Tuesday, July 26, 2011

a little bit confius



salam..


balik sekolah terus saja online. bila pening-pening, bila ada masalah, bila ada berita gembira, semua saya conteng disini. tak kisah la ada orang peduli ke tidak dengan kisah-kisah saya. yang penting, suatu hari nanti saya sendiri yang akan baca dan tersenyum sendiri mengimbas kembali hari-hari saya yang berlalu. well, inilah yang dinamakan rangkap kehidupan.



actually, saya semakin hari semakin keliru dengan sikap dan perangai sesetengah pelajar saya sendiri. i dont know why but i can see it clearly day after day. entahlah. apa masalah mereka dan apa masalah saya sebenarnya?



kadang-kadang, bila students saya bising dalam kelas, of course saya akan tegur. tapi bila suatu masa student yang sama yang selalu bising-bising dalam kelas tiba-tiba menjadi seorang yang pendiam dan hanya cakap perkara yang perlu sahaja terhadap saya menyebabkan saya berasa semakin pelik. pada waktu student tersebut bising, saya tegur. dan bila student tu diam saya rasa pelik. apa masalah dia ataupun saya yang bermasalah kerana terlalu memikirkan kenapa student tersebut jadi sedemikian? atau, mungkin student itu tidak boleh terima cara saya mengajar? but he's perform well. saya ada risik-risik dengan cikgu lain yang mengajar kelas yang sama tentang sikap students saya tu dan saya dapat tahu 'student' itu bukanlah seorang yang pendiam. owh, he's make me dizzy!



dan, sudah beberapakali saya berpesan kepada mereka, kalau tak faham, sila datang jumpa saya. tapi entahlah. mungkin mereka sendiri tidak tahu mana satu yang mereka tidak faham. bagi saya, jika kita selalu buat latihan, jawap soalan past year, baru kita akan tahu apa yang kita tidak tahu sebenarnya. nak tunggu mereka datang jumpa saya? jangan harap la. so, terpaksalah saya tukar plan. saya cuba yang terbaik untuk membantu mereka. sebab saya tahu, sesetengah parents mengharapkan yang terbaik daripada anak-anak mereka tanpa memikirkan tahap kemampuan anak-anak. dan saya tak nak ada dalam kalangan students saya yang termenung panjang bila memikirkan cara untuk menunjukkan report card kat parents nanti. dan parents, tolonglah fahami anak-anak juga.




bilangan students yang melebihi 30 orang dalam satu kelas menyebabkan keadaan kelas sedikit tidak terkawal. nak-nak lagi jika kebanyakan students adalah aktif-aktif belaka, bersuara macam dinosour dan terdiri dari mereka yang menengah rendah. saya akui, saya belum sepenuhnya dapat mengawal kelas dengan baik.  



okaylah. itu sajalah kot buat masa sekarang. lesson plan for tomorrow belum rancang apa-apa lagi. tapi esok after waktu rehat, P&P tak ada sebab ada hari kelab dan persatuan. yeay, boleh enjoy!!!