya bergelar sebagai trainee teacher,
setiap malam waktu tidur saya adalah pada jam 1 am. menyiapkan slide, nota dan sebagainya.



okaylah, saya kena siapkan slide untuk P&P nanti.
bye!

Friday, July 8, 2011

to my beloved students...



salam...


kehidupan semakin berlalu dari hari ke hari. 
penat? of course la kan?


tujuh minggu sudah berlalu. 
alhamdulillah syukur.
kadang-kadang, tengah kusyuk-kusyuk mengajar tiba-tiba terlintas di fikiran, 
"susahnya nak didik anak bangsa".



okay, cuba ikhlaskan hati. 



everything depend on students actually. kalau hari ni mereka behave, segalanya berjalan dengan lancar sebagaimana kita rancang. tetapi kalau mereka buat hal, memang penatlah cikgu. nak terpekak melolong untuk tarik perhatian mereka supaya tumpu pada teaching and learning activities. nak nak lagi kalau students lower form yang comel-comel tuh. 



kenakalan students lower form dengan upper form sangatlah berbeza. kalau students saya yang form 1 memanglah sedikit nakal. bergurau. kejar mengejar. tetapi bila disuruh untuk buat latihan dalam kelas, mereka akan buat. berbeza dengan students saya form 4. mereka tidaklah berkejaran tetapi kalau disuruh untuk buat latihan soalan, memanglah berkali kali cikgu perlu jeling-jeling buku latihan mereka tuh.



ntah la. mereka tidak faham mungkin. guru sekadar membantu. selebihnya mereka sendiri yang perlu membantu diri mereka untuk maju. kadang-kadang, bila kita telah membuat preparation yang sebaik mungkin tetapi feedback yang kita dapat dari students tidak seperti yang diharapkan membuatkan kita rasa sangat kecewa. segalanya telah diberi. nota, latihan dan sebagainya.



so far, bagi saya pelajar perempuan tidak memberi banyak masalah. cuma mereka terlalu pasif sehinggakan tidak yakin untuk mengeluarkan sebarang pendapat menjadikan teaching and learning activities tidak berapa ceria. so saya sekarang menggunakan pendekatan untuk lebih friendly dengan mereka ketika di luar kelas. harap cara saya berkesan. 



masalah pelajar lelaki? memang banyak. honestly saya mengaku saya belum faham students saya sepenuhnya even tujuh minggu sudah berlalu especially pelajar form 4. kadang-kadang mereka okay kadang-kadang tak. depend on mood maybe.



tapi, macam mana keadaan sekalipun, saya nak mereka faham tentang apa yang saya ajar. saya tak nak mereka terleka. sudah beberapakali saya meninggikan suara dalam kelas. saya tidak tahu apa pandangan mereka terhadap saya bila saya bertindak sedemikian. nak nak lagi pelajar form 4. tetapi saya harap mereka faham kenapa saya bertindak sedemikian. 



saya sebolehnya cuba untuk memberikan cara yang paling senang untuk mereka faham tentang isi pelajaran tetapi kalau keinginan mereka untuk belajar sudah tidak wujud dalam diri, memanglah akan menjadi masalah besar. apa gunanya kalau guru saja yang beria untuk memberi sedangkan pelajar enggan menerima?



but so far so good. everything are undercontrol. bila kena marah skit, kamu akan terdiam and then kelas bertukar menjadi sunyi dan sepi. saya tak kata kamu tak bagus. kamu semua bagus. kamu okay. tetapi adakalanya kamu sedikit terleka. 




to my dear students, semasa hari pelaporan yang lepas, tahu tak kamu bahawa ibu bapa kamu sering berpesan kepada cikgu untuk memberikan yang terbaik buat kamu? 


harap kamu mengerti...

Saturday, July 2, 2011

lari setempat je boleh tak?



salam satu malaysia..



hari ni 2nd july kan? 
so same goes to the other students all around Malaysia la, my students pun join larian satu murid satu sukan satu malaysia. 



hmm, best tengok mereka lari-lari. cikgu-cikgu pun turut berlari. saya? hehe..saya ditugaskan untuk menjaga meja pendaftaran VIP. jadi tak dapat ikut lari bersamalah. heheh...alasan je kan?



student 1: cikgu, cikgu tak lari ke?
cikgu : cikgu dah lari la tadi. kamu tu yang lambat.
student 1 : ek eleh. tak peluh pun.
cikgu : ni haa tisu..


student 2 : cikgu, cikgu tak lari ke?
cikgu : cikgu tunggu sini je bagi kamu support. 
student 2 : ye la 2.
cikgu : ye la. har, sekarang da semangat sket tak? cikgu kan da kasi support.


student 3 : cikgu, cikgu tak lari ke?
cikgu : dah dua pusingan la cikgu lari.
student 3 : cikgu tipu.
cikgu : eh mana ada. cikgu kan ada superpower.
student 3 : (jeling-jeling cikgu dengan pandangan pontianak harum sundal malam pulangkan pulangkan..)



tapi, even saya tak lari, saya ada join netball lepas larian tersebut. jadi guru-guru perempuan lawan students perempuan. guru-guru lelaki pulak lawan bola sepak. penat memang la penat tapi seronok. dah lama tak main netball. memang semput lah tadi. 


hari ni dah macam family day SMKBR pulak. tunggu hari sukan sekolah pulak.




pagi. seawal 6.30am students dah mula boleh daftar kehadiran. saya pulak ditugaskan untuk setia dimeja pendaftaran VIP.





sebelum larian bermula, eloklah kita warming up dulu kan? yang shirt putih tu dak sport scienc. mereka la tuh yang conduct.




garisan mula. YDP PIBG yang lepaskan deorang nih. 




orang 1st sampai. good job dear.




orang last. salah seorang tu student saya.  hehehe..
hye wan.
 kamu ndak percaya ka saya orang sabah bha.
ndak papa la kalo kau ndak percaya.




see see, saya join netball. meriah. memang terbaiklah.




football.




say hye to all da hensem boys sekalian..
hye.




dak form 2. kiri dan kanan tu cikgu tahu.


berakhir larian satu murid satu sukan satu malaysia.
penat tapi seronok.
satu kenangan tercipta.








hari koperasi sekolah



salam...


kebanyakan sekolah menyambut hari koperasi kan?
sekolah saya pun samalah. meriah.
so, saya takde pape la nak share..
just upload some pictures untuk kenangan sendiri.
esok-esok bila dah habis praktikal mesti rindu nak tatap gambar-gambar budak-budak nih..




hari koperasi banyak bukak gerai-gerai makan. ini gerai paling comel lah bagi saya. penjualnya adalah dalam kalangan dak form 1. apa yang deorang jual? button kartun, air, cakes dll. sangat comel bukan. sambil jual-jual, deorang makan. hehehe..





tak cukup bukak gerai, deorang jaja je makanan tu. semangat betul.





ni pun dak form 1. yang baju putih tu student saya. namanya danish. say hye to danish. hye danish!





selain ada gerai-gerai jual makanan, ada pertandingan memancing jugak. kolam memancing ni depan pintu pagar sekolah je. cantik kan? student saya form 1 menang acara memancing tahu. tapi no 2 je la. jadi la kan? kalah abang-abang upper form. cayalah Hariz. cikgu bangga. daniel pon menang jugak kan?





yang senyum tu namanya nasrul. what? comel? memang la comel. students saya memang comel-comel belaka. hehehe





antara ikan-ikan yang ditangkap.





warga SMKBR..




selain pertandingan memancing, ada jugak pertandingan memasak. students saya dak form 4, ain menang no 1. wah bangga gitu.




warga SMKR..


okay la..bye-bye..
hari koperasi SMKBR dalam kenangan.